aku ingin BERKATA bukan MERAPU

selamat datang.

tq pade sape yang sudi melawat. and tq jugak pade sape yang sudi same-same merapu.

xpe..rapukan je ape-ape yang anda rase nak rapu.

ape entah aku merapu nih...hemm..ok lah..pendek kate..anda bebas komen ape-ape disini.

=)

=)

komen la skali. Komen anda banyak membantu untuk daku meng-imprvkan skill yang tak seberapa nih.

Saya ada gaya baru,setiap entry baru EVK akan ada lagu tema tersendiri. So kalau nak lebih feeeeelll..boleh dengar sambil baca..okeh...semoga terhibur =)

SENYUMLAH UNTUKKU SAYANG ==) 15 DIS

EVK 24 ==) 19DIS

EVK 25 ==) 22 DIS

EVK 26 ==) 24 DIS

EVK 27 ==) 29 DIS





Thursday, October 1, 2009

EGOKU vs KASIHNYA 15

=======================

Khairul menoleh sekilas kekiri.
Insan disisinya jelas sekali kesejukan.walau sudah dimaksimumkan suhu penyaman udaranya,namun dia dapat merasakan insan itu terlalu sejuk.

Dibetulkan jaket coklat miliknya yang sudah hampir melurut jatuh. Hanya itu yang mampu dilakukan.
Ikutkan hati mahu sahaja dipeluk gadis itu agar dapat menghangatkan tubuh kecil molek itu.
Namun apakan daya,ianya bakal mengundang masalah yang besar antara mereka nanti.


Sesampainya mereka disebuah rumah dua tingkat,hujan masih turun dengan lebatnya. Khairul berjalan menuju ke pintu rumah yang gah berdiri dengan ukiran indah yang berkonsepkan corak flora.

Kemudian dia kembali kekeretanya.
Berfikir seketika. Setelah menimbal baik buruknya,dia memutus untuk tidak mengejutkan gadis itu.


=========================


Tuala kecil yang dicelup air asam jawa diperah dan ditekapkan ke dahi ira shazira.
Berkerut-kerut dahi ira shazira apabila tidurnya terganggu kerana dahinya yang panas itu diusap lembut oleh sesuatu yang sejuk.

Terbit rasa bersalah yang menggunung tinggi dalam diri khairul.

~‘Maafkan abang ira,sebab abang, ira jadi begini. Dan maafkan abang jugak kerana membawa ira kesini tanpa persetujuan ira.’

Sewaktu pulang dari klinik petang tadi,dengan keadaan jalan yang sesak kerana hujan yang lebat menyebabkan mereka terperangkap sama dalam kesesakan lalu lintas.
Ira shazira sudah tertidur. Tidak hairanlah kerana lumrah orang yang tidak sihat memang begitu.

Melihatkan keadaan ira shazira yang begitu tidak bermaya,dia tidak sanggup untuk menghantar ira pulang ke kolejnya. Jadi dia membuat keputusan untuk membawanya pulang ke rumah. Biarlah dia sendiri yang menjaga gadis itu.

“mama..”

tersentak khairul dari lamunannya. ‘mengigaukah dia?’ detik hati khairul.

“mama...mama kat mana...” sungguh lemah dan sayu rintihan itu.

“mama...”

“syhhhh..tidur sayang..tidur yer..abang ade kat sini.”

“mama..”

khairul mengusap lembut kepala ira shazira untuk menenangkannya.

~‘ketahuilah sayangku,sesungguhnya aku terlalu menyayangimu dan ingin dikau sentiasa bergembira. Tidak sanggup rasanya untuk melihat dirimu begini. Aku akan sentiasa berada disampingmu wahai permaisuri hatiku.’



Dummm..!


Ira tersedar dari mimpinya yang panjang. Dia bagaikan orang yang dungu.
Blurr. Ditoleh kiri. Kemudian kanan.

‘kat mane nih?’

grummm..!

sekali lagi guruh berbunyi.
Cahaya yang terbias daripada kilat memancar kedalam bilik yang hanya diterangi lampu tidur.

Peluh renik sudah bercambah diraut wajah ira shazira. ketakutan mencengkam jiwa. Dia tidak betah untuk berseorangan dalam situasi begitu.
Kemana semua orang pergi... Semua orang?? Jap jap..aku kat mana sebenarnya ni?

Dia cuba mengingati kejadian sebelum ini.
Dia di kolej.mali.khairul.klinik...lepas tu?? Guruh semakin rancak berdetum.
Kecut perutya.

Terasa ingin menangis.

Namun bertambah-tambah kecut perut bila dia dapat menangkap beberapa adegan dalam kotak mindanya.

Bayangan khairul yang mengejutnya dan menyuakan ubat kepadanya...yaALLAH..adakah aku..di tempat dia sekarang? Sekali lagi cahaya kilat membiaskan cahaya kedalam bilik itu. Cepat-cepat dia menutup telinga dan memejamkan mata.

Sesungguhnya dia terlalu takut disaat ini. Takut berseorangan dalam keadaan guruh dan kilat yang sambung menyambung serta takut kerana berada ditempat yang terlalu asing.

Air mata merembes keluar juga akhirnya membasahi pipi gebu miliknya.

“mama...ira takut ma..”

Bilik tidur itu sudah dihiasi dengan bunyi esakan halus ira shazira.

‘khairul!

~'Alah..bedal jelah. Daripada aku sorang-sorang dalam ni’

“khairul..”

sunyi.

“khairuuul...” dia menguatkan lagi laungannya.

“khairuuullll” masih lagi tiada respon.

Hendak keluar dia takut. Suis lampu pun dia tak tahu kat mana. Dalam bilik ni cuma samar samar lampu tidur jer. Bibirnya bergetar-getar,pipi sudah basah dengan air mata. Dia ternampak sesuatu.

Terus dicapai henset yang berada diatas meja kecil bersebelah katil.

====================

Khairul baru selesai membuat bayaran dikaunter.

Dia menuju ke keretanya. Jarinya lantas menekan punat telefon bimbitnya apabila gajet elektronik itu mendendangkan lagu climbing the walls.

“hello”

sambil tanganya ligat mencari kunci didalam poket seluar. Suasana sunyi menyelubungi. Dia sudah menghidupkan enjin keretanya.

“hello..?”

“he..hello.oo” tergagap-gagap si pemanggil bersuara.

Khairul tersentak. Tindakan reflexnya terus melihat ke skrin telefon bimbit.

‘ira!’ detik hatinya.

“ira?kenape sayang?” sekelip mata perasaan risau menyelubungi diri.

~‘kenape dia call aku?sakit kah?’

“ira?kenape nangis ni?”

khairul bertambah risau apabila dia dapat menangkap esakan halus dari sebelah sana. Jelas sekali suaranya menggambarkan keprihatinannya terhadap insan yang bernama ira shazira.

“i..ir..ira takut”

Akhirnya terluah jugak apa yang ingin disampaikan kepada si suami.

“ira..takpe-takpe,jangan takut..jap lagi abang sampai,abang bukan keluar jauh-jauh pun. Jangan la nangis..”

Dia cuba menyusun ayat untuk menenangkan si isteri walaupun ternyata agak tunggang terbalik.

“emm..macam ni lah..ape kate kalo ira jangan letak telefon,abang temankan ira..kita sembang sampai abang sampai rumah?” khairul mengusulkan cadangan.

senyap.

“ira?”

“tak..tak pelah.. guruh ni,bahaya..saya tunggu kat sini je..cepat tau..saya takut...”

khairul tersenyum,’ira..ira’

“ok..ok..jap lagi abang sampai. Tak mau nangis tau..” talian dimatikan.


Ira shazira duduk memeluk lutut diatas katil.
Tidak mahu bergerak kemana-mana.takut. tidak pasti apa yang berada diluar. Tangan kanannya masih memegang henset.

“23 miscall?”

Baru terperasan. Pelik. Masakan dia tidak dengar hensetnya menyanyi.

“ya ALLAH..mali dengan syida...mesti diorang risau gila..”

pukul 9.50 malam dah?patutlah...mesti diorang cari aku. mesti pelik aku tak ade kat kolej. Dah lah demam. Tiba-tiba hilang,dah malam pun tak balik lagi.

Dia lantas mendail nombor mali.

Tut...tut...

“hello shaz!! Hang kat mana nih? Hang ok ka dok nih?pi mana malam-malam tak balik lagi nih?dah la tak habaq kat aku pun.”

aku tersenyum. Banyaknye soalan cik mali oi..nak jawab mana satu nih.

“shaz!ko kat mane ni?”

lorh..syida pulak..mesti tengah berdiskusi pasal kehilangan aku.

“ermm..aku ok..k o t”

“ko kat mane nih?kat kolej ke?bilik sape?”

ish..nih yang susah nih..nak jawab ape..takkan nak jawab ‘aku kat rumah laki aku’. Mau menangis mali dengan syida malam ni.

“aku..aku kat rumah saudara aku..dia datang ambik tadi..dont worry,aku ok..demam pun dah ok sikit. Jangan risau ok..nanti aku balik.”

“yelah..hati-hati..risau tau tak?dah lah mali cakap ko turun petang tadi mase hujan tengah lebat, lepas tu tak naik-naik dah. Macam orang hilang anak ko tau tak aku dengan mali cari ko. Telepon tak angkat, message lagi lah”

“sorry..aku tak sedar korang telepon. Tak pelah,nanti kita jumpa ek..ok..assalamualaikum” talian diputuskan.


--------------

Khairul tiba dirumahnya tepat pukul 10malam.
Keadaan rumah macam sebelum dia keluar. Ruang tamu tetap bergelap.
Dia menaiki tangga untuk ke biliknya. Senyap je.

tuk! tuk!.

Tombol pintu dipusing. Dalam kesamaran dia dapat melihat sesusuk tubuh sedang duduk memeluk letut diatas katil. Dia menghampiri katil dan melabuhkan punggung disisi ira shazira.

‘tido ke?’ . tangannya mula menyentuh bahu ira shazira.

“arrrgggghhh...maaakkkk!!”

terkejut dengan sentuhan yang tiba-tiba.

“hey..ssshh..abang la ni..”

khairul cuba menenangkan ira shazira. namun ira shazira masih belum bertenang.

“ira...” lantas tubuh kecil molek itu dipeluk.

Erat!
Satu saat.
Dua saat.
Tiga saat.

“lepas lah.lemas” mendatar. Dia baru tersedar. Khairul meleraikan pelukannya.

“kenape ni?ira takut ape?takut duduk sorang-sorang ek?” Sedar akan keterlanjuranya sebentar tadi, dia cuba menceriakan suasana. Ira shazira masih menunduk.

“janganlah sedih..abang dah balik ni kan...” khairul tersengeh dengan statementnya sendiri.

“ira...” dia sudah mula risau dengan perlakuan ira shazira yang hanya membisu.

“saya nak balik”

terngange seketika mulut khairul. Tapi hanya seketika je lah sebab ‘permintaan’ itu memang dia sudah ready dari awal lagi untuk mendengarnya.

“tak boleh..selagi ira tak sihat betul-betul,selagi tu abang takkan hantar ira balik kolej” tenang khairul berkata-kata.

Tapi ira shazira sebaliknya

~‘habis?aku nak kena duduk sini ke?gila la..eh jap..berdua? serious? AKU dan DIA? BER-DU-A?’ dia menelan air liur,tawar.

~‘cepat shaz!cari jalan..bahaya wey...huhuh..pikir-pikir!!’

“err..er.saya tak bawak ape-ape pun”

~‘yeh..bagus-bagus’ shaz memuji dirinya. Muka masih control,konon-konon sedih.

Senyap.

~‘eh dia nih..tido ke,jangan buat pasai kat sini’

Dia cuba mencari wajah khairul ilham syah. Berkerut-kerut dahi ira shazira, ‘Senyum?’ Tak paham,kenapa lelaki itu tersenyum.

“takpe..abang faham. Macam ni lah,kita turun bawah dulu,makan. Abang dah belikan nasi ,ira tak makan dari petang tadi lagi kan?”

~‘blurrr..serious aku blurr,dia nih paham ke tak ape yang aku nak sampaikan tadi? Faham K O T ‘ Dia cuba menyedapkan hati.


“jom” khairul sudah berdiri.

~‘nak bangun ke tak ni?karang dia taknak antar pulak. Ikut jelah’

“ha..lupa pulak,tu..almari tu,bahagian yang tepi sekali..ira punya”

satu satu perkataan yang keluar dari mulutnya sambil menunjukkan kearah sebuah almari besar 4 pintu.

~‘ni memang blurr kuasa diameter bumi nih...ape ke hal pulak duk buat wasiat tengah-tengah malam nih’ ira shazira memandang kearah khairul dengan muka pelik yang teramat.

“Tengok-tengokan lah nanti” khairul meninggalkan pesannya sambil melangkah keluar.

“sakit ape dia nih..ape kes sedekah satu pintu almari untuk aku. aku nak buat ape,jual?” suaranya dah ‘pulih’

“ha..aku tau..kalo aku bakar,ok jugak..boleh buat kayu api”

dia dah tersengeh sorang-sorang. Bakar yang tepi sekali, ok what?? Time-time macam ni jugak la idea datang mencurah-curah keladang gandum. Senyuman penuh makna dah menjelma.

5 comments:

Anonymous said...

=)

QiS said...

best =)
sambung la lagi...

falik said...

slalu ceni tau

hawanis said...

best...cpat la sambung..

Anonymous said...

syokk...
sambung larr cepatt..