aku ingin BERKATA bukan MERAPU

selamat datang.

tq pade sape yang sudi melawat. and tq jugak pade sape yang sudi same-same merapu.

xpe..rapukan je ape-ape yang anda rase nak rapu.

ape entah aku merapu nih...hemm..ok lah..pendek kate..anda bebas komen ape-ape disini.

=)

=)

komen la skali. Komen anda banyak membantu untuk daku meng-imprvkan skill yang tak seberapa nih.

Saya ada gaya baru,setiap entry baru EVK akan ada lagu tema tersendiri. So kalau nak lebih feeeeelll..boleh dengar sambil baca..okeh...semoga terhibur =)

SENYUMLAH UNTUKKU SAYANG ==) 15 DIS

EVK 24 ==) 19DIS

EVK 25 ==) 22 DIS

EVK 26 ==) 24 DIS

EVK 27 ==) 29 DIS





Wednesday, December 22, 2010

EGOKU vs KASIHNYA 25






“Hello,syida..dah habis kelas eh?aku kat department ni. Yup. Ok. Aku tunggu.”

Talian dimatikan. Jam ditangan dipandang sekilas. 10.12pagi. Mujur urusan di pejabat tidak mengambil masa yang lama. Surat bertulis tidak hadir kekelas sudah diserahkan kepada pihak jabatan. Pn. Mariam selaku penasihat akademik juga sudah aku khabarkan hal sebenar.


“shaz!”

Dari jauh syida sudah menjerit namaku. Sudah aku jangkakan tindakbalas ini. Tentu saja dia tak puas hati dengan apa yang berlaku. Aku hanya mampu tersenyum. Bersedia menerima serangan.

“kau pergi mana?dah la tak balik bilik. Kelas tak pergi! Bila orang call tak pernah nak jawab. Apatah lagi nak balas message. Baik kau cakap betul-betul,kau kat mana dan buat apa sampai dah lebih seminggu aku tak nampak batang hidung kau hah?” Ira Shazira senyum lagi.

“jawab lah,tersenyum-senyum!”

“janganlah macam ni. Aku ada hal sikit. Aku ok. Jangan risau.”

Syida tarik lengan bajunya sampai kesiku. Beg dibahu diletak diatas meja. Serangannya masih bersisa.

“banyaklah kau punya jangan risau. Aku dengan mali ni,macam kucing hilang anak kau tau tak?nyaris-nyaris aku nak call mak kau.” Geli hati mendengar bebelan itu,namun ira shazira masih mampu menyembunyikan senyumannya.

“dah dua kali kau buat macam ni. Kau tau tak kitorang risau? Kot-kotlah kau kena culik ke,ada apa-apa ke berlaku kat kau..macam-macam kitorang fikir tau tak?” Dia tarik tangan syida yang dari tadi asyik melayang-layang diudara. Tangan itu digengam.

“aku mintak maaf sangat-sangat. Aku tau aku salah,buat kau dengan mali risau. Im so sorry. Sungguh,bukan niat aku nak buat korang risau. Tapi..eh,bukan ke aku ada jawab message korang kan aritu?” Ira Shazira kerut kening.

Syida mendengus kasar. “ye..tapi jawapan kau tak memuaskan hati. Apa yang kau reply... aku ok. Saudara aku eccident. Aku kat rumah dia.jangan risau.”

“ha..apa yang tak puas hatinya?”

“yelah,entah betul ke tidak kau kat rumah saudara kau. Asal aku telefon je kau tak pernah nak angkat.”

“sorry lah weyh. Aku tak perasan. Lagipun,aku kat hospital. Jangan risau ok. Aku bukannya orang jahat. Aku tau mana baik,mana buruk. Aku tau,risau kau tu berasas. Aku mintak maaf ok?”

“yelah. Ni,saudara kau tu ok tak?kau ke yang jaga dia kat hospital?”

Ira Shazira ketap bibir sambil mengangguk. “dia koma. Tak sedar lagi.” Perlahan dia menjawab soalan itu. Jelas terpamer kesedihan diwajahnya.

“sabar ye. insyaAllah,takde apa-apa tu.” Dia mengangguk lemah.

“kau tu,jaga orang sakit pun,jangan sampai kesihatan kau terabai. Aku tengok kau ni macam tak cukup rehat je.” Ira Shazira hanya mampu menunjukkan senyuman hambarnya.

“takpelah,aku nak balik ni. Nak pergi hospital. Aku tak sure lagi bila boleh masuk kelas. Kau tolong aku ye”

“yelah. Aku tau. Pasal tu kau jangan risau. Kau tu hati –hati jugak.”

“ok. Nanti kirim salam kat mali. Cakap kat dia aku takde apa-apa.”

“ok.”

------------------------

Dia tersenyum kepada salah seorang jururawat yang sedang bertugas dikaunter. Langkah kakinya diteruskan menuju ke bilik bernombor 6.

Ketika tanggannya memulas tombol pintu,Ira Shazira dapat menangkap suara seperti orang sedang berbicara dari dalam. Dia cuba mengamatinya.

‘Siap? Kawan-kawan kat pejabat khairul dah datang dah semalam. Nak kata kak zaireen dengan suami dia,diorang cakap nak datang petang ni.’ Dia ingin melangkah masuk,namun kakinya kaku disitu apabila terdengar suara perempuan tersebut seakan-akan menangis.

“kenapa u tinggalkan i macam tu je dulu? Sampai hati you,balik Malaysia tak bagi tau i...”

Ira Shazira ketap bibir. Dia cuba untuk mengintai siapakah gerangan wanita yang sedang menangis itu. Namun hanya bahagian belakang wanita itu sahaja yang mampu dilihat.

“ilham,You tau kan i sayang kan you..tapi kenapa you buat i macam ni?”


Ira Shazira tarik nafas. Sesak terasa dadanya. Apakah yang sedang dia dengar sekarang ni?siapa wanita itu?kekasihnya kah? dia cuba untuk berfikiran rasional. Perlahan-lahan daun pintu ditolak. Langkahnya masih teratur menuju kekatil.

Hartini tersentak. Air mata yang masih bersisa dipipi disapu kasar. Dia terus berdiri.


“hi” tegur Ira Shazira dengan senyuman yang cuba dimaniskan.

“hi” kasar sahaja balasannya. Hartini menarik beg tangannya diatas meja bersebelahan katil Khairul.

“Nak balik dah?” suaranya masih lagi ramah. Namun wanita itu hanya meneruskan langkahnya menuju kepintu beserta jelingan tajam yang menikam tepat keanak mata Ira Shazira.

Ira Shazira membisu. Cuba memujuk diri untuk tidak memikirkan hal itu. walaupun dia nampak sebenarnya yang wanita itu memegang tangan Khairul sebentar tadi.



“assalamualaikum awak.” Dia melabuhkan punggung dikerusi.

“maaf,saya tak temankan awak pagi ni. Saya pergi fak kejap tadi. Hantar surat tak hadir..” Dia tersenyum manis. Seakan-akan memberi riaksi kepada tindakan Khairul yang hanya kaku terbaring itu.

“awak tau tak..syida marah sangat saya. Yelah,dah seminggu lebih saya hilangkan diri..apa lagi,naik anginlah dia. ..sibuk tanya bila saya nak balik bilik..” wajah Khairul ditatap.

“tapi,saya nak jaga awak. Saya nak awak sedar. Saya nak awak baik macam biasa..”

“..bangunlah awak...tiap-tiap hari saya tunggu awak bangun..”

“..awak tak kesian ke kat saya?kat ayah dengan ibu?abah dengan mama. Diorang semua berdoa semoga awak cepat sedar. Saya tau awak kuat..awak tabah..” Air mata mula membasahi pipi.

“saya akan tunggu awak,walau bila pun awak akan sedar. Saya akan tunggu. Saya tau,nanti awak akan bangun jugak..sebab awak kuat.awak tak mudah mengalah..dan yang penting,sebab awak pernah cakap...yang..awak,sayangkan saya kan?”

Dia cuba untuk tersenyum dalam esakan tangisnya.

“awak tentu tak suka kalau tengok saya menangis kan? Kalau awak taknak tengok saya terus menangis,awak bangunlah cepat-cepat...” satu-satu perkataan keluar dari mulutnya.


Air mata seakan tidak mahu berhenti walau sudah disapu berkali-kali. Setiap kali dia ‘berbicara’ dengan suaminya itu,air hangat itu tetap akan mengalir juga.


‘Ya. Dia mesti bangun. Sebab dia sayangkan aku!’ jerit hati kecilnya.

‘tapi..perempuan tadi..’ dia seperti pernah melihat wanita itu. Namun otaknya tidak mampu untuk mengingatinya.

‘tidak!!Khairul sayangkan aku..aku isteri dia. Tentu dia sayangkan aku dari perempuan tadi. Khairul tak pernah malu untuk mengaku aku isteri dia walaupun dihadapan kawan-kawannya. Walaupun aku tak secantik perempuan tadi. Tak seseksi perempuan tadi. Tapi,dia dengan bangganya memperkenalkan aku sebagai isterinya. Walaupun waktu tu aku yang tidak selesa diperkenalkan begitu.’ Ingatannya melayang mengingati saat mereka berdua ke i-city ketika cuti sem haritu.



~ Ikutkan hati,memang dia terlalu malas untuk menurut permintaan Khairul. Kalau pergi tempat menarik takpelah jugak. Ini pergi i-city.

Aku dah banyak kali pergi. Bosan!

“jom lah sayang,kita pergi sana..” Ira Shazira ketap gigi. Rimas betullah.

“awak pergi je lah. Saya malas tau tak. Lagipun,dah banyak kali saya pergi situ. Dah bosan.” Khairul tarik sengeh.

“malam ni lain. Malam ni Ira pergi dengan husband,mesti lah lain. Romentik tau” dia mengenyitkan matanya.

Ira Shazira tarik muka. Geli!!

“jomlah.kita pergi ya? Nanti,bila abang dapat cuti lama sikit,baru kita pergi tempat jauh-jauh sikit. Kita pergi honeymoon. Nak?”

“eee..pleaselah. sape nak honeymoon dengan awak?” Dia dah buat riaksi macam orang nak muntah.

“Ira lah. Takkanlah nak bawak mak leha yang jual nasi kat depan tu kot. Mestilah abang nak bawak isteri abang.”

“jom.cepat siap. Abang tunggu kat sini.” Khairul menekan remote control televisyen. Kotak hitam itu terus senyap.

‘hisssshhhh!geramnya aku dia nih!suka sangat nak paksa-paksa orang.takpe.’ Dia masih lagi membatu disitu.

“or..ira nak duduk rumah sorang-sorang malam ni?kalau ira taknak ikut..jangan menyesal kalau abang balik lewat malam ni.” Khairul hanya menanti untuk melihat riaksi isterinya itu.

“and...tadi abang dengar ramalan cuaca...malam ni ribut petir.”

Ira Shazira tarik muka. “yelah yelah! Saya bersiap.” Dia terus bergerak kebilik.

Khairul ketawa melihat wajah terpaksa Ira Shazira. “tau pun takut isteri abang ni.” Ira Shazira hanya berlalu. Buat-buat tak dengar.



Ketika mereka berdua berjalan-jalan didalam kawasan yang penuh dengan suasana ‘romentik’ seperti yang Khairul katakan itu,tiba-tiba mereka disapa oleh seseorang.

“Khairul ilham syah!”

“Affendi Zunaidi!” mereka berjabat tangan. Ira Shazira hanya menjadi pemerhati.

“kau apa cerita sekarang?lama tak dengar berita.”

Lelaki itu tersenyum. “aku macam biasa je..Cuma lagi sihat dari dulu.” Dia berkata sambil mendepangkan tangannya. Mereka sama-sama ketawa.

“kau pulak? Ni awek kau ke?” Khairul ketawa perlahan sambil menjeling Ira Shazira disebelahnya.

“kenalkan. Ni ira Shazira. isteri aku.”

Affendi melopong. “isteri kau?”

“yes!isteri aku” Khairul memeluk pinggang Ira Shazira rapat kesisinya.

Ikutkan hati,mahu sahaja ditepis tangan itu. namun,dia masih waras. Terpaksalah dimaniskan wajahnya seakan-akan orang sedang berbahagia walaupun rialitinya hanya dia yang tahu.

“bestnya dah kawen. Aku jugak lah yang membujang..”

Khairul ketawa lagi. “abis tu,kau datang dengan sape ni?takkan sorang kot?”

Affendi tarik sengeh. “dengan awek aku. Tu ha..” jari telunjuknya menunjuk pada satu arah.

Mereka sama-sama melihat kearah yang ditunjuk itu. seorang wanita sedang duduk disebuah bangku sambil memegang kamera. Mungkin sedang melihat kembali gambar-gambar yang sudah ditangkap.

“ha tu..bolehlah tamat zaman bujang kau. Apa lagi yang kau tunggu.”

“aku tengah cuba lah ni...eh,ok lah. Nanti apa-apa hal,kita calling-calling ” mereka berjabat tangan. Affendi bergerak menuju kearah wanita yang ditunjuknya tadi.

Bila kelibat lelaki itu sudah jauh,cepat-cepat ira Shazira menepis tangan Khairul yang masih berlingkar dipinggangnya. Suka sangat ambik kesempatan!

Namun,khairul hanya tersengeh. Dia tahu,mesti isterinya bengang dengan tindakannya itu. tapi,dia suka!



Ira Shazira tersedar dari lamunannya bila terasa ada pergerakan ditangannya. Dilihatnya jari-jemari Khairul bergerak-gerak. Ira Shazira senyum. Seperti ada sinar disitu. Pertama kali Khairul memberi riaksi sejak dia tidak sedarkan diri.

“awak...bukak lah mata awak..saya kat sini..” dia amati lagi tangan Khairul. Jari tangan Khairul masih lagi bergerak.

“awak..saya kat sini. Bangunlah..awakk..” kata-katanya mati disitu bila dilihatnya jari-jemari Khairul sudah kaku kembali. Tangan itu diusap perlahan.

‘bersabarlah shaz’ dia cuba memberi kata-kata semangat untuk dirinya. Dia perlu kuat untuk Khairul.


================

Selesai solat zohor,dia mendapatkan senaskah al-quran yang terletak dibahagian belakang. Surau itu sudah menjadi tempatnya merintih pada si penciptanya. Disitulah dia mengadu segala keluh kesahnya selama lebih dari dua minggu ini.

Habis mengaji,dia termenung lagi diatas sejadah. Fikirannya tetap memusat pada si suami yang masih lagi kaku tidak bergerak. Keluarga mereka berdua sudah seminggu pulang kerumah masing-masing. Masing-masing punya urusan yang memaksa mereka untuk tidak berada lama disini.

Hanya dia seorang yang masih setia disini. ‘Ya,itulah tanggungjawabku sebenarnya.’

Telekung yang masih tersarung dibadan ditarik dan dilipat. Henset didalam beg dikeluarkan untuk memasukkan telekung.

Kemudian dia menekan butang henset. ‘2 missed calls?’ baru sahaja ingin dilihat siapakah gerangan si pemanggil. Hensetnya bernyala-nyala.

“hello” perlahan dia bersuara.

“hello..ini puan Ira Shazira?” Dia telan liur. Dia seperti dapat mengagak dari mana datangnya panggilan itu

“ya saya. Kenapa?”

“suami puan...” jantungnya seakan hendak berhenti dari berdegup. Kenapa dengan dia?

“kenapa dengan suami saya?”

“err..puan kat mana sekarang?”

“saya kat surau. Kenapa dengan suami saya??”



~Bersambung~

p/s: sori..terlebih jugak 2hari :D sebab dah masuk pukul 3lebih ni. thanks to NULAT sebab ingatkan sy =) semoga terhibur (over pulak..hihi)

===============#===#===================
Terbuai aku hilang terjatuh aku dalam
Keindahan penantian

Terucap keraguan hati yang bimbang
Yang terhalang kepastian cinta

Aku hilang
Aku hilang

Tersabut kabut malam terbiasnya harapan
Yang tersimpan sejuta bertuan
Terasa kerinduan hati yang bimbang
Yang terhempas kepastian cinta

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

Aku hilang
Aku hilang

Tersabut kabut malam terbiasnya harapan
Yang tersimpan sejuta bertuan
Terasa kerinduan hati yang bimbang
Yang terhempas kepastian cinta

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

4 comments:

hani said...

apa dah jd........????? jgn lah ada yg tak baik, tak mau perempuan lain, tak mau khairul mati....suspen..!!! smbg cepat2 ye....

nulat said...

hihihi thanks to you!

fatim fatimah said...

suspen plak,,cpt smbung,,tk sabar nak tau nih

Anonymous said...

nape3...... suspen la pulok.... x saba ni....jgn khairul lupa dah....