aku ingin BERKATA bukan MERAPU

selamat datang.

tq pade sape yang sudi melawat. and tq jugak pade sape yang sudi same-same merapu.

xpe..rapukan je ape-ape yang anda rase nak rapu.

ape entah aku merapu nih...hemm..ok lah..pendek kate..anda bebas komen ape-ape disini.

=)

=)

komen la skali. Komen anda banyak membantu untuk daku meng-imprvkan skill yang tak seberapa nih.

Saya ada gaya baru,setiap entry baru EVK akan ada lagu tema tersendiri. So kalau nak lebih feeeeelll..boleh dengar sambil baca..okeh...semoga terhibur =)

SENYUMLAH UNTUKKU SAYANG ==) 15 DIS

EVK 24 ==) 19DIS

EVK 25 ==) 22 DIS

EVK 26 ==) 24 DIS

EVK 27 ==) 29 DIS





Thursday, August 6, 2009

EGOKU vs KASIHNYA 6

...cepat cepat ira shazira menyapu air mata di pipinya dan lantas membekukan diri.

Seorang lelaki berbaju melayu dan berkain pelekat melangkah masuk dan terus menuju ke katil. Khairul Ilham Shah menghempaskan dirinya diatas katil bersama satu keluhan yang berat kedengaran dari bibirnya. Entah apa maksud keluhan itu hanya dia yang tahu.

Dia menoleh kearah sekujur tubuh diatas sofa.huh..sekali lagi keluhan nipis dilepaskan. Khairul memalingkan mukanya mengadap sofa tersebut,entah apa yang dipikirkan,nak kate tengok muka ira shazira,mustahillah..dalam gelap,hanya samar-samar cahaya dari luar sahaja.

‘Ape pandang-pandang?tak puas hati?seronok ker tengok aku tido sini?huh..baik aku tido sini dari tidor atas katil ko tu la. Ker ko nak gelakkan aku?ape?ingat aku nak nangis ke tido atas kerusi ni?aku dah masterlah bab-bab tidor atas kerusi nih. Sejak zaman aku sekolah lagi,memang 388 kali aku tido atas kerusi plus meje tiap-tiap malam,dalam masa setahun,tau?ni setakat tidor atas sofa,dah kire up lah ni,tak adenye mati aku tido atas kerusi nih. Kalo mati pun bagus gak,ko boleh letak perkataan ‘duda’ kat pangkal name ko..hurm. ‘En.Duda Khairul Ilham Shah’..wah..bagusnya..hehehe..oppss..tido shaz!jgan gelak..karang kantoi tak tido lagi..’

-------------------------------------

4.32pagi

Khairul terjaga..dikerling sesusuk tubuh yang merengkok kesejukan diatas sofa..huh(mengeluh lagi)..

itulah..katil aku punyalah lawa,kenapalah sofa keras tu jugak yang menang? Dia bagun lantas menuju ke arah ira shazira..dikutipnya selimut yang dah terjatuh dibawah sofa
“ish..ganas jugak bini aku ni tido”sambil tersengeh..dia meletakkan selimut itu ke tubuh ira shazira..kesian..sejuk semacam je nampak,karang kalau demam aku jugak yang dipersalahkan dan aku jugak yang susah..

dah lah dia dah ishtiharkan perang dengan aku,tengok muka pun dah boleh nampak..tak perlu panggil nujum pak belalang..aku sendiri boleh tilik level mane dah dia punya benci. Ikut suke dialah..aku pun ikut suke aku..set! dalam kepale otak dah berpeta-peta rangka perjalanan rumah dan tangganya.

-------------------------------

5.59a.m


Ira shazira tersedar dari lenanya yang bertemankan mimpi yang sukar ditafsir,pelik..dikerling jam ditangan..
”nasib baik..” hehehe awal pun aku bangun..kalo tak,mampus aku kene kutuk satgi..

dia termenung..kenape sejuk gile kat sini?aku yang berselimut sakan ni pun sejuk,nasib baik aku nih sopan dalam tido..hehehe..akulah manusia paling sopan..macam tu aku tido,macam tu jugaklah aku bangun,bantal,selimut even aku sendiri masih utuh diatas sofa yang ‘teramatlah besar’ ini..KONON..dia tergelak sendirian...ok la tu..nasib baik la tersopan semalam,kalo tak wat malu jer ngan pakcik tu. Sembahyanglah..karang lambat-lambat kena bertembung pulak dengan dia.

Ira shazira bangun dan melangkah kearah bilik air setelah mengemas ‘katilnya’. Ketika melalui kawasan katil,dia hanya memandang sekilas sahaja kepada insan yang lena diulit mimpi diatas katil empuknya itu.Malas mahu menyerabutkan otak, otak aku dah lame serabut..dah tak larat lagi nak tambahkan keserabutan..yang penting aku nak mandi.

Selesai mandi dan bersolat,dia mengemaskan diri ala kadar,menyisir rambutnya yang separas bahu itu, dalam hati memikir-mikir,nak kejut ke tak dia nih,aku dah ler pantang bab-bab ni. Prinsip aku,kalo aku dah terjage dulu,memang kecoh bilik aku(sejak zaman hostel dulu-dulu lagi) gerakkan orang bangun sembahyang subuh ni. Tapi..dia ni..ish..pikir shaz..nak,taknak,nak,taknak,nak,taknak,taknak,taknak...yes..jawapannyer..taknak!!

keluarlah..dia melangkah ingin meninggalkan ‘bilik tidur’ tumpangannya. Mase nak tutup pintu,otaknya yang berkarat itu dapat menjana idea..duummmp!!

Ketika dia sampai didapur,kelihatan mak temah sedang sibuk menumis..hurm..gayer macam nak wat nasi lemak..khusuknya mak temah ni..
”assalamualaikum mak temah”
“waalaikummussalam..eh..ira,awalnya bangun” mak temah nih,asal muka nmpak terkejut sangat,macamlah awal sangat aku bangun..ker dia terkejut tetiba ade orang tegur..hehehe...itu nasib baik aku bagi salam,kalo aku jerkah tadi..mahu pensan makcik ni..

aku senyum,aku kacau-kacau sikit sambal tumis dalam kuali.. sambil-sambil tu kami berborak,macam macam topik yang keluar. Pasal En. Khairul Ilham Syah pun ade gak(wah...dah tau name penuh..excited pulak nak guna). Aku tau la serba sedikit pasal dia,sebelum ni,aku taknak langsung ambik tau pasal dia,segala urusan perkahwinan pun mama and abah jer yang handle. Bile dia call umah,mama suruh aku cakap dengan dia..aku taknak..aku wat bodoh jew..malas nak layan,biar diorang uruskan,saper yang suruh aku kawen. Tunggang langgang aku raser si Khairul Ilham Shah tu uruskan sorang sorang..biar dia..tapi nasib baik lah dia wat tema hijau plus purple..kalo tak..memang aku tak nak naik pelamin tu..biar dia sanding sorang-sorang.

Cakap pasal dia..name dia pun aku baru tau mase aku tengok kad undangan majlis. Hal-hal lain tu..entah..zero..ader pun cikit la,mak temah baru gitau tadi,makanan kegemaran,ape dia selalu buat..nasib baik mak temah tak cerita semua,hobi,cita-cita,kawan baik,kawan sejati,kawan dibenci,kawan disayangi,moto,prinsip...hahaha lebih lebih pulak,dah macam buku biodata mase kecik-kecik dulu jer..once aku dah tau ape dia suka n ape dia tak suka...ape lagi..jalankanlah kegiatan haramku itu...eh..halal kot..heheehe


Setelah selesai menunaikan kewajipannya,khairul ilham syah berteleku di atas katilnya. Memikirkan langkah pertama.entah ape yang berpete kat minda encik khairul nih..hanya dia dan Allah sahaje yang tahu.teringat kembali saat dia bertemu kedua orang tua ira shazira buat pertama kalinya.

Setelah sekian lama dia mencari keluarga En. Sanusi baru kini dia ketemui mereka. Tak disangkanya mereka telah berpindah ke perak. Akhirnya harapan ibunya tercapai jugak untuk berjumpa dengan Pn.Roslina yang juga merupakan kawan baik ibunya suatu ketika dulu. Aku tak faham kenape beriya benar hasrat ibu untuk bersua muka dengan diorang,terutamenya anak perempuan mereka yangg kini dah sah jadi isteri aku dan mungkin...aku dah faham kenapa.

Memang seperti yang aku jangkakan,mereka memang terkejut tengok aku. Tak sangka aku adalah suatu ketika dulu seorang budak yang begitu nakal dan lasak telah menjadi seorang lelaki yang macho lagi bertanggungjawab,sanggup mencari di koordinat manekah mereka berade..hehehe. Demi nak rialisasikan harapan ibu,aku sanggup menongkah arus sungai nil sekalipon..aku tahu,ibu dah tak banyak masa lagi..jadi kerana itu jugaklah aku setuju dengan permintaan ibu untuk menerima cik ira shazira sebagai suri hidupku dan sebab sebab yang tak dapat dinyatakan.

Pertama kali aku tengok gambar dia setelah 15tahun..hurm..not bad la. Aku dengan beraninya tanya pasal dia...nasib baik la abah mentua aku tu boleh share..walaupon sikit..tapi ok la. And,yang paling aku tak sangka..aku boleh buat perkara berani mati yang memalukan..huh..nasib baik tak kantoi. Memang baik punya cilok la...nak kena buli balik pun boleh kalo kantoi.

1 comment:

Anonymous said...

cik penulis,macam kurang dialog la..asyik bercerita je..