aku ingin BERKATA bukan MERAPU

selamat datang.

tq pade sape yang sudi melawat. and tq jugak pade sape yang sudi same-same merapu.

xpe..rapukan je ape-ape yang anda rase nak rapu.

ape entah aku merapu nih...hemm..ok lah..pendek kate..anda bebas komen ape-ape disini.

=)

=)

komen la skali. Komen anda banyak membantu untuk daku meng-imprvkan skill yang tak seberapa nih.

Saya ada gaya baru,setiap entry baru EVK akan ada lagu tema tersendiri. So kalau nak lebih feeeeelll..boleh dengar sambil baca..okeh...semoga terhibur =)

SENYUMLAH UNTUKKU SAYANG ==) 15 DIS

EVK 24 ==) 19DIS

EVK 25 ==) 22 DIS

EVK 26 ==) 24 DIS

EVK 27 ==) 29 DIS





Sunday, January 3, 2010

EGOKU vs KASIHNYA 18

Khairul Ilham Syah mempamerkan wajah tenang. Tiada sebarang tanda yang menunjukkan bahawa dia ingin bersuara. Begitu juga insan disebelahnya.
Masing-masing dalam dunia ciptaan sendiri. Walaupun sudah hampir satu jam mereka bersama.
Bagi Ira Shazira, lidahnya terlalu kelu untuk berkata-kata. Tidak tahu apa yang ingin diperkatakan.

Malu? Untuk apa?

Marah? Layakkah aku?

Benci? Wajarkah begitu?


=======

Mereka berjalan beriringan dalam kelompok manusia yang berbagai ragam itu.
Ada yang sudah senget membawa barang yang baru sahaja di ‘borong’,ada juga yang hanya bersahaja.
Ditepi-tepinya pula ada yang hanya menjadi penunggu atau pemerhati, tidak kurang juga yang sedang bercumbu-cumbuan.

Jika diikutkan hati tidak ingin dia mengikuti lelaki itu keluar. Sudahlah terpaksa merentasi jambatan,ialah,untuk ke Bayan Lepas dari tanah besar perlu melalui jambatan.

Aku tak suka lalu atas tu,kalau tak kena pada masanya mesti tersangkut,menakutkan tersangkut lama-lama atas tu. Mulalah macam-macam yang aku fikir. Walaupun mungkin agak melalut,tapi itu tidak mustahil untuk berlaku. Aku ni dah la tak pandai berenang. Kalaulah tercampak ke laut,alamatnya ,no warning,terus tenggelam . Waah..mengalahkan Civil Engineer pulak aku ni.

Tetapi disebabkan malas mahu mendengar ‘rengekan’ lelaki itu,dia turutkan juga ajakannya. Juga kerana tidak sanggup untuk ‘beraksi’ bahagia dihadapan ibu dan ayah.

Sungguh,bukan niatnya untuk mengaburi mata mereka. Cuma dia tidak sanggup untuk menghancurkan hati mereka jika mereka mengetahui niat hatinya.

“Nak makan?”

Khairul memandang isterinya itu. Tangannya sudah memaut pergelangan tangan gadis itu.

“ikutlah”

Dia menarik tangannya dan bergerak menghampiri tempat dimana menjadi tempat para pengunjung melihat pemandangan dari atas.

Khairul menghampirinya dan berdiri sambil menongkat dagu memandang panorama manusia yang berada ditingkat bawah. Kemudian dia mengalih pula talaan matanya itu kesebelah. Panorama disisinya itu lagi indah,detik hatinya. Ira Shazira yang perasan seperti diperhatikan memandang kearah Khairul.

“kenapa?”

“saja”

Khairul menjawab sambil menghadiahkan senyuman manis walaupun pertanyaan itu tadinya disertakan dengan satu jelingan. Tidak senang diperlakukan begitu, dia bergerak

“Nak balik”

Khairul yang terkejut dengan permintaan Ira Shazira itu bergerak menghampiri gadis itu.

“Nanti lah dulu. Kitakan baru sampai, takkan nak balik dah? Jom, kita makan dulu ye?”

Sudah lah diajak tengok wayang dia tidak mahu,kalau diajak bercumbu-cumbuan lagilah mengamuk gamaknya. Mahu kecoh Pulau ini dibuatnya.Baru sampai sudah nak balik. Rosak plan aku nak ajak dating yang istimewa yang memang romantik habislah. Biar dia terkenang-kenang bila balik nanti.

Khairul tersengeh, masih sempat lagi berlawak sendiri. Ira Shazira mendiamkan diri. Lama dia begitu. Kemudian dia mengangguk tanda bersetuju dengan cadangan lelaki itu.


“dulu abang selalu datang lepak-lepak dekat sini dengan kawan-kawan. Ira pernah tak datang sini sebelum ni?”

Khairul masih lagi ingin mengajak Ira Shazira untuk bersembang walaupun gadis itu hanya membisu dan asyik dengan hensetnya. Bagi Ira Shazira pula, lebih baik dia melayan message Khusyairi dari melayan lelaki dihadapannya itu.

K~ ‘I rindu la’

S~ ‘rindu ape?’

K~ ‘buat2 xtau pulak. U buat ape skrg?xrindu i?’

S~ ‘xbuat pape. Xpun!’

K~ ‘yeke?’

S~ ‘ye lah..bila U nak balik sini?’

K~ ‘aih,td kata xrindu’



“ira..makanlah dulu..dah nak sejuk dah makanan tu.”

Dia sedikit terasa dengan perlakuan Ira Shazira. Gadis itu lebih mementingkan hensetnya dari melayan dirinya. Tidak lari juga perasaan cemburu dihatinya. Bukannya dia terlalu buta untuk menafsir perasaan hati seseorang yang tiap kali membaca mesagge pasti tersenyum-tersenyum.

Jauh disudut hatinya dapat menangkap tempat gerangan tuan empunya mesagge dalam hati isterinya itu. Tetapi,disabarkan hati. Dia perlu bijak mengawal perasaan untuk memenangi hati gadis itu.

Setelah ditegur begitu, Ira Shazira terus menjamah makanan yang terhidang dihadapannya tanpa banyak soal. Sepanjang mereka menikmati makanan itu,hanya Khairul yang bersuara. Ira Shazira hanya diam membisu,malas mahu berkata-kata.


Ketika mereka berjalan untuk meniggalkan pusat beli belah Queensbay Mall itu,sempat pula Khairul menarik Ira Shazira masuk kedalam sebuah kedai pakaian wanita.

“nak beli apa?” dia yang masih blurr-blurr menyoal.

“abang nak beli baju.”

“baju?” dipandang sekeliling,rasanya ini kedai pakaian wanita.

“cepatlah pilih. Nak warna apa?”

~‘hek..untuk aku ke?’

“baju ape?orang dah banyak baju lah” masih lagi tidak mengerti.

“baju tidur?” Khairul berkata sambil tersenyum. Ira Shazira dapat menangkap makna disebalik senyuman lelaki itu.

~‘biar bonar laki ni’ Ira Shazira mempamerkan riak tidak puas hatinya.

“taknak lah!ee..tolonglah. dahlah,jom lah balik”

“tunggulah dulu. Abang tak cakap apa-apa pun. Ira yang fikir lebih-lebih.” Khairul masih lagi tersenyum seperti tadi. Ira Shazira memandang wajah Khairul.

~‘yeke aku yang fikir lebih-lebih?’

“abang nak beli baju tidur untuk ira pakai dalam hostel.”

“nak buat ape. Bukannya orang takde baju pun sebelum ni.”

“ Supaya,walaupun kita berjauhan,abang tetap dapat peluk ira masa ira tidur dan...” Khairul berhenti seketika.

“...dan ira akan sentiasa mimpikan abang setiap malam”

Khairul menyudahkan ayatnya itu sambil keningnya terangkat dan mempamerkan wajah menggoda . Terasa nak muntah Ira Shazira mendengar kata-kata Khairul itu. ‘geliii...’

“abang suka yang warna merah tu. Kita ambik yang tu ye?mesti lawa kalau ira pakai baju ni” Ira Shazira masih lagi membisu,tidak percaya apa yang didengarnya.

“yang ini ye?” Khairul menunjukkan sepasang baju tidur kain satin yang bewarna merah hati itu kepadanya. Nak tak nak,terpaksalah dihanggukkan jugak kepalanya.



Selepas makan malam bersama,Ira Shazira mengundur diri terlebih dahulu untuk naik kebilik. Letih katanya. Khairul hanya memandang sepi langkah isterinya itu yang meninggalkan ruang tamu yang menjadi tempat mereka berlima berehat.

Dia perlu pandai mengubati hatinya. Biarlah dia mengubatinya sendiri. Akan dilakukan apa sahaja untuk mendapatkan sekeping hati milik insan yang bernama Ira Shazira itu. Akan dilakukan apa sahaja! Itu janjinya.


“Hello,orang kat sana buat apa?” suara dihujung talian bertanya manja. Ira Shazira hanya tersenyum.

“buat pandai”

“owh..kenapa dibuat-buat pandai tu?orang nak yang betul-betul,boleh pulak dia buat-buat” Ira Shazira mengetap bibir mendengar si pemanggil ketawa geli hati.

“You buat apa?takde assignment ke?”

“alah,i ni taiko. Ramai yang boleh tolong buatkan” sekali lagi mengundang senyuman dibibir gadis itu.

“You kat bilik ke ni?sunyi je,Mali takde ke? Selalu bising je duk mengasah suara.”

~‘ish..terpaksa aku menipu ni. Takkan nak cakap aku kat pulau pinang,nanti banyak pula soalnya.’

“hemm..dia takde,ada hal katanya”

“hem..”

“...i sebenarnya ada meeting ni,tapi tah kemana semua orang,batang idung pun tak nampak.”

“meeting apa?”

“Nak bukak perniagaan jual alat solek” akhirnya ketawa Ira Shazira yang ditahan-tahan terkeluar juga.

Terbayang-bayang bagaiman rupa Khusyairi ketika itu. Faham benar dirinya dengan perwatakan lelaki itu. Apa yang dikatakan itu mesti disertakan dengan gaya. Gaya yang lawak pulak tu. Tak kering gusi aku apabila berbual dengannya. Sungguh tak ku sangka, lelaki itu seorang yang pandai berjenaka. Sungguh berlawanan dengan perwatakan biasanya. Begitu kontra sekali.

“eh..diorang dah datang la. Nanti kita sambung ye. Tapi you tak payah tunggu la i call,takut habis lambat pulak meeting ni. Kesian buah hati i ni,nanti tak cukup tidur pulak. Kang tak lawa pulak.”

“ok..ok. i know..tau la i. Takkanlah i nak tunggu you call bagai pungguk rindukan bulan pulak. Macamlah i tak tahu you tu. Kalau dah meeting,memang tak ingat dunia. Berdedikasi sungguh.” Ketawa mereka bersatu.

Terhibur seketika Ira Shazira dengan ‘kemunculan’ Khusyairi itu.

“ok lah..miss you. Take care ok..assalamualaikum.”

“ok. Miss you too. Waalaikummussalam.”

Klik! Panggilan diputuskan.


“mesra nampak”

Tersentak Ira Shazira dengan teguran yang tidak disangka itu. Lantas dia berpaling. Dilihatnya Khairul sedang duduk dibirai katil.

Ya Allah,bila lelaki ini masuk? Dia mengurut dada. Dia cuba mengamati seraut wajah itu dari tingkap,ditempat dia berdiri sebelum ini. Walaupun dengan cahaya yang samar-samar,tetapi dia dapat melihat dengan jelas ketegangan diwajah lelaki itu.

Ya! Inilah wajah yang pernah dipamerkan dahulu.
Tiba-tiba dia seakan dapat merasakan semula kepedihan dipipi kanannya beberapa hari yang lalu. Dia seakan trauma dengan raut wajah yang dipamerkan Khairul itu.

“er...rr..awak..” tergagap-gagap dia bersuara.

“siapa tadi tu?” cukup tegas walaupun bervolume rendah.

“kk..kawan..”

“kawan..” Khairul ketawa sinis.

“kawan sampai macam tu sekali ke mesranya?”

“salah ke?” tiba-tiba ada keberanian yang tersuntik.

“salah ke??” Khairul menyoal dirinya semula. Ira Shazira mendengus.

“Of cos salah! Awak kena sedar diri. Awak sepatutnya rasa malu. Awak isteri orang! Apa hukumnya seorang isteri bermain dengan lelaki lain dibelakang suaminya?hah?!”

Khairul kini sudah berdiri. Tembok kesabarannya sudah retak. Perasaan cemburunya sudah tidak dapat dibendung.


“suami...?” kini giliran Ira Shazira pula menunjukkan ketawa sinisnya.

“kenapa?” Khairul musykil dengan tindak balas yang ditunjukkan Ira Shazira.

“saya tak rasa pun saya ada suami” semakin berani dia meluahkan apa yang terbuku. Manakala Khairul pula semakin tercabar.

“kenapa?nak saya buat awak terasa yang saya ni suami awak?nak saya tunjukkaan apa seorang suami boleh lakukan? Nak saya mintak apa yang seorang isteri perlu buat untuk suami nya baru awak rasa dan sedar yang awak tu adalah isteri orang?begitu?itu yang awak mahu?!” bergema bilik itu dengan lontaran persoalan yang menjerut leher Ira Shazira itu.

Dia berfikir sejenak. Jika dia membalas lagi,tidak mustahil lelaki itu mengotakan apa yang baru diucapkan tadi. Mukanya berubah pucat membayangkan apa yang terlintas. Terasa darahnya sudah kering. Sesak nafasnya. Dadanya terasa ingin pecah. Lebih baik dia mendiamkan diri.

“saya nak tidur”

Lantas dia bergerak kesofa panjang itu dan merebahkan diri. Itu yang dirasakan terbaik buat masa ini. Dia tidak mahu perkara tidak terduga berlaku hanya gara-gara dia ingin menuntut kebebasan yang dirasakan hak miliknya.

Dia cuba memejamkan mata. Cuping telinganya masih dapat menangkap dengusan kasar lelaki itu. Biarkan lah dia sejuk dahulu. Dia tidak mahu menanggung risikonya.

Beberapa saat kemudian kedengaran pintu bilik ditutup. Tahulah kini dia lelaki itu sudah meninggalkan bilik ini. Sedikit perasaan lega mula mengalir dalam dirinya.

Benarkah aku bersalah?

Otaknya terlalu letih untuk mencerna persoalan itu. Dia cuba melelapkan mata dan akhirnya dia terlena bersama persoalan yang tergantung.

Keesokan hari,dilihatnya lelaki itu sudah berada diatas katilnya ketika dia terjaga dikala azan subuh berkumandang. Tidak diketahuinya bilakah lelaki itu masuk semula ke dalam bilik. Sedikitpun tidak ada rasa untuk dia mengetahuinya.


===============

Ira Shazira membuka mata. Cuba menghilangkan mamai. Di tenyeh-tenyeh matanya.

~‘lorh,aku tertidur rupanya’.

Dia berpaling kekanan. Keadaan Khairul masih lagi seperti tadi. Tenang. Dipusing pula sebelah kiri. Yang menghiasi matanya hanyalah pokok-pokok dan beberapa buah rumah. Eh!

‘Rawang 20KM’.

Dengan automatik kepalanya berpusing memandang Khairul disisi. Perasaannya sudah tidak menentu. Dirasakan ingin menjerit sekuat hatinya. Ingin ditolak-tolak dan dicubit-cubit lelaki itu.

Tidak mengertikah lelaki itu dengan keinginannya? Pandangan matanya yang tajam tidak langsung mengganggu konsentrasi Khairul tika itu. Khairul bagaikan tidak teringin langsung untuk melihat wajah wanita disebelahnya.

Dengan perasan geram yang menebal,dia hanya mendiamkan diri. Tidak guna kalau nak bertekak pun. Bukannya ada peluang nak menang pun kalau lawan dengan Khairul ni. Lagipun,kalau menang pun,tetap jugak aku tak boleh jumpa mama dengan abah.

Arggghhh!!!!bengong betul lah! Hari tu,masa nak balik,bukan main lagi janji dengan aku ‘kita berhenti rumah abah masa balik lah ira..kalau berhenti sekarang,lambat nanti kita sampai rumah ibu.’.

Masa tu aku hanya mengiyakan sahaja kerana aku tahu,ibu menunggu kami berdua untuk makan malam bersama. Dan aku juga yakin bahawa lelaki itu akan mengotakan janjinya.

Bencii!!!!


Keadaan didalam Rexton hitam itu masih lagi dingin. Hanya kedengaran suara Hafiz dan Basil sahaja yang berceloteh dicorong radio. Kumudian lagu Again dendangan Lenny kravitz pula bergema.

~‘Yeah! I love this song’ sedikit ceria hatinya dapat mendengar lagu yang dirasakan ada kenangan pada dirinya itu.


All of my life
Where have you been
I wonder if I'll ever see you again
And if that day comes
I know we could win
I wonder if I'll ever see you again




‘I know we could win, yup!! I know..’
terbayang wajah Khusyairi yang sedang tersenyum manis. Indahnya rasa hati.

Sedang asyik dia menghayati lagu itu,tiba-tiba Khairul bertindak memperlahankan volume radio ke tahap yang hampir-hampir tidak dengar. Bertambah-tambahlah ‘hot’ Ira Shazira .

~‘baik tutup terus’ bentak hatinya sambil sebuah jelingan dilemparkan kearah lelaki itu.


“Assalamualaikum..” lembut suara Khairul menuturkan salam. Ira Shazira tidak ambik pusing semua itu. Lantak lah dia nak cakap dengan siapa pun.

“mama..maaf ma,kami tak jadi singgah. Nak cepat sebab Rul ada hal sikit kat KL.”

~‘mama?’ dia memandang Khairul. Lelaki itu masih lagi memandu. Sudah hampir memasuki kawasan Universiti.

“maaf sangat ma. Kirim salam kat abah ye ma. Ibu dengan ayah pun kirim salam. Haah..dah dekat nak sampai kolej dah. Hum..” kelihatan lelaki itu mengangguk.

“..ade. Mama cakap dengan dia sendiri la...haah..” Nokia 5800 Tube dihulurkan kepada Ira Shazira. Gadis itu hanya memandang kosong henset tersebut.

“mama”

Sepatah Khairul bersuara. Itulah satu-satunya perkataan yang lahir dari mulut Khairul untuknya setelah hampir 5jam berada dalam Rexton milik lelaki itu.


“..ye ma. Ira ok. Hem..” sedikit terkilan kerana tidak dapat berjumpa dengan mamanya.

“mama ada perkara nak cakap,sepatutnya mama bagitau masa Ira dengan Rul datang sini. Tapi nak buat macam mana,dah tak ada rezeki. Tak apalah,mama cakap kat telefon je”

“mama nak cakap apa?” Dia tidak sabar untuk mengetahui ‘perkara’ yang ingin diutarakan oleh mamanya itu

“mama nak Ira dengar elok-elok apa yang mama nak cakap ni”



“apa?!” hanya sepatah perkataan yang lahir dari mulutnya.

Mukanya sudah pucat lesi mendengar perkhabaran itu. Lama dia mendiamkan diri sehingga lah mamanya itu menghulurkan salam dan mematikan panggilan. Ira Shazira masih lagi diam membatu.

Kereta dipandu Khairul sudah berhenti dihadapan kolejnya. Perasan yang mereka sudah sampai, dia menghulurkan henset Nokia 5800 Tube itu kepada Khairul. Otaknya masih belum dapat menerima apa yang baru didengarnya tadi. Dia masih berteleku memikirkannya.

“kita dah sampai,ira tak nak turun ke?”

Khairul bersuara setelah lama memerhatikan gelagat Ira Shazira yang seperti orang kehilangan anak. Dia sudah menjangkakan riaksi gadis itu. Memang tidak jauh dari apa yang dibayangnya.

“kalau ira tak nak turun,abang hantar balik rumah kita. Abang ada hal sikit ni” Teringat akan urusan yang menanti untuk diselesaikan.


Ira Shazira cuba bertenang. Setelah dirasakan ok,dia memandang wajah Khairul yang sememangnya sedang memandang kearahnya.

“kenapa tak berhenti rumah abah tadi?” terluah jugak persoalan yang ingin dihamburkan kepada lelaki itu. Ada nada sebak mengiringi pertanyaan itu.

“sorry,abang ada hal..takut tak sempat kalau..”

“awak memang saje je kan?”

Belum sempat Khairul menghabiskan ayatnya, Ira Shazira sudah mencelah. Tubir matanya kini sudah bergenang. Terkedu Khairul mendegar tuduhan gadis itu.

“ira,abang betul-betul ada hal..abang mintak maaf banyak-banyak.. abang..”

“sudahlah! Saya tahu,awak buat semua ni sebab awak marahkan saya kan?”

Setitik demi setitik air mata membasahi pipinya. Terasa seperti dipermainkan. Dirasakan lelaki itu sengaja berbuat begitu semata-mata ingin melempiaskan perasaan marah terhadap dirinya.

Ditambah pula dengan masalah yang baru diterima menyebabkan dia tidak dapat mengawal dirinya. Khairul memandang Ira Shazira dengan perasaan sayang.

~‘Bukan itu niat abang,sayang. Mungkin abang salah kerana tidak memberitahu sayang dari awal’

Sungguh, hatinya terasa sakit melihat mutiara jernih yang mengalir dipipi insan kesayangannya itu. Ingin disapu pipi itu dan dipeluk tubuh itu,tetapi apakan daya.

“ira..jangan macam ni sayang...”

“saya benci awak!benci!” dia terus keluar dari kereta itu dan berlari meniggalkan Khairul dengan perasaan bersalah. Khairul hanya mampu memandang kelibat gadis itu menghilang.

Sungguh,bukan itu niatnya!

5 comments:

sinichies_girl88 said...

asal lak ni...
huk huk huk ...
nak diaorang bersama...
menyibuk je qushairi tu..
huk huk huk..
nak n3 diaorang berbaik...
huhuhuhu

keSENGALan teserlah.. said...

heh..pehal nieh..
ngaaaa..sebok je kushairi nieh..
blah la..
perkara ape yg mama gtaw tuh?
smbung2..

Anonymous said...

alaa,,cpt lah smbung,,hal ape ni,,x sabar betul nk th,,hee

QiS said...

sambung yerk...geram ngan ira...

LoVeLyStArgIrL said...

eh..y len semua geram ngn kusyairi..
knp Qis grm kt Ira plk ni?
hehehe..sabar yer..hidup sy skrg smkn 'padat'..hee~