aku ingin BERKATA bukan MERAPU

selamat datang.

tq pade sape yang sudi melawat. and tq jugak pade sape yang sudi same-same merapu.

xpe..rapukan je ape-ape yang anda rase nak rapu.

ape entah aku merapu nih...hemm..ok lah..pendek kate..anda bebas komen ape-ape disini.

=)

=)

komen la skali. Komen anda banyak membantu untuk daku meng-imprvkan skill yang tak seberapa nih.

Saya ada gaya baru,setiap entry baru EVK akan ada lagu tema tersendiri. So kalau nak lebih feeeeelll..boleh dengar sambil baca..okeh...semoga terhibur =)

SENYUMLAH UNTUKKU SAYANG ==) 15 DIS

EVK 24 ==) 19DIS

EVK 25 ==) 22 DIS

EVK 26 ==) 24 DIS

EVK 27 ==) 29 DIS





Monday, December 14, 2009

EGOKU vs KASIHNYA 17

“Ira,bangun sayang..kita dah sampai ni”

Nyenyaknya dia tidur,getus khairul didalam hati sambil tersenyum. Lampu luar sudah terpasang.

“ira..”

Tangannya membelai lembut pipi gadis itu. Ira Shazira membuka mata. Beratnya mata nih. Dilihatnya Khairul disebelah yang tersengeh, apa yang lucu sangat dia pun tak tahu,lawak sangat ke muka aku nih?

“Dah lah tu, bangun. Kita dah sampai ni. ha..tu, ibu dengan ayah pun dah keluar tu”

Dia memandang kehadapan. Ya,ibu dan ayah sudah menanti mereka di hadapan pintu. Khairul sudah pun keluar dan bergerak ke bahagian belakang kereta. Dia pula cuba merapikan diri seadanya. ‘kau kena kuat shaz! Senyum!’


“Assalamualaikum ayah,ibu..”
khairul menyalami kedua orang tuanya. Aku hanya mengekor dari belakang. Ibu menghampiri aku.

“Ibu...”

“Ira anak ibu....” Wanita itu terus memeluk erat menantunya.

“ibu..ibu sehat?” Dengan suara yang agak bergetar dia melontarkan soalan itu. Baru dia perasan yang wanita itu sudah mampu berjalan. Pn Zaliah hanya mengangguk. kemudian Ira Shazira berpaling pula memandang bapa mertuanya.

“ayah..ayah sihat?” dia tunduk menyalami orang tua khairul itu.

Khairul hanya menjadi pemerhati. Tidak dinafikan,isterinya itu kelihatan sedikit kekok bersama kedua orang tuanya. Mungkinkah dia tidak selesa? Mungkin. Tapi dia yakin yang isterinya itu menyayangi dan menghormati ayah dan ibunya. Dia seorang gadis yang baik. Bagaimana dengan aku? Dia tersenyum.‘Tak mengapalah. Bukan salahmu sayang,abang faham’

“ibu?jomlah kita masuk. Rul dah lapar ni. ”

Khairul buat muka cute sambil menggosok-gosok perutnya sebagai isyarat yang dia memang sudah lapar,persis kanak-kanak yang sedang kelaparan. Ibunya ketawa mendengar rengekan anaknya itu. Ira Shazira juga memaksa dirinya untuk sama-sama ketawa.

“ayah,ibu dah tak sayangkan Rul, yelah,menantu dia dah balik kan?” Khairul buat-buat merajuk sambil memegang lengan ayahnya.

‘ee..mengada-ngada betullah mamat nih’

“tak pe. Ayah ada. Jom kita masuk. Ibu kamu tu dah kenyang dia bila dapat tatap muka isteri kamu tu.”

“haah lah ayah. Tapi kan..Rul memang dah lapar sangat nih. Jom lah kita masuk. Ibu? Ira,jom sayang masuk”

Ira Shazira memandang tepat muka Khairul. ‘lapar? Biar betik dia nih. Tadi dah berhenti makan dekat RNR. Sebelum bertolak tadi pun aku dah masak. Aku masak? Hehehe..’

=================

“Sedapnya makan makanan yang ibu masak..berselera Rul makan.. rasa macam tak cukup 2kali tambah tu.”

Khairul tersengeh memandang ibunya yang berada dimeja makan. Kemudian beralih pula pada Ira Shazira. Gadis itu sedang membasuh pinggan.

“Ibu kamu tu, dengar je kamu dengan Ira nak balik, terus bersemangat. Tak bagi langsung mak Temah nak tolong dia masak. Katanya nak buat yang istimewa” kata mak Temah yang sedang ligat tangannya membancuh kopi. Khairul tergelak mendengar kata-kata Mak Temah itu.

“Yelah..orang nak sambut menantu dia balik. Mesti lah buat yang istimewa kan.” Khairul pula menambah. Pn. Zaliah hanya tersenyum. Terasa lapang dadanya dapat melihat anak menantunya pulang.

“Sudahlah tu Ira. Tinggal je. nanti mak Temah basuhkan. Jom kita kedepan.” Khairul memandang isterinya itu.

Ira Shazira tersenyum.
Manis!

“alah mak Temah. Sikit je. tak pe. Biar Ira habiskan ni dulu.”

“jom yah. Kita minum kat luar.” Mak Temah mengajak Pn. Zaliah.

“Ira tak mau keluar lagi? Kalo Ira nak habiskan pun,nak abang tolong?...tapi abang tolong tengok jelah..”

“eh.. tak pe. Abang keluarlah dulu...” gulp..’abang?’ Khairul tersenyum cuma. Dia kemudian melangkah ke ruang tamu bersama-sama ibunya dan mak temah.



“Berapa hari kamu cuti ni Rul?”

En. Syahir memandang sekilas wajah anak tunggalnya itu kemudian matanya kembali menatap kekaca televisyen. Berita Perdana memang menarik perhatiannya.

“2 hari je ayah. Ahad dah nak balik.”

“cepatnya” terlepas satu keluhan dari mulut ibunya itu. Khairul tersenyum memandang ibunya.

“Isnin Ira dah ada kelas ibu, tu yang nak kena balik cepat tu.”

“Haah bu. Isnin Ira ada kelas. Ibu janganlah sedeh..nanti bila cuti kami balik lagi..”

Ira shazira yang baru muncul dari dapur mencelah. Dia duduk bersimpuh dihujung kaki kerusi disisi Pn. Zaliah sambil memeluk kaki wanita itu. Dia cuba memujuk hati wanita itu. Pn. Zaliah tersenyum mendengar kata-kata menantunya itu. Dibelai lembut kepala menantunya itu. Tertumpah kasih sayangnya untuk insan ini.

Khairul memandang Ira Shazira. dia tersenyum. Dia kemudian menggamit memberi isyarat agar gadis itu duduk disebelahnya. Ira Shazira hanya menurut. Elok je punggung Ira Shazira mendarat dikusyen itu,Khairul terus menarik gadis itu rapat disisinya. Ala-ala pasangan bahagia. Ira Shazira tergamam. Tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Khairul hanya beraksi selamber. Tangan kanannya enak-enak bermain rambut aku manakala tangan kirinya lagi enak melingkar pinggang aku. Keras dirasakan seluruh badan. Malu pada ayah,ibu dan mak temah. Untuk menolak lagi dia malu. Apa kata mereka kalau dia bertindak begitu. Tentu Khairul juga akan malu dengan perlakuan aku.

Tapi nasib lah,siapa suruh dia buat pasal kan?tapi kenapa aku rasa tak terdaya je nak buat? Rasa macam berat je tangan nih nak tepis tindakan mamat ni. adakah memang begini rasanya jika berada dalam situasi ini?Patutlah dalam novel selalu cerita macam tu. Rupa-rupanya begini rasanya.

Elok je selama ni aku menyampah baca novel bila asyik cerita benda yang aku rasa tak seharusnya begitu. Rupa-rupanya ianya memang rialiti. Aku mengalaminya sekarang ini. Situasi dimana seorang wanita tidak mampu untuk menunjukkan protesnya bila dihadapan orang yang dihormatinya..arrrgggghhh!!

“dah tak demam kan?” Khairul bertanya.

“ kenapa? Ira demam ke?” senyap. En. Syahir dan mak Temah hanya menjadi pemerhati.

“ira?”

“hah...” dia baru tersedar.

“ mengelamun je isteri abang ni.ibu tanya something tu..” Khairul menarik hidung isterinya itu.

‘sakit la oi!’ Namun dia hanya mampu tersenyum.

‘Gila ape aku nih, sakit tapi senyum. Huh..’

Tangan kanan Khairul itu kemudian kembali mendarat didahi Ira Shazira. ‘eh..sejak bila pulak tangan dia kat dahi aku nih?’

“Ira demam ke?” sekali lagi Pn. Zaliah menyoal menantunya itu.

“Ira dah ok dah ibu. Semalam je. tu pun sikit je.”
Dia cuba untuk membuang jauh-jauh riak risau yang sudah ingin bertamu diwajah ibu mertuanya itu.

“dah ok pun ibu..semalam je. risau jugak Rul tengok. Tapi nasib baik lepas makan ubat nampak ok sikit.”

“eh..Ira ada pening-pening,muntah-muntah ke?” mak Temah bersuara. Ternganga mulut Khairul dan Ira Shazira.

'hah?biar betul soalan mak Temah nih..eh..jap..jap..aku dah berapa lama ek kawen? Errrmmm..rasanya baru nak masuk 4bulan..eh takkan kot..cepat sangat tu. Hurm..mustahil..mustahil.. Weyh..!!mangkok lah kau nih shaz!melalut! gila ape ni. Kenapa lah boleh pikir sampai kesitu? Uwerrkk..geli!! kenapa aku boleh melalut sampai kesitu ni?’

Ira Shazira dah berkerut-kerut mukanya. Khairul yang memandang wajah isterinya itu terasa ingin terburai ketawanya. Timbul idea untuk menyakat.

“haah mak Temah. Ira ada mengadu pada Rul yang dia rasa loya-loya sejak dua menjak ni. makan pun tak lalu je. ”

Ira Shazira yang mendengar bait – bait kata yang keluar dari mulut Khairul itu rasa macam nak tercekik air liur. Khairul menghadiahkan sengehan untuk Ira Shazira apabila mata mereka bertemu ketika gadis itu mendongak memandang wajahnya. Walhal muka gadis itu sudah masam mencuka.

“betul ke Ira?” ayahnya yang sedari tadi menjadi pendengar tertarik dengan topik perbualan mereka itu. Ira Shazira tidak tahu bagai mana untuk menjawab. Hanya matanya sahaja yang tiba-tiba menjadi terkebil-kebil.

“ agak-agak kenapa ye mak Temah? Kesian Rul tengok isteri Rul ni asyik nak muntah je lepas makan. Lepas tu lemah je nampak. Rul tak sanggup tengok Ira macam tu”

Khairul dah buat muka kesian. Pelukannya bertambah erat dan berkali-kali dicium ubun-ubun kepala Ira Shazira.

‘eh mamat nih. Lebih-lebih nih. Walaupun aku ni belajar pun tak habis lagi, tapi aku tau la jugak pasal kes yang sedang diutarakan ni. ishh..Shaz! Wakeup!takkan kau nak senyap je?’

“eh.. takde lah. Pandai je abang ni. saja je nak kenakan Ira. Ayah, ibu, mak temah, jangan percaya cakap abang Rul ni..suka sangat kenakan orang” Ira Shazira menepuk paha Khairul dan buat-buat ketawa sambil dalam hati mengutuk-ngutuk Khairul dan dirinya. Sungguh tidak mempercayai apa yang baru dilafaskan.

Akhirnya Khairul melepaskan juga ketawanya. Ira Shazira rasa nak hentak-hentak je kepala lelaki itu. dah lah tangan tu tak reti-reti nak berhenti merayap. Bahagia lah dia dapat lesen depan mak bapak dia ek? Ape? Ingat aku ni teddy bear ke boleh peluk-peluk,usik sana usik sini. Aku bagi turning kick karang baru dia tau.

Panas!
Rimas!
Menyampah!
Yang paling penting, Benci!!

“kamu ni Rul, suka sangat main-main. Kesian Ira, ha..tu..dah merah dah mukanya tu.” Khairul masih lagi tersengeh-sengeh. Lucu benar rasa hatinya dapat menyakat Ira Shazira begitu.

“alala..isteri abang nih malu ke?” dicuit dagu Ira Shazira.

‘sabar wey..sabar..sabar itu separuh dari iman. Sabar...nanti tak pasal-pasal pecah rekod, isteri menerajang suaminya dihadapan mak bapak dia..sabar shaz!’

“entah..ibu ingatkan ada berita baik tadi..suka sangat menyakat orang.” Ira Shazira menelan liur. Kecut perutnya mendengar kata-kata yang berbaur harapan itu.

‘maafkan ira ibu. Itu adalah sesuatu yang mustahil untuk berlaku.ira ada cita-cita sendiri ibu,ira juga ada cinta ira sendiri..maafkan ira..’ terasa ingin menangis dia memikirkannya.


“Rul,rul masih ingat lagi kan pesan ayah dulu? Tanggungjawab seorang suami?”

Tiba-tiba ayahnya bersuara. Niat untuk memberi nasihat dan peringatan kepada anaknya serta dirinya sendiri. Khairul sudah dapat ‘mengawal’ dirinya. Dia hanya mengangguk.

“Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud: ‘Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita’. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa kepimpinan diterajui oleh kaum lelaki. Manakala kaum wanita adalah golongan yang dipimpin. Ini adalah fitrah atau sunnatullah yang berlangsung dalam kehidupan manusia di dunia ini sepanjang zaman. Jadi sebagai suami,Rul kena mengetahui dan faham tanggungjawab yang terletak diatas bahu Rul.”

Khairul tekun mendengar nasihat ayahnya itu. Ira Shazira hanya membisu. Mak Temah dan Pn Zaliah menjadi pendengar setia.

“...untuk mendidik isteri pun, islam dah gariskan panduan untuk kita,suami. Memang isteri adalah hak suami,tetapi suami tak ada hak untuk menyakiti tubuh badan si isteri....”


KHAIRUL :
‘ya..aku sedar. Aku pernah terlupa tentang itu. maafkan abang Ira.’ Dia menunduk memandang Ira Shazira disisi. Perasaan bersalah muncul kembali. Dia tahu satu kesalahan menyakiti tubuh badan isteri. Terutamanya dibahagian muka. Tetapi itulah yang penah dilakukannya.

IRA SHAZIRA :
Dia mengiyakan setiap kata-kata En. Syahir itu didalam hati. Teringat pada satu lagu...

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua dihati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin
Lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Engkaulah wanita istimewa.


===============

Mereka berdua melangkah kebilik. Masih lagi beraksi bagai pasangan bahagia . Walaupun tanpa pengarah,namun aksi mereka memang memberansangkan.

Ira Shazira berdiri menghadap jendela. Angin malam yang mendamaikan menyapa lembut kewajahnya. Dia leka seketika sambil memerhati kilauan bintang didada langit.

Tiba-tiba terasa ada satu sentuhan pada bahunya.
Ya.. Khairul sudah berdiri disisinya. Tangannya bergerak pula mencari pinggang ramping milik gadis itu. cepat-cepat Ira mengelak.

“jangan!tak suka lah” Khairul tersentak.
Kemudian dia menghadiahkan senyuman manis buat insan itu.

“kenapa?” sambil tangan kirinya masih lagi mencuba nasib.

“orang cakap tak suka,tak suka lah..takkan itu pun tak faham kot?” kasar sungguh kata-kata yang dihamburkan itu. Khairul tersenyum lagi.

‘gila kot dia nih..tersengeh sengeh. Buat aku menyampah je. dah la main sentuh-sentuh aku sesuka hati je..’

“Ira lupa apa pesan ayah tadi?”

“tak dengar!” pantas dia menjawab.
Pesan yang mana satu pun dia tak pasti, yang dia pasti dia banyak mengelamun.

Kali ini tangan Khairul terus memeluk pinggang gadis itu dan tangan kirinya memengang pergelangan tangan kiri Ira Shazira. tersentak Ira Shazira. Terasa meremang bulu romanya dengan situasi begitu. Ditambah pula dalam keadaan cahaya yang samar-samar ini. Terus dia menyentap tangan kasar Khairul itu.

“awak tak faham ke? Saya cakap tak suka, maksudnya tak suka lah!” dia sudah hilang sabar. Dia kini menghadap wajah Khairul.

“so..?” Khairul bersuara menggoda. Masih lagi tersenyum. Dia cuba merapatkan diri dengan gadis itu.

“wait! You still tak boleh faham ke? It’s simple! I tak suka!” cuak sudah menguasai diri sebenarnya.

Khairul masih lagi dengan tenang meneruskan niatnya. Ira Shazira sudah menggangkat tangannya ke paras dada untuk menolak lelaki itu sekiranya dia melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Khairul semakin dekat dengannya. Dia dapat mendengar deru nafas lelaki itu.

‘Ya Allah..apa yang harus aku lakukan ni..takkan nak menjerit,ini bukan rumah aku, nanti apa kata orang’.

Dalam keadaan yang cuak itu,
tiba-tiba henset Khairul berbunyi.. Khairul menoleh seketika henset diatas meja ditepi katil.

‘tolonglah.. pergilah angkat telefon tu.. ‘

Dia kemudian memandang semula wajah Ira Shazira. lama diperhatikan wajah itu. lama juga mata mereka bertentangan. Akhirnya Khairul mengalah nak mencapai hensetnya lalu menuju kepintu.

Ira Shazira menghembuskan nafas lega apabila kelibat lelaki itu menghilang dibalik pintu. Terasa ingin menangis dia memikirkan kebarangkalian yang mungkin dilakukan oleh Khairul tadi.


Dia cepat-cepat tersedar. Baik dia tidur sekarang. Nanti kalau lelaki itu naik semula, gila aku dibuatnya.

Dia terus mencapai sebiji bantal dan bergerak ketempat biasa. Ya.. sofa panjang itu sudah menjadi tempat biasa bagi dirinya.
Dipejamkan juga mata walaupun masih ada air hangat yang mengalir.

‘tidurlah wahai mata. Tenanglah wahai hati. Tabahlah wahai jiwaku’.

2 comments:

Hafia Hana said...

alah..bila nk smbung cik writr..

citer makin bet nehh!~

x sbr tgu next n3

sinichies_girl88 said...

best...best sgt2...
ermm bagi la ira jatuh cintan kat suami dia lak...
mesti lagi syok kn heheh
sambng cpat2 erk...
:)