aku ingin BERKATA bukan MERAPU

selamat datang.

tq pade sape yang sudi melawat. and tq jugak pade sape yang sudi same-same merapu.

xpe..rapukan je ape-ape yang anda rase nak rapu.

ape entah aku merapu nih...hemm..ok lah..pendek kate..anda bebas komen ape-ape disini.

=)

=)

komen la skali. Komen anda banyak membantu untuk daku meng-imprvkan skill yang tak seberapa nih.

Saya ada gaya baru,setiap entry baru EVK akan ada lagu tema tersendiri. So kalau nak lebih feeeeelll..boleh dengar sambil baca..okeh...semoga terhibur =)

SENYUMLAH UNTUKKU SAYANG ==) 15 DIS

EVK 24 ==) 19DIS

EVK 25 ==) 22 DIS

EVK 26 ==) 24 DIS

EVK 27 ==) 29 DIS





Showing posts with label EGOKU vs KASIHNYA. Show all posts
Showing posts with label EGOKU vs KASIHNYA. Show all posts

Wednesday, December 29, 2010

EGOKU vs KASIHNYA 27





"Ira nak kemana?tak nak tidur lagi ke?” Khairul bertanya dengan seribu kerutan didahi.

“Ira nak pergi tidur lah ni” jawab Ira Shazira jujur.

“Habis tu, kenapa nak keluar lagi?” Ira Shazira telan liur. ‘takkan lah..Takkan aku kena tidur dalam bilik ni?’

“Ha..?err...tak..taklah,Ira nak pergi cuci muka jap.” Dia berbohong dalam senyuman yang dibuat-buat. Padahal dalam bilik tu ada je toilet.


‘awak,tolonglah faham,kita tak pernah tidur 1katil. Saya nak tidur bilik sayaaaa’ Arghhhhhh! nak nangis nih..huwaaaa.. apa nak buat ni?!?!



Dia termenung diruang tamu. Memikirkan langkah terbaik yang perlu diambil. Sama ada masuk semula kedalam bilik Khairul atau terus ‘menghilangkan’ diri. Tapi,apa kata Khairul jika dia tak muncul-muncul sampai esok pagi? Dan,kalau dia masuk?apa yang akan berlaku?


Arghhhh..buntu!!


Setelah ditambah tolah,darab bahagi,akhirnya dia melangkah perlahan kedalam bilik itu juga. Khairul dilihatnya sudah tidur. Sedikit lega. Dia bergerak kesisi katil.

Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung disisi katil. ‘takkan ada apa-apa punyalah!’ jerit hatinya buat kesekian kalinya. Cuba meyakinkan diri.


Sudah hampir 1jam matanya terkelip-kelip. Susah benar untuk dia melelapkan mata. Khairul disebelah sudah lama sampai ke alam mimpi. Di berpusing mengadap Khairul. Pandangannya kini menyapa segenap wajah Khairul. Lama dia menatap wajah itu. Alisnya. Bibirnya. Hidungnya.


Dan akhirnya dia mengeluh perlahan. ‘bagaimana ingin aku kembalikan ingatanmu?’ Tanya hati kecilnya.

‘cerita kenangan-kenangan korang bersama.cerita lah apa dia selalu buat.apa yang dia suka. Cerita latar belakang dia. Cerita pasal kisah korang’ hatinya yang sebelah lagi pula bersuara.

‘tapi,aku tak tau semua tu. Kenangan?kenangan apa yang kami ada?Cuma..Cuma perasaan benci aku je yang ada untuk dia’ dia mengeluh.

Itulah masalahnya. Apa yang perlu dia ceritakan kepada Khairul untuk mengembalikan ingatan lelaki itu?dia tak tahu apa-apa.


-----------------------

Ira Shazira tekun melipat pakaian diruang tamu sambil mengadap sinetron petang. Khairul pula dalam bilik kerjanya. Sengaja dibiarkan Khairul sendirian disitu. Lagipun,dia memang tidak pernah masuk kedalam bilik itu sejak melangkah kan kaki kedalam rumah ini. Malas untuk menyibuk disitu. Itu ruang kerja Khairul. Tidak perlu untuk dia masuk campur.


“ira..” dia memandang kesebelah.

“eh,abang. Bila abang turun?” dia cuba memaniskan wajah.

“khusyuknya lipat kain sampai tak perasan abang turun.” Ira Shazira ketawa perlahan.


“so?abang ingat apa-apa tak?” Khairul menggeleng perlahan.

“hurm. Takpelah. Pelan-pelan. Insyaallah,nanti ok la tu.”

“ira kena tolong abang sama”

Ira Shazira senyum lagi.“mestilah Ira tolong abang..”


‘..sebab ira rindukan abang yang dulu. Walaupun ira tak pernah nak suka abang,tapi ira tetap rindukan abang yang dulu..sebab ira tau,abang tetap sayangkan ira.itu yang selalu abang ungkapkan.

'Abang sayang ira.'

Kalau abang yang sekarang,ira tak tau perasaan abang. Lagipun,abang sekarang bukan macam abang yang dulu. Ira nak sangat abang yang dulu.’



“haritu ira cakap yang ira still belajarkan?” Ira Shazira angguk kepala.

“so?tak pergi kelas ke?dah seminggu abang balik. Tak nampak pun Ira pergi kelas.”

“abang..kan abang tak sehat. Ira nak jaga abang. Kelas tu,ira dah antar surat tak hadir..”

“sampai bila ira taknak pergi kelas?”

“sampai abang betul-betul sihat”

“no. Takperlu macam tu. Kelas tu lagi penting. Lagipun. Abang dah ok sekarang ni. Masa abang koma dulu tu pun ira tak pergi kelas jugakkan?” Ira Shazira menggangguk.

“ha..dah berapa lama Ira tinggal kelas? Tak sayang ke?”


Ira Shazira membisu. Dia juga sayang sebenarnya,banyak sudah yang tertinggal. Tapi,dia harus menemani Khairul. Lelaki itu lebih penting sekarang. Lelaki itu lebih memerlukan dirinya.


“esok isnin kan?. Pergi kelas ye?” lambat-lambat dia menggangguk.

“sebelum ni Ira pergi naik apa?”

‘pergi naik apa?aku mana pernah berulang dari sini. Aku duk hostel la.’

“err..”

Khairul angkat kening. “kenapa?”

‘nak cakap ke tak ni?perlu ke’

“err..sebenarnya...saya tak duduk rumah ni.”

Khairul kerut kening. “maksudnya?”

“saya..err..ira..ira duk hostel.” Khairul menggangguk perlahan.

Kemudian dia tersenyum. “takpelah. Esok abang hantar ira.”

Ira Shazira memandang Khairul tepat kedalam mata lelaki itu. Biar betul dia ni. “boleh ke?tak..maksud ira,abang betul ke dah sihat ni?” Khairul hanya tersenyum.

-------------------

Pagi itu,awal pagi lagi Khairul sudah bersedia untuk menghantarnya. Sarapan ringkas sahaja yang mampu disediakan memandangkan kelasnya pukul 9 pagi. Perjalanan dari rumah itu memakan masa lebih kurang 30minit. Jadi,dia perlu bijak menyusun jadual.

Pukul 8.45 mereka sampai dihadapan fakulti kejuruteraan.

“thanks,ira pergi dulu.” Dia tersenyum manis kearah suaminya.

“hati-hati.” Khairul bersuara sambil menghulurkan tanganya.

Ira Shazira memandang dalam terkejut. Dia telan liur.


Takut jika lelaki itu berfikiran lain ,disambut juga tangan Khairul. Diciumi tangan lelaki itu. Satu perbuatan yang tak pernah dilakukannya. Kali pertama dan terakhir dia menyalami tangan lelaki itu sewaktu upacara membatalkan air sembahyang dihari pernikahan mereka. Hanya sekali itu.

Khairul pula dengan tiba-tiba menghadiakan ciuman didahinya persis seperti di hari pernikahan mereka. Terkedu ira shazira disitu. Berdebar-debar dadanya.

Tangannya terus melekap kedada. ‘janganlah kau terkeluar wahai jantung’


“ira.”

“ira..” Khairul melayang-layangkan tangannya kewajah ira Shazira.

“ira!”

“hah!..err”

“lah,berangan ke ni?” Ira Shazira tersenyum menutup malu.

“taknak turun lagi ke?nanti lambat ” Khairul bersuara perlahan.

‘kenapa suara dia ni menggoda sangat ni?eh..Shaz!!kawal diri!’

“ha..err..nak..nak turun ni. ira pergi dulu.” Cepat-cepat dia membuka pintu kereta dan melangkah turun.

“eh,kejap! Balik nanti abang ambik. Ker Ira taknak balik rumah?”

Ira Shazira berpaling,getaran didadanya sudah mula surut. “Ira tunggu abang.” Faham dengan maksud kata-kata itu,Khairul menggangguk.

“abang, hati-hati.” Khairul menggangguk lagi.


Ira Shazira hanya memandang Rexton hitam itu meluncur laju meninggalkannya. Walaupun didalam hati ada perasaan risau,namun dia tidak mampu menolak kata-kata Khairul untuk menghantarnya.

-------------------

Malam

Selesai makan malam,Ira Shazira terus masuk kedalam bilik. Assignment yang bertimbun-timbun menanti untuk disiapkan. Note pula sudah berkeping-keping,tapi satu pun belum dibacanya. Banyaknya dia ketinggalan.


“Ira..awalnya masuk bilik. Patutlah abang cari kat bawah takde.” Khairul sudah berdiri dibelakangnya.

“sorry..banyak sangat yang perlu Ira siapkan.” Dia membalas senyuman Khairul.

“hurmm..takpelah. buatlah kerja tu.” Khairul berlalu meninggalkan Ira Shazira didalam bilik.

Meja jepun dari bilik tetamu a.k.a bilik yang didudukinya dulu dibawa masuk kedalam bilik tersebut. Ikutkan hati,memang dia nak duduk je dalam bilik tu. Tapi,nanti apa pula kata Khairul. Nak taknak terpaksalah dia angkut meja dan lampu study masuk dalam bilik ‘mereka’.



Pukul 11.45,Ira Shazira masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk tidur. Khairul sudah masuk kedalam bilik. Matanya sudah memberat. Namun isterinya masih tekun dimeja.

“taknak tidur lagi?” tegur Khairul.

“abang tidur dulu la. Ira nak siapkan kerja ni sikit. Abang tutuplah lampu,ira pasang lampu meja ni.” Dia bersuara sambil tangan ligat menekan kalkulator.

Mujur syida sanggup membawa barang-barang keperluan pelajarannya kekelas tadi. Untuk pulang ke kolej confirm tak sempat tadi.

“yelah. Jangan lambat sangat tidur." pesan Khairul

“ok.”



3.12am.

Ira Shazira mengemas buku-buku serta nota-notanya. Matanya sudah tak mampu lagi untuk bertahan. Mujurlah esok kelas pukul 2petang. Takdelah dia terkejar-kejar sangat. Dia memandang kearah katil. Hanya bahagian kaki Khairul saja yang mampu dilihatnya.


‘macam mana nak cakap dengan dia?’ soalan itu muncul lagi.


Memandangkan Khairul juga akan mula bekerja minggu depan dan kesihatan dia juga sudah hampir seratus peratus ok.. dia mahu pulang kekolej. Walaupun ingatan lelaki itu masih lagi kosong. Tapi,dia tidak mahu terus disini.

Macam-macam yang akan berlaku jika dia terus disini. Untuk kekelas juga susah. Dia tidak mahu Khairul bersusah-susah mengantar dan mengambilnya setiap hari. Lebih baik dia pulang ke kolej saja. Itu lebih senang.


Tapi..bolehkah lelaki itu menerima permintaan ini?

Nanti-nantilah difikirkan semula. Mulut sudah berkali-kali menguap. Dia bergerak kekatil. Masuk malam ni,dah 11 malam dia tidur berteman. Bantal peluk sentiasa menjadi tembok antara mereka.

Walaupun tiada apa-apa yang berlaku,tapi dia tetap juga risau. Setiap malam dia tak pernah tidur lena. Risau dengan segala kemungkinan. Tapi,Ira Shazira tetap cuba menyedapkan hati. Cuba menjadi positif.

‘Khairul masih belum sihat! Nothing to be scared’


Dia merebahkan tubuh. Nikmatnya terasa. Tubuh sudah selesa diatas tilam empuk. Mata mula tertutup. Fikiran juga sudah terbang menuju entah kemana. “lambatnya sayang tidur”

tiba-tiba matanya membuntang. Terasa sesuatu melekap ditubuhnya. Dia cuba menjadi waras kembali. Terkejut dari lena yang baru ingin bermula menyebabkan otaknya sedikit lambat untuk kembali seperti biasa.


“hah?” terkejut dengan situasi yang dialami.

Sejak bila Khairul peluk aku?arggg..mana bantal peluk tu??

Kenapa aku tak perasan tadi bantal peluk tu takde??


“lambatnya sayang tidur..” sekali lagi Khairul bersuara dalam suara yang cukup seksi. Maklumlah. Suara bangun tidur.

‘sayanggggg? Biar betul dia nih?aku tak pernah lagi dengar dia sebut perkataan tu sejak dia accident dulu.’

“dah pukul 3 lebih baru nak tidur ni..” Khairul bersuara lagi. Tangannya masih belum melepaskan ira shazira.

Ira Shazira memegang dadanya. ‘jantung..tolonglah jangan laju sangat. Aku takut ni.’ Mata yang tadi nya mengantuk yang amat sekarang sudah segar.

“Kenapa senyap je ni?”Khairul menyelak rambut Ira Shazira yang terjuntai menutup dahi.

Khairul tersenyum menggoda sambil matanya menikam anak mata Ira Shazira.

“abang suka tengok mata sayang..”

Ira Shazira makin kejang. Dia terus menundukkan pandangan. Tidak mahu menatap anak mata itu lama-lama. Makin lama ditatap,makin nak terkeluar jantungnya.


Nak buat apa ni? Lari? Elok ke?ishh.. Kenapa dengan dia ni malam ni?

“taik lalat ni..cantik sangat bila sayang senyum” Khairul menyentuh bibir Ira Shazira. Gadis itu masih kaku dalam pelukan erat itu.

“sayangg..”





p/s: sori semua. Lappy saya baru keluar 'wad' maaf ye :D



Friday, December 24, 2010

EGOKU vs KASIHNYA 26




“hello” perlahan dia bersuara.

“hello..ini puan Ira Shazira?” Dia telan liur. Dia seperti dapat mengagak dari mana datangnya panggilan itu

“ya saya. Kenapa?”

“suami puan...” jantungnya seakan hendak berhenti dari berdegup.

Kenapa dengan dia? “kenapa dengan suami saya?”

“err..puan kat mana sekarang?”

“saya kat surau. Kenapa dengan suami saya??”

“owh..maaf ganggu puan. Saya just nak inform yang suami puan dah sedar.”

Dia hanya mampu tersenyum. Tiada kata-kata yang mampu untuk diluahkan dikala itu. air mata tetap menemaninya. Didalam hati tidak putus-putus mengucapkan syukur ke-hadrat illahi.

‘Terima kasih YA ALLAH..terima kasih.’ Teresak-esak Ira Shazira disitu. Hanya allah yang tahu betapa gembiranya hati. ‘Ya Allah..terima kasih. Terima kasih kerana suamiku telah sedar. Aku bersyukur pada-MU ya Allah..’

===================

Dia melangkah masuk ke dalam bilik yang menempatkan Khairul Ilham Syah. Dilihatnya Khairul sedang duduk bersandar di atas katil. Doktor Fathi sedang sibuk menulis sesuatu diatas filenya. Diamati raut wajah pucat itu. Sedikit sebanyak perasaan lega sudah mampu dirasakan.

Dia bergerak kesisi katil. “awak..” tegurnya sambil menghadiahkan senyuman paling manis buat suaminya. Khairul memandangnya sekilas.

“ok mister Khairul. Rekod kesihatan you semakin baik. Dan luka-luka dibadan you sembuh dengan cepat. So now, you stay sini dalam 2 hari lagi and if tak ada apa-apa you dah boleh balik.”

“betul ke doc?” sampuk Ira Shazira. teruja mendegar perkembangan positif itu.

“yes.”

“thanks doc” Doktor Fathi membalas senyumannya dan berlalu keluar.


Kini tinggallah mereka berdua didalam bilik itu. Perasaan berdebar-debar mula dirasai Ira Shazira. ‘kenapalah tetiba nak vibrate macam ni pulak ni.’

“aw..wak,awak ok?” Khairul hanya menyepi.

Ira Shazira bergerak pula ke sebelah kiri. Ingin berlabuh diatas kerusi disebelah sana. Dia sebenarnya tidak tahu mahu berbicara tentang apa. Otaknya terlalu kering untuk memikirkan ayat.

Dia cuba menyentuh dahi Khairul yang masih berbalut itu. Namun,belum sempat jarinya mendarat disitu,Khairul terlebih dahulu menjarakkan kepalanya. Ira Shazira kerut kening. “kenapa?sakit ke?” Khairul hanya menyepi.


Tiba-tiba pintu diketuk dari luar. Imran dan Zaireen muncul dibalik pintu. “rul! Kau dah sedar?” Imran bergerak menghampiri Khairul.

“ya ALLAH,syukurlah. Kami semua risau kau tau tak?” Ira Shazira tersenyum kearah Zaireen.

“kau ok tak ni rul?” sekali lagi soalan yang sama diajukan kepadanya.

“rul..?” Khairul kerut kening.

“siapa rul?”

Semua terlopong memandang kearahnya.

“kau biar betul weyh?”

Ira Shazira terdiam tidak terkata. Dugaan apa pula kini yang menimpa?

“kau tak kenal siapa rul?Khairul Ilham Syah?” Khairul geleng.

“kami?kau kenal tak kami ni siapa?” Khairul geleng lagi.

“kau jangan main-main rul.”

“korang nih siapa sebenarnya?”

“awak..awak tak ingat ke?” Dia bersuara juga. Tubir matanya sudah terasa basah.

‘tolonglah ingat awak..tolonglah,demi saya..’


“Mungkin kepalanya terhantuk dengan kuat dan menggegarkan otaknya dan secara tidak langsung mengganggu sistem otaknya, jadi perkara sebegini tidak mustahil berlaku” terang doktor tersebut.

“ Dia mungkin akan pulih seperti biasa, bergantung pada kecekalan dirinya serta keadaan persekitarannya.” Terang doktor itu lagi. Ira Shazira mengangguk lagi.


Berita tentang Khairul sudah disampaikan kepada ibubapanya dan Khairul. Ibu bersungguh-sungguh mengharapkan dirinya dapat mengembalikan ingatan Khairul.

‘Ya,aku juga mahu Khairul kembali seperti biasa. Aku rindukan Khairul yang dulu’!jerit hati kecilnya.

------------------

“Ya ibu,haah..kami baru je sampai,tak masuk lagi. Abang?macam tu lah. Senyap je.” Dia menjeling Khairul disebelah.

Khairul hanya memandang kehadapan. Tidak langsung bersuara. Dari tadi hanya Ira Shazira yang berkata-kata. Dia hanya menjadi pendengar bisu.

“baik bu,kirim salam kat ayah. Insyaallah,ira akan jaga abang.ok. assalamualaikum.”

Dia memandang Khairul disebelah. “Abang....err..Rul,emm ini rumah kita. Awak ingat tak?” tanya Ira Shazira. Khairul Ilham syah hanya memandang sekilas sahaja kearah Ira Shazira.

Ira Shazira turun,lantas membuka pintu disebelah Khairul. Dipimpinnya lelaki itu takut-takut dan dibawanya kebilik.



“Rul,ni bilik awak. Awak berehatlah ya.” pesan Ira Shazira.

“Oh ya, awak nak makan apa tengah hari ini, saya masakkan” dia tersenyum memandang Khairul yang sedang duduk diatas katil.

“Apa-apa jelah.” Balas Khairul perlahan.

“Ok.”lantas Ira Shazira mengatur langkahnya ke pintu.

“Err..sekejap.. betul ke... kita ni suami isteri?” Mati terus pergerakan Ira Shazira.

“ye,kenapa awak tanya?” Ira Shazira cuba memaniskan wajah.

Khairul memandang kearah wanita yang dikatakan isterinya itu.“Habis, kenapa awak ber‘saya’ ber‘awak’ dengan suami sendiri?” walaupun nadanya mendatar sahaja,namun cukup untuk membuatkan jantung Ira Shazira berdegup kencang.

‘nak jawab apa nih??’

“err..ss..saya..err.... saya.. turun dulu ya.”

Dia terus meninggalkan Khairul yang masih tertanya-tanya. Debaran didada perlu diredakan dahulu. Otaknya tak mampu nak fikir jawapan yang paling elok untuk diberikan kepada Khairul.

Tersandar dia diluar bilik Khairul. Takkan nak cakap sebab saya tak suka awak. Kita kawen bukan atas dasar suka.‘nampaknya,lepas ni terpaksalah juga aku berlakon.’

Dia teringat ketika di hospital haritu, ada kah patut dia tanya yang aku ni kekasih dia ker? Hee..ingat aku nih perempuan haritu ke? Ha..perempuan tu.

Aku dah ingat dah siapa perempuan tu. Dialah yang tegur Khairul masa kami keluar makan kat mines haritu. Memang obvious dia ada hati kat laki aku. Khairul pulak? Huh..entahlah.



Selesai makan malam, Ira Shazira membawa suaminya itu ke taman mini di perkarangan rumah mereka. Mereka hanya membisu untuk beberapa ketika. Ira Shazira tidak tahu topik apa yang perlu dibicarakan. Dia jadi kelu setiap kali bersama Khairul.

Sebelum ini,Khairul yang sentiasa mengajaknya berbual. Walaupun sering kali dia membiarkan lelaki itu berkata-kata sendiri. Kini,lelaki itu hanya membisu. Tiada lagi gelak tawanya. Tiada lagi usikan nakalnya.

“Ira..”

“hurm?” dia memandang Khairul.

“kita tak ada anak lagi ke?” tiba-tiba sahaja soalan itu yang terpancul dari mulut lelaki tersebut.

“Ha!?” Ira Shazira mahu ketawa sahaja mendengarkan soalan dari lelaki itu. ‘Hem,kenangan indah pun tak pernah ada, ni nak ada anak pulak’ hatinya berbisik.

Khairul mencari wajah Ira Shazira dalam kesamaran cahaya lampu. Perasan dengan perlakuan Khairul itu,dia terus menjawab

“Belum. Maybe belum ada rezeki kut, lagi pun kita baru 7 bulan kahwin.”

Hah!lawak,lawak. Tahan jelah perut nih nak gelak. Jauh benar dia nih fikir.

“Oklah bang, jomlah kita masuk. Ira yang sihat ni pun dah terasa sejuk, ini kan pulak abang yang masih belum sihat lagi, kita masuk ya?” Khairul hanya menurut.


Ira Shazira mempersiapkan tempat tidur Khairul. Lelaki itu hanya memandang dari tingkap setiap perlakuan Ira Shazira.

“abang duduk dulu,Ira pergi ambik ubat abang.” Dia tersenyum dan berlalu keluar.

Khairul mengeluh perlahan. ‘apakah yang sedang berlaku ini?’ dia kembali menatap hamparan bintang didada langit. Damainya pemandangan itu.



Setelah semuanya selesai, Ira Shazira ingin melangkah keluar. Namun langkahnya terhenti apabila di panggil oleh Khairul Ilham.

“Ira nak kemana?tak nak tidur lagi ke?” Khairul bertanya dengan seribu kerutan didahi.

“Ira nak pergi tidur lah ni” jawab Ira Shazira jujur.

“Habis tu, kenapa nak keluar lagi?” Ira Shazira telan liur. ‘takkan lah..Takkan aku kena tidur dalam bilik ni?’

“Ha..?err...tak..taklah,Ira nak pergi cuci muka jap.” Dia berbohong dalam senyuman yang dibuat-buat. Padahal dalam bilik tu ada je toilet.


‘awak,tolonglah faham,kita tak pernah tidur 1katil. Saya nak tidur bilik sayaaaa’ Arghhhhhh! nak nangis nih..huwaaaa.. apa nak buat ni?!?!



=============#====#=======

FIND (Translation)

From me, from me too
It is changed sincere heart
I say "What should I do? What should I do?"
It is but a extremely faraway, a very faraway love
It is you whom my heart
Definitely can't give up

I stand here, to find back your laughter
The painful tears from your heart
I am here to catch them all
I make a road that I will definitely not forget, your crystal-clear love
Because we will surely find, our love again

Without you, even without you
Will i be able to live well?
It is always the two of us even in the dream that dream..
Resemblance of you, the times that resembles you
It is the lingering love
That I definitely can't give up

I stand here, to find back your laughter
The painful tears from your heart
I am here to catch them all
I make a road that I will definitely not forget, your crystal-clear love
Because we will surely find, our love again

The empty love, even with the sadness burning in the chest
I will not be able to push you out from my heart
Because the imperfect me is insignificant
Until the falling tears
Submerge every single memories
For you are my love, I will surely find you



Wednesday, December 22, 2010

EGOKU vs KASIHNYA 25






“Hello,syida..dah habis kelas eh?aku kat department ni. Yup. Ok. Aku tunggu.”

Talian dimatikan. Jam ditangan dipandang sekilas. 10.12pagi. Mujur urusan di pejabat tidak mengambil masa yang lama. Surat bertulis tidak hadir kekelas sudah diserahkan kepada pihak jabatan. Pn. Mariam selaku penasihat akademik juga sudah aku khabarkan hal sebenar.


“shaz!”

Dari jauh syida sudah menjerit namaku. Sudah aku jangkakan tindakbalas ini. Tentu saja dia tak puas hati dengan apa yang berlaku. Aku hanya mampu tersenyum. Bersedia menerima serangan.

“kau pergi mana?dah la tak balik bilik. Kelas tak pergi! Bila orang call tak pernah nak jawab. Apatah lagi nak balas message. Baik kau cakap betul-betul,kau kat mana dan buat apa sampai dah lebih seminggu aku tak nampak batang hidung kau hah?” Ira Shazira senyum lagi.

“jawab lah,tersenyum-senyum!”

“janganlah macam ni. Aku ada hal sikit. Aku ok. Jangan risau.”

Syida tarik lengan bajunya sampai kesiku. Beg dibahu diletak diatas meja. Serangannya masih bersisa.

“banyaklah kau punya jangan risau. Aku dengan mali ni,macam kucing hilang anak kau tau tak?nyaris-nyaris aku nak call mak kau.” Geli hati mendengar bebelan itu,namun ira shazira masih mampu menyembunyikan senyumannya.

“dah dua kali kau buat macam ni. Kau tau tak kitorang risau? Kot-kotlah kau kena culik ke,ada apa-apa ke berlaku kat kau..macam-macam kitorang fikir tau tak?” Dia tarik tangan syida yang dari tadi asyik melayang-layang diudara. Tangan itu digengam.

“aku mintak maaf sangat-sangat. Aku tau aku salah,buat kau dengan mali risau. Im so sorry. Sungguh,bukan niat aku nak buat korang risau. Tapi..eh,bukan ke aku ada jawab message korang kan aritu?” Ira Shazira kerut kening.

Syida mendengus kasar. “ye..tapi jawapan kau tak memuaskan hati. Apa yang kau reply... aku ok. Saudara aku eccident. Aku kat rumah dia.jangan risau.”

“ha..apa yang tak puas hatinya?”

“yelah,entah betul ke tidak kau kat rumah saudara kau. Asal aku telefon je kau tak pernah nak angkat.”

“sorry lah weyh. Aku tak perasan. Lagipun,aku kat hospital. Jangan risau ok. Aku bukannya orang jahat. Aku tau mana baik,mana buruk. Aku tau,risau kau tu berasas. Aku mintak maaf ok?”

“yelah. Ni,saudara kau tu ok tak?kau ke yang jaga dia kat hospital?”

Ira Shazira ketap bibir sambil mengangguk. “dia koma. Tak sedar lagi.” Perlahan dia menjawab soalan itu. Jelas terpamer kesedihan diwajahnya.

“sabar ye. insyaAllah,takde apa-apa tu.” Dia mengangguk lemah.

“kau tu,jaga orang sakit pun,jangan sampai kesihatan kau terabai. Aku tengok kau ni macam tak cukup rehat je.” Ira Shazira hanya mampu menunjukkan senyuman hambarnya.

“takpelah,aku nak balik ni. Nak pergi hospital. Aku tak sure lagi bila boleh masuk kelas. Kau tolong aku ye”

“yelah. Aku tau. Pasal tu kau jangan risau. Kau tu hati –hati jugak.”

“ok. Nanti kirim salam kat mali. Cakap kat dia aku takde apa-apa.”

“ok.”

------------------------

Dia tersenyum kepada salah seorang jururawat yang sedang bertugas dikaunter. Langkah kakinya diteruskan menuju ke bilik bernombor 6.

Ketika tanggannya memulas tombol pintu,Ira Shazira dapat menangkap suara seperti orang sedang berbicara dari dalam. Dia cuba mengamatinya.

‘Siap? Kawan-kawan kat pejabat khairul dah datang dah semalam. Nak kata kak zaireen dengan suami dia,diorang cakap nak datang petang ni.’ Dia ingin melangkah masuk,namun kakinya kaku disitu apabila terdengar suara perempuan tersebut seakan-akan menangis.

“kenapa u tinggalkan i macam tu je dulu? Sampai hati you,balik Malaysia tak bagi tau i...”

Ira Shazira ketap bibir. Dia cuba untuk mengintai siapakah gerangan wanita yang sedang menangis itu. Namun hanya bahagian belakang wanita itu sahaja yang mampu dilihat.

“ilham,You tau kan i sayang kan you..tapi kenapa you buat i macam ni?”


Ira Shazira tarik nafas. Sesak terasa dadanya. Apakah yang sedang dia dengar sekarang ni?siapa wanita itu?kekasihnya kah? dia cuba untuk berfikiran rasional. Perlahan-lahan daun pintu ditolak. Langkahnya masih teratur menuju kekatil.

Hartini tersentak. Air mata yang masih bersisa dipipi disapu kasar. Dia terus berdiri.


“hi” tegur Ira Shazira dengan senyuman yang cuba dimaniskan.

“hi” kasar sahaja balasannya. Hartini menarik beg tangannya diatas meja bersebelahan katil Khairul.

“Nak balik dah?” suaranya masih lagi ramah. Namun wanita itu hanya meneruskan langkahnya menuju kepintu beserta jelingan tajam yang menikam tepat keanak mata Ira Shazira.

Ira Shazira membisu. Cuba memujuk diri untuk tidak memikirkan hal itu. walaupun dia nampak sebenarnya yang wanita itu memegang tangan Khairul sebentar tadi.



“assalamualaikum awak.” Dia melabuhkan punggung dikerusi.

“maaf,saya tak temankan awak pagi ni. Saya pergi fak kejap tadi. Hantar surat tak hadir..” Dia tersenyum manis. Seakan-akan memberi riaksi kepada tindakan Khairul yang hanya kaku terbaring itu.

“awak tau tak..syida marah sangat saya. Yelah,dah seminggu lebih saya hilangkan diri..apa lagi,naik anginlah dia. ..sibuk tanya bila saya nak balik bilik..” wajah Khairul ditatap.

“tapi,saya nak jaga awak. Saya nak awak sedar. Saya nak awak baik macam biasa..”

“..bangunlah awak...tiap-tiap hari saya tunggu awak bangun..”

“..awak tak kesian ke kat saya?kat ayah dengan ibu?abah dengan mama. Diorang semua berdoa semoga awak cepat sedar. Saya tau awak kuat..awak tabah..” Air mata mula membasahi pipi.

“saya akan tunggu awak,walau bila pun awak akan sedar. Saya akan tunggu. Saya tau,nanti awak akan bangun jugak..sebab awak kuat.awak tak mudah mengalah..dan yang penting,sebab awak pernah cakap...yang..awak,sayangkan saya kan?”

Dia cuba untuk tersenyum dalam esakan tangisnya.

“awak tentu tak suka kalau tengok saya menangis kan? Kalau awak taknak tengok saya terus menangis,awak bangunlah cepat-cepat...” satu-satu perkataan keluar dari mulutnya.


Air mata seakan tidak mahu berhenti walau sudah disapu berkali-kali. Setiap kali dia ‘berbicara’ dengan suaminya itu,air hangat itu tetap akan mengalir juga.


‘Ya. Dia mesti bangun. Sebab dia sayangkan aku!’ jerit hati kecilnya.

‘tapi..perempuan tadi..’ dia seperti pernah melihat wanita itu. Namun otaknya tidak mampu untuk mengingatinya.

‘tidak!!Khairul sayangkan aku..aku isteri dia. Tentu dia sayangkan aku dari perempuan tadi. Khairul tak pernah malu untuk mengaku aku isteri dia walaupun dihadapan kawan-kawannya. Walaupun aku tak secantik perempuan tadi. Tak seseksi perempuan tadi. Tapi,dia dengan bangganya memperkenalkan aku sebagai isterinya. Walaupun waktu tu aku yang tidak selesa diperkenalkan begitu.’ Ingatannya melayang mengingati saat mereka berdua ke i-city ketika cuti sem haritu.



~ Ikutkan hati,memang dia terlalu malas untuk menurut permintaan Khairul. Kalau pergi tempat menarik takpelah jugak. Ini pergi i-city.

Aku dah banyak kali pergi. Bosan!

“jom lah sayang,kita pergi sana..” Ira Shazira ketap gigi. Rimas betullah.

“awak pergi je lah. Saya malas tau tak. Lagipun,dah banyak kali saya pergi situ. Dah bosan.” Khairul tarik sengeh.

“malam ni lain. Malam ni Ira pergi dengan husband,mesti lah lain. Romentik tau” dia mengenyitkan matanya.

Ira Shazira tarik muka. Geli!!

“jomlah.kita pergi ya? Nanti,bila abang dapat cuti lama sikit,baru kita pergi tempat jauh-jauh sikit. Kita pergi honeymoon. Nak?”

“eee..pleaselah. sape nak honeymoon dengan awak?” Dia dah buat riaksi macam orang nak muntah.

“Ira lah. Takkanlah nak bawak mak leha yang jual nasi kat depan tu kot. Mestilah abang nak bawak isteri abang.”

“jom.cepat siap. Abang tunggu kat sini.” Khairul menekan remote control televisyen. Kotak hitam itu terus senyap.

‘hisssshhhh!geramnya aku dia nih!suka sangat nak paksa-paksa orang.takpe.’ Dia masih lagi membatu disitu.

“or..ira nak duduk rumah sorang-sorang malam ni?kalau ira taknak ikut..jangan menyesal kalau abang balik lewat malam ni.” Khairul hanya menanti untuk melihat riaksi isterinya itu.

“and...tadi abang dengar ramalan cuaca...malam ni ribut petir.”

Ira Shazira tarik muka. “yelah yelah! Saya bersiap.” Dia terus bergerak kebilik.

Khairul ketawa melihat wajah terpaksa Ira Shazira. “tau pun takut isteri abang ni.” Ira Shazira hanya berlalu. Buat-buat tak dengar.



Ketika mereka berdua berjalan-jalan didalam kawasan yang penuh dengan suasana ‘romentik’ seperti yang Khairul katakan itu,tiba-tiba mereka disapa oleh seseorang.

“Khairul ilham syah!”

“Affendi Zunaidi!” mereka berjabat tangan. Ira Shazira hanya menjadi pemerhati.

“kau apa cerita sekarang?lama tak dengar berita.”

Lelaki itu tersenyum. “aku macam biasa je..Cuma lagi sihat dari dulu.” Dia berkata sambil mendepangkan tangannya. Mereka sama-sama ketawa.

“kau pulak? Ni awek kau ke?” Khairul ketawa perlahan sambil menjeling Ira Shazira disebelahnya.

“kenalkan. Ni ira Shazira. isteri aku.”

Affendi melopong. “isteri kau?”

“yes!isteri aku” Khairul memeluk pinggang Ira Shazira rapat kesisinya.

Ikutkan hati,mahu sahaja ditepis tangan itu. namun,dia masih waras. Terpaksalah dimaniskan wajahnya seakan-akan orang sedang berbahagia walaupun rialitinya hanya dia yang tahu.

“bestnya dah kawen. Aku jugak lah yang membujang..”

Khairul ketawa lagi. “abis tu,kau datang dengan sape ni?takkan sorang kot?”

Affendi tarik sengeh. “dengan awek aku. Tu ha..” jari telunjuknya menunjuk pada satu arah.

Mereka sama-sama melihat kearah yang ditunjuk itu. seorang wanita sedang duduk disebuah bangku sambil memegang kamera. Mungkin sedang melihat kembali gambar-gambar yang sudah ditangkap.

“ha tu..bolehlah tamat zaman bujang kau. Apa lagi yang kau tunggu.”

“aku tengah cuba lah ni...eh,ok lah. Nanti apa-apa hal,kita calling-calling ” mereka berjabat tangan. Affendi bergerak menuju kearah wanita yang ditunjuknya tadi.

Bila kelibat lelaki itu sudah jauh,cepat-cepat ira Shazira menepis tangan Khairul yang masih berlingkar dipinggangnya. Suka sangat ambik kesempatan!

Namun,khairul hanya tersengeh. Dia tahu,mesti isterinya bengang dengan tindakannya itu. tapi,dia suka!



Ira Shazira tersedar dari lamunannya bila terasa ada pergerakan ditangannya. Dilihatnya jari-jemari Khairul bergerak-gerak. Ira Shazira senyum. Seperti ada sinar disitu. Pertama kali Khairul memberi riaksi sejak dia tidak sedarkan diri.

“awak...bukak lah mata awak..saya kat sini..” dia amati lagi tangan Khairul. Jari tangan Khairul masih lagi bergerak.

“awak..saya kat sini. Bangunlah..awakk..” kata-katanya mati disitu bila dilihatnya jari-jemari Khairul sudah kaku kembali. Tangan itu diusap perlahan.

‘bersabarlah shaz’ dia cuba memberi kata-kata semangat untuk dirinya. Dia perlu kuat untuk Khairul.


================

Selesai solat zohor,dia mendapatkan senaskah al-quran yang terletak dibahagian belakang. Surau itu sudah menjadi tempatnya merintih pada si penciptanya. Disitulah dia mengadu segala keluh kesahnya selama lebih dari dua minggu ini.

Habis mengaji,dia termenung lagi diatas sejadah. Fikirannya tetap memusat pada si suami yang masih lagi kaku tidak bergerak. Keluarga mereka berdua sudah seminggu pulang kerumah masing-masing. Masing-masing punya urusan yang memaksa mereka untuk tidak berada lama disini.

Hanya dia seorang yang masih setia disini. ‘Ya,itulah tanggungjawabku sebenarnya.’

Telekung yang masih tersarung dibadan ditarik dan dilipat. Henset didalam beg dikeluarkan untuk memasukkan telekung.

Kemudian dia menekan butang henset. ‘2 missed calls?’ baru sahaja ingin dilihat siapakah gerangan si pemanggil. Hensetnya bernyala-nyala.

“hello” perlahan dia bersuara.

“hello..ini puan Ira Shazira?” Dia telan liur. Dia seperti dapat mengagak dari mana datangnya panggilan itu

“ya saya. Kenapa?”

“suami puan...” jantungnya seakan hendak berhenti dari berdegup. Kenapa dengan dia?

“kenapa dengan suami saya?”

“err..puan kat mana sekarang?”

“saya kat surau. Kenapa dengan suami saya??”



~Bersambung~

p/s: sori..terlebih jugak 2hari :D sebab dah masuk pukul 3lebih ni. thanks to NULAT sebab ingatkan sy =) semoga terhibur (over pulak..hihi)

===============#===#===================
Terbuai aku hilang terjatuh aku dalam
Keindahan penantian

Terucap keraguan hati yang bimbang
Yang terhalang kepastian cinta

Aku hilang
Aku hilang

Tersabut kabut malam terbiasnya harapan
Yang tersimpan sejuta bertuan
Terasa kerinduan hati yang bimbang
Yang terhempas kepastian cinta

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

Aku hilang
Aku hilang

Tersabut kabut malam terbiasnya harapan
Yang tersimpan sejuta bertuan
Terasa kerinduan hati yang bimbang
Yang terhempas kepastian cinta

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu