aku ingin BERKATA bukan MERAPU

selamat datang.

tq pade sape yang sudi melawat. and tq jugak pade sape yang sudi same-same merapu.

xpe..rapukan je ape-ape yang anda rase nak rapu.

ape entah aku merapu nih...hemm..ok lah..pendek kate..anda bebas komen ape-ape disini.

=)

=)

komen la skali. Komen anda banyak membantu untuk daku meng-imprvkan skill yang tak seberapa nih.

Saya ada gaya baru,setiap entry baru EVK akan ada lagu tema tersendiri. So kalau nak lebih feeeeelll..boleh dengar sambil baca..okeh...semoga terhibur =)

SENYUMLAH UNTUKKU SAYANG ==) 15 DIS

EVK 24 ==) 19DIS

EVK 25 ==) 22 DIS

EVK 26 ==) 24 DIS

EVK 27 ==) 29 DIS





Sunday, December 19, 2010

EGOKU vs KASIHNYA 24





Ira Shazira berjalan beriringan bersama-sama Fatin dan Syida. Kelas pertama untuk Reinforce concrete baru sahaja tamat. Hajat hati ingin menjamu selera di cafetaria. Tiba-tiba hensetnya berbunyi. ‘Khairul!’


Hari terakhir dia menghubungi aku 3 hari lepas. Selepas dia selamat sampai ke rumah. Ya,terbit perasaan risau juga dihati melihatkan perangai pelik Khairul hari tu.

“hello” lambat lambat dia bersuara.

“hello..ira?” Ira Shazira kerut kening.
“ya?siapa ni?”
“saya Imran..”

YA ALLAH!

Tiba-tiba dirasakan dia tidak berpijak didunia yang nyata. Hiruk pikuk disekeliling sudah tidak dapat didengar.

------------------------------------------


“Abang,Khairul macam mana?”

Imran melemparkan pandangan kepada Zaireen. kemudian berlabuh pula pada raut wajah sembab Ira Shazira. Imran menggeleng perlahan.

“abang tak tahu..masih kat dalam lagi.”

Imran memberi isyarat kepada isterinya untuk menenangkan Ira shazira yang sudah bergerak dengan lemah ke kerusi.



“ira,sabar ya..insyaallah,khairul takde pape.”

Tangannya mengusap perlahan bahu gadis itu. Dia turut bersimpati melihat keadaan Ira Shazira. Ketika dia sampai dihadapan fakulti tadi,keadaan Ira Shazira agak merisaukan. Panggilannya tidak diendahkan.

Berulang kali dia mengajaknya untuk ke hospital. Namun,gadis itu langsung tidak memberi riaksi. Hanya tunduk dan air matanya sahaja yang mengalir walaupun wajahnya seakan tidak menunjukkan apa-apa riaksi. Namun aku tau,hati gadis itu terlalu risau.

Bila aku katakan padanya “ira taknak pergi tengok Khairul ke?Khairul tengah tunggu Ira sekarang ni.” Terus diangkat muka.

“khairul??dia takde apa-apa kan?” Aku hanya mampu tersenyum. “jom..kita pergi hospital”



“macam mana akak kenal saya?” tiba-tiba soalan itu yang terpancul dari mulutnya. Zaireen senyum.

“kan akak pergi masa Ira kawen dulu. Akak isteri Imran..kawan baik khairul. Ira tak ingat?” Ira shazira hanya membisu. Zaireen memandang suaminya yang duduk tidak jauh dari mereka apabila terdengar namanya dipanggil.

“kejap ye Ira”

Zaireen kembali mendekati Ira Shazira. “ira..” Ira Shazira memandangnya.

“ira dah telefon family?” Ira Shazira kerut kening. Lupa tentang itu. langsung kepalanya digeleng. Beg di atas riba dibuka perlahan. Henset dikeluarkan. Zaireen memberi ruang untuk Ira Shazira bersendirian.


“Ma...” esak tangisnya kembali bersambung.

“sayang,kenapa ni?”

“ma..abang...abang rul ma.”

“kenapa dengan rul?”

“abang...abang kemalangan masa dekat site..” Mukanya kembali basah dek air mata. Suara disebelah sana juga sudah bertukar nada. Terkejut dengan berita yang diterima. Air mata menemani cerita yang disampaikan.


“Ira!” pandangannya beralih kearah suara itu. disaat pandangan matanya menangkap situasi yang berlaku,terus telefonnya ditutup.

“Doktor,macam mana dengan suami saya?”

“puan isteri encik Khairul?” Ira Shazira mengangguk.

“macam ni puan,keadaan pesakit sudah melepasi tahap kritikal...”Ira Shazira melepaskan nafas lega.

“tapi...” dia kerut kening.

“tapi apa dokor?”

“pesakit berada dalam keadaan koma sekarang.” Terasa segala tulang temulangnya lemah. Seakan tidak mampu untuk dia terus berdiri.

'Ya ALLAH ya tuhanku, selamatkanlah suamiku.' Hanya doa yang mampu dipanjatkan kehadrat Ilahi untuk memujuk keresahan yang melanda hatinya dikala ini.

“Doktor, boleh saya tengok suami saya?” dia bersuara perlahan.

“Boleh, silakan.” Jawab doktor tersebut.



Saat dia melangkah masuk kedalam bilik yang menempatkan Khairul,air matanya kembali tumpah. Sayu terasa melihat keadaan Khairul Ilham Syah begitu, berbalut dikepala dan tangan.

Ira Shazira melabuhkan punggungnya dikerusi bersebelahan katil Khairul, lantas digenggam tangan suaminya itu, dia sudah lupa akan hari-hari yang lepas dimana dia pantang apabila disentuh oleh lelaki itu.


Tangannya mengulas lembut pipi Khairul. Kemudian bergerak pula kedahi yang berbalut itu. Tidak tahu apa sebenarnya yang dirasakan. Yang dia tahu,dia terlalu sedih melihat Khairul begitu. ‘kenapa awak tak hati-hati..’


“Ira,Ira nak stay sini ke?” Zaireen bersuara perlahan memecah kesunyian. Ira Shazira memandang kearah Zaireen. Dia mengangguk.

“akak balik lah. Saya nak tunggu Khairul sedar.”

“Ira tak bawak bajukan?jom akak bawak ira balik rumah dulu.” Ira Shazira menggeleng.

“tak apalah kak. Nanti saya balik sendiri. Tadi akak cakap kereta Khairul ada kat bawah kan.” Zaireen mengganguk perlahan.

“Ira,ni..” Imran menghulurkan kunci kereta.

“ira sure ke ni?ira ok ke nak balik sorang-sorang?” Ira Shazira menghadiahkan senyuman,cuba untuk kelihatan yakin.

“tak apa. Ira ok. Akak jangan risau.” Zaireen memeluk Ira Shazira.

“hati-hati ya. Banyak-banyakkan bersabar.” Ira Shazira membalas pelukan itu dan mengangguk.

“esok kami datang lagi. Hati-hati ya..” Imran bersuara sebelum melangkah keluar dari bilik yang menempatkan Khairul Ilham Syah itu.


Selepas Imran dan Zaireen pulang, kini tinggallah Ira Shazira bersama Khairul yang terbaring lesu. Ira Shazira memegang tangan suaminya itu.

“awak,kenapa awak tak hati-hati. Kenapa awak cuai sangat.."

Tangannya membelai lembut rambut Khairul yang masih terjuntai. Tubir matanya kembali berair. Macam-macam yang terlintas difikirannya kala ini. Lintasan itu amat menakutkan. Dia takut. Takut dengan kemungkinan yang akan menimpa suaminya.

“bangunlah awak..bangunlah. jangan buat saya risau..” Jari jemari Khairul diramas. Kemudian dibawa kepipinya pula.

“bangunlah..saya tak mintak maaf dengan awak lagi...awak...” tangisannya kedengaran sayu disitu. Dia tahu, Khairul tidak akan sedar dalam tempoh yang terdekat ini. Namun, kesedihan itu tidak dapat dibendung.


“awak,saya nak balik kejap..saya nak ambik barang-barang awak. Nanti saya datang balik.”

Tangan Khairul yang kaku itu dicium. Jarang sekali dia melakukan perbuatan itu. Air mata yang masih bersisa dipipinya disapu. Dia perlu tenang. Kunci kereta diatas meja dicapai. Sebelum menutup pintu,dia memerhati lagi. Tepat kewajah Khairul. Berharap akan ada pergerakan dari lelaki itu.

Namun hampa.

---------------------

Tombol pintu dipulas. Kaki melangkah masuk. Walaupun gementar bercampur takut,dia harus juga menapak masuk. sudah hampir dua minggu dia meninggalkan rumah itu. setiap sudut dipandang. Masih sama seperti sebelum dia pulang ke perak.

Dia menarik henset didalam poket apabila terasa ada gegaran.

“salam ayah..”

“salam ira. Ira kat mana?Khairul macam mana?”

“Abang dah lepas tahap kritikal,tapi dia tak sedar lagi. Sekarang Ira kat rumah,nak ambik barang-barang abang sikit.”

“mama dengan abah dah sampai?”

“belum. Sekejap lagi sampai lah kot. Tadi masa Ira kat hospital mama telefon cakap dah sampai kat Rawang.”

“yalah,ira hati-hati ya. Nanti kirim salam kat abah dengan mama. Ayah bertolak pagi esok. Ni pun,ibu tak tahu lagi ni. Ayah taknak ibu kamu tu terkejut sangat.”

“hmm..tak apa. Ayah bagi tahu ibu slow-slow. Cakap kat ibu,abang takde apa-apa. Jangan risau sangat”

“ok lah. Kalau ada apa-apa cepat-cepat telefon ayah tau.”

“hmm..ayah hati-hati bawak kereta.” Perbualan berhenti disitu. Dia melihat jam dipergelangan tangan. ‘sekejap lagi mesti abah sampai.’



Ira Shazira bergegas ke biliknya. Barang-barang yang diguna sebelum dia pulang ke Perak diasingkan. dia perlu bijak merangka strategi. Abah dengan mama tak perlu tahu apa yang berlaku antara dia dan Khairul.

Dia bergerak pula ke bilik Khairul. Perlahan-lahan tombol pintu dipulas. Suis lampu ditekan. Barang-barang dari biliknya diletakkan disatu sudut.

Dia bergerak pula kekatil. Seperti ternampak-nampak bayangan Khairul sedang tidur disitu. Patutlah kelakuan lelaki itu lain benar ketika kali terakhir mereka bertemu. Air matanya kembali tumpah. Takut dengan sebarang kemungkinan.

Tilam yang beralas biru laut itu digosok perlahan. Bantal dihujung katil pula diambil dan dibawa kedalam pelukan. Tangisannya berlagu kembali sambil disaksikan bilik yang kaku itu.

Lama dia begitu. Menangis sambil memeluk bantal. ‘ah,bangunlah shaz!berhenti menangis.Khairul tengah tunggu kau.’ Dia cuba untuk memberi semangat pada diri sendiri. Air mata disapu.

Dia bangun dan bergerak kealmari baju. Pakaian yang khairul sediakan untuk dirinya diperhatikan satu persatu. Lelaki itu telah menyediakan kesemua kelengkapan untuk dirinya. Hanya dia yang buta untuk melihat. Dia juga terlalu sombong untuk menerimanya.

-------------------------

“ma dengan abah duduk kat rumah jelah,esok baru pergi hospital. Biar Ira yang jaga abang malam ni. abah tu, dah la baru balik dari kedah,lepastu terus datang sini. Mesti abah letih kan.”

“yelah. Ni ira nak pergi hospital ni nak naik apa? Abah hantarkan ya?” Ira Shazira hanya menggeleng.

“Ira bawak kereta abang. Abah rehat je.”

“hmm.esok ayah mertua kamu tu sampai pukul berapa?”

“tak tahu lagi. Lagipun ibu kan tak sihat.”

“mesti dia terkejut.” Mamanya yang hanya menjadi pendengar bersuara.

“oklah ma,abah. Ira pergi dulu.”

“hati-hati bawak kereta tu.” Ira Shazira hanya mengangguk.

---------------------------

Khairul masih kaku tidak bergerak walaupun sudah hampir seminggu dia begitu. Lagaknya seperti sedang tidur. Tenang sekali. Tangan lelaki itu digenggam.

“awak kena kuat. Saya tahu awak kuat..” tidak putus-putus dia memberi semangat. Walaupun lelaki itu hanya diam membisu.

Sejak menjadi penunggu setia dibilik ini,dia seakan sedar akan satu perkara. Perkara yang dilakukannya selama hampir 7bulan dia bergelar isteri kepada lelaki itu. Dia menyesal, memang dia banyak melakukan dosa.

Dia tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Sering kali dia bersikap dingin terhadap Khairul walaupun lelaki itu sentiasa cuba untuk mendekatinya. Tetapi,hatinya terlalu keras untuk melihat.

“awak, bangunlah, saya nak mintak maaf dengan awak. Saya tahu saya banyak dosa dengan awak..”

“...Saya tahu, saya tak menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri. Bangunlah awak...saya nak dengar suara awak. Saya nak mintak maaf dengan awak..”

Ira Shazira tidak berputus asa membisikkan kata-kata di telinga Khairul. Berharap benar agar lelaki itu akan memberi riaksi. Namun hanya air mata sahaja yang menemaninya setiap kali dia cuba untuk berkata-kata dengan lelaki itu. Khairul masih juga kaku begitu.


-----------#---------#--------------

Oh I had a lot to say, was thinking on my time away
I missed you and things weren't the same
'Cause everything inside it never comes out right
And when I see you cry, it makes me want to die

I'm sorry I'm bad, I'm sorry you're blue
I'm sorry about all things I said to you
And I know, I cant take it back.
I love how you kiss, I love all your sounds
And baby, the way you make my world go round
And I just wanted to say, I'm sorry

This time I think, I'm to blame
It's harder to get through the days
You get older and blame turns to shame
'Cause everything inside it never comes out right
And when I see you cry, it makes me want to die

I'm sorry I'm bad, I'm sorry you're blue
I'm sorry about all things I said to you

And I know, I cant take it back
I love how you kiss, I love all your sounds
And baby, the way you make my world go round
And I just wanted to say, I'm sorry

Every single day, I think about how we came all this way
The sleepless nights and the tears you cried
It's never too late to make it right
Oh yeah

Sorry
I'm sorry I'm bad, I'm sorry you're blue
I'm sorry about all things I said to you
And I know, I cant take it back
I love how you kiss, I love all your sounds
And baby, the way you make my world go round
And I just wanted to say, I'm sorry

8 comments:

Fatihah said...

akhirnye ade gak heee cpt smbng yer ^_^

Anonymous said...

cpt2 la smbg,,plez....

Ibu Hafiz said...

lamernya tunggu sambungan... tapi xper, sebab suker citer ni... touching.. selalunya mcm tu, bila depan mata tak layan baik2..bila dah tiada barulah menyesal dan rasa kehilangan.. hopefully Ira akan berubah...

LoVeLyStArgIrL said...

@ibuhafiz: biasalah tu.rialiti pun kadang mcm tu kan.thanks sebab sudi spprt saya :)

thanks jugak untuk y lain.

Anonymous said...

bagus la ira dah brubah tp jgn khairul lak brubah dah ler....

Anonymous said...

alaa sdeh nye...
tpi best n touching lh..
smbung2
^__^

IVORYGINGER said...

ni ira dah mula sedar peranan dia sbgai isteri. rsnya ttg perasaan sebenar kat khairul pun mula menyerlah. tp jgn khairul ilang ingatan sudah lew lps sedar.

nulat said...

awak jangan lupa hari ini post new episode ye? dah 2 hari dah ni ;p