aku ingin BERKATA bukan MERAPU

selamat datang.

tq pade sape yang sudi melawat. and tq jugak pade sape yang sudi same-same merapu.

xpe..rapukan je ape-ape yang anda rase nak rapu.

ape entah aku merapu nih...hemm..ok lah..pendek kate..anda bebas komen ape-ape disini.

=)

=)

komen la skali. Komen anda banyak membantu untuk daku meng-imprvkan skill yang tak seberapa nih.

Saya ada gaya baru,setiap entry baru EVK akan ada lagu tema tersendiri. So kalau nak lebih feeeeelll..boleh dengar sambil baca..okeh...semoga terhibur =)

SENYUMLAH UNTUKKU SAYANG ==) 15 DIS

EVK 24 ==) 19DIS

EVK 25 ==) 22 DIS

EVK 26 ==) 24 DIS

EVK 27 ==) 29 DIS





Thursday, August 6, 2009

EGOKU vs KASIHNYA 5

Macam mane nih..walaupon otak aku dah kembali waras..tapi bende nih masih lagi gila!!abah dah buat keputusan..majlis tu mesti berlangsung sebelum sem baru bermula..maknanye..arghhhh!!! dalam mase lebih kurang sebulan lagi..huuu..cammane ngan khusyairi ku...aku nak mengadu kat saper ni..mamaa..eh,tak boleh..mama pihak lawan..mpr!!

Diorang memang terkejut beruk dengar berite sensasi aku,beruk pon tak terkejut camtu sekali. Diorang pulak yang lebih lebih cuak dari aku,cuak aku da ilanng dah setengah semalam,dah tak berape nak ade dah feel..huh..ok la sikit bleh ngadu kat diorang,walaupon mule mule aku rase sesak sangat nafas..sekarang da dapat inhaler(mpr),ok skit..
--------------------------------------------

“aku terima nikahnya ira syazira binti Sanusi dengan mas kawennye 25ringgit,tunai”
“sah?”
“sah”.make..sahlah engkau wahai manusia sebagai musuhku!huh!
“shaz,dah sahlah” kate poyah(name manje farah) . perlukah aku melompat?nak je aku tanye soklan tu kat poyah.
Aku tengok diorang,mpr..semua pakat duk buat muke ala2 orang pakai botox..alahai kawan2ku..korang bersedih mengalahkan aku,terharunye aku..aku pun sedih jugak..tapi aku kena jaga maruah keluarga aku.
“shaz,maap..kitorang tak dapek nak nolong ko” aku cube senyum..
“takpe,korang tolong aku lain kali” dalam otak aku yang bergeliga ni dah terbayang dah...eh..alamak,da masuk dah pakcik nih..ee..aku jeling die..
“sabar shaz” member2 aku dah bagi warning,takut tetibe aku naik hangin,aku stongkol pakcik ni,kecoh dibuatnyer.

Nak sarung cincin,aku buat bodoh..tak hadap aku nak tengok muka dia,huu..aku nak tengok khusyairi..bestnyer kalo dia ni khusyairi,tak payah tunggu dia masuk,awal2 lagi aku dah hulur tangan..eh..kenape mama ni..bialah orang nak wat kerek sikit,mama jugakkan yang ajar orang pompuan ni kena jual mahal sikit..huh..mama dah angkatkan tangan aku. Pak cik tu jeling je aku..ko nak jeling aku?jeling la,ingat aku takot?aku da beli antibiotik banyak banyak tau.
“shaz, ur turn.” Aku terkedu dengar kate kate ilya. Turn aku? Aku nampak pakcik tu da hulur tangan..woi..perlu ke aku cium tangan dia?nyampahnye aku... Nak taknak aku kena la jugak bila tengok mata mama macam nak tikam aku je. Geli..kotor tangan aku yang bersih tak pernah sentuh lelaki ni.

Tiba tiba aku rasa cuak bila kulit tangan aku tersentuh kulit dia..huuu..cuak,kenape la aku rasa gelabah ni..lepas salam and cium tangan dia..aku masih lagi bermeditasi untuk kurangkan gelabah aku tu..cullpp!
“mak..!” terjerit sikit + terkesima + terkejut = vibrate segale skru-skru lutut siku dagu semualah. Berani dia cium tanpa kebenaran aku! aku tengok dia
“woi!ape ko ni?suke suki ko jer main terjah ko punye mulut kat dahi aku,woi..ko tau tak kepala aku ni dibayar zakat..?suka suki ko je nak wat ape ko nak?”
tapi mulut aku tak terbukak pon,dalam hati je. Aku tengok orang tengah gelak kan aku jer coz aku terkejut tadi. Uish,aku tengok pakcik tu, wah..wah..wah..bukan main lagi dia sengih sengih yang ala malu – malu tapi mahu jugak menunjukkan gusi. Siap ko!jaga ko!aku bagi bontot kuali cium dahi ko nanti..kita tunggu kemunculannya nanti.Heee..gerammm....(sebenarnyer malu..hukhuk..aku nih dah lah wanita yang penuh dengan perasaan malu..kureng asem!!!)

---------------------------------------------------

Malam

Letihnye,aku nak tido! Lantaklah ko,walaupon rumah ko,aku peduli ape..aku buat hal aku jugak.lepas solat isyak,ira shazira terus memilih tempat peraduaannya. Dia mempunyai agendanya sendiri. Disebabkan makcik zaliah tak sehat,majlis berlangsung di pulau pinang,ini bermakna,malam pertame mereka di rumah Khairul Ilham Shah. Malam pertama??urr..
“huh,tak per..aku bagi chance,umah ko..aku mengalah,kalo umah aku..siap ko,jangan harap dapat tido dalam bilik,tido lah ko kat garaj!” sebelum pakcik tu masuk,baik dia bertindak terlebih dulu,karang dia pulak yang halau aku tido kat garaj. Dia menarik bantal dan selimut menuju ke sofa,meninggalkan tilam empuk yang terhias indah buat mereka,SEPATUTNYALAH.

Dia hanya memandang sepi katil dihujung bilik. Huh..terlepas satu keluhan..kenapelah dia nih setuju nak kawen ngan aku?ape dia tak kesian ke ngan awek die? Kalo dia tak kesian ngan awek die sudah ler..aku kesian kat pakwe aku tau. Pakwe?heheeh..camne ngan die ek?biarlah perkara ini menjadi rahsia buatnya. Bukan aku kejam, tapi aku tak mampu lagi,aku masih memerlukan sokongan dia. Uh..rindunya kat khusyairi,dah 2 hari tak dengar suara dia,massage pun tak..aku busy.

Kenape aku boleh relex je ek? Ko tak takut ke shaz? Buatnye pakcik tu buat ape ape kat ko camne?dah ler tido sebilik. Cool!!takper..dia kawen ngan aku pun sebab dia terpaksa gak, takdenyer dia teringin kat aku nih(ayat penyedap hati). Takpe shaz..ko tido kat atas kerusi ni pun dia dah paham ko tak suke dia,kan?yer! (sendiri tanyer sendiri jawab = sendiri masuk lif sendiri tekan) .Hem.. nasib badan lah tido atas sofa ni,nasib baik jugak bilik dia ni ade sofa,kalo tak..merempatlah aku kat lantai..silap silap hari bulan elok jer dia sepak aku, konon-konon ter-,padahal nak bantai aku sebab tak puas hati dia kena kawen dengan aku.

Huh..bile terkenang balik status diriku yang baru ini..sedihnye rase,kenape aku yang dipilih untuk menerima dugaan ini? Tibe tibe aku rase macam kena kurung dalam sangkar. Sangkar yang tak tahu siapakah gerangan tuan empunyanya. Yang paling perit lagi, aku rasa macam leher aku ditambat tali dan diikatkan di palang palang sangkar tu. Mama,abah...kenape buat ira camni? ira jugak punya hati dan perasaan ma..yang ingin menyintai dan dicintai..bukan terpaksa dipilih begini yang ikatannya tak pasti lagi kemana arah tujunya. Ira hanya manusia biasa abah..yang tahu erti terluka,mungkin orang lain anggap ira tak pernah sedih,sentiasa ceria..itu orang lain..tapi ma and abah??adakah ma ngan abah juga nampak ira begitu??memang ira tersenyum di atas pelamin..pelamin idaman..pelamin idaman mama dengan abah,juge orang-orang yang terlibat, tapi..pelamin tu adalah palsu belake bagi ira,duri! Ira terluka ma...mama tak nampakkah betapa ira terseksa untuk cuba berlagak diatas pelamin palsu itu?mama...

air mata menitis jua,tak tertanggung rasa lara dihati,setelah diri rasa tidak disayangi lagi oleh mama dan abah dek kerana paksaan yang tidak terjangkau oleh akal warasnya. Pada siapa ingin diluahkan lara ini?pada khusyairi?tidak,itu akan menambahkan luka dihati. Pada si lelaki yang baru bergelar suami? Mustahil!dari dia aku mendapat luka ini. Siapakah lelaki itu?mengapa dia sanggup menghancurkan hidup aku dengan bersetuju menerima diri ini?? Sudahlah aku cukup terluka dikala ini,dia hanya menunjukkan mukanya yang bersahaja didepanku,berbeza dihadapan orang ramai,begitu manis senyuman yang mungkin kepura-puraan itu.

Tiba-tiba pintu terbukak dari luar setelah salam diberi...

1 comment:

Anonymous said...

alahai ira time je lh pkcik tu..^_^