aku ingin BERKATA bukan MERAPU

selamat datang.

tq pade sape yang sudi melawat. and tq jugak pade sape yang sudi same-same merapu.

xpe..rapukan je ape-ape yang anda rase nak rapu.

ape entah aku merapu nih...hemm..ok lah..pendek kate..anda bebas komen ape-ape disini.

=)

=)

komen la skali. Komen anda banyak membantu untuk daku meng-imprvkan skill yang tak seberapa nih.

Saya ada gaya baru,setiap entry baru EVK akan ada lagu tema tersendiri. So kalau nak lebih feeeeelll..boleh dengar sambil baca..okeh...semoga terhibur =)

SENYUMLAH UNTUKKU SAYANG ==) 15 DIS

EVK 24 ==) 19DIS

EVK 25 ==) 22 DIS

EVK 26 ==) 24 DIS

EVK 27 ==) 29 DIS





Wednesday, June 9, 2010

EGOKU vs KASIHNYA 20






Ira Shazira mengetuk-ngetuk papan kekunci komputer ribanya. Sedang memikirkan laman sesawang manakah pula yang ingin diterjah . Sudah buntu sebenarnya mahu melawat apa. Sudah 4jam dia mengadap skrin laptop itu.

Baca novel sudah,berfacebook pun dah naik muak,ber-blogwalking tengok shawl baru pun sudah. Kemana lagi mahu pergi ni??Baru 3 hari berlalu,tetapi dia sudah hampir mati keboringan berada dirumah itu. Makan, tidur,tengok tv,laptop. Hanya itu yang dilakukan untuk menghabiskan masa.

Nak kemas rumah,rumah ni memang dah nampak kemas..apa lagi yang nak dikemasnya. Nak bercucuk tanam? Sorry, itu bukan aku. Nak main masak-masak? Aku sorang je dalam rumah ni,membazir la pulak nanti. Nak keluar? Tak best la pulak keluar sorang-sorang. Tidur? Hmmm..boleh la..lagipun,belum zohor lagi ni. Orang cakap elok tidur sebelum zohor,supaya bangun nanti badan segar. Boleh pulak,kalau dah nak tidur tu..semua alasan aku terima. Dan semua waktu ada alasan.


Dia mendaki anak tangga untuk ke bilik. Tombol pintu dipulas. Semerbak haruman jasmine menusuk masuk ke dalam rongga hidung. Dia tersenyum cuma. Suis kipas ditekan dan dicapainya mp3 diatas meja tulis. Sebaik kepala mencecah bantal,lagu ‘Kiss me’ nyanyian Sixpence None The Richer mendodoikan dirinya.


Lagu bertukar lagu,tetapi matanya masih tidak mahu lelap. Dia berpusing ke kiri. Matanya menangkap bingkai gambar di atas meja tulis ditepi katil. Gambar keluarganya. Riak sedih mula terpancar.

“mama...abah..kenapa buat macam ni pada ira.... Mama dengan abah dah tak sayang ira ke?” kelopak matanya sudah dipenuhi air hangat. Hatinya terasa bagaikan ditusuk tusuk. Sedih. Pedih.

“Mama...mama dah buang ira dalam hidup mama ke?” akhirnya air mata merembes keluar membasahi bantal.


-Imbas kembali-


Ira Shazira memeluk kedua ibubapanya. Matanya sudah merah kerana menangis. Sudah hilang perasaan malu pada orang disekeliling apatah lagi pada lelaki disebelahnya.

“ma...ira nak ikut..” dengan suara yang sudah serak dia meminta buat kesekian kalinya.

Pn.Roslina hanya menggeleng sambil mengesat air mata dipipi anaknya itu. Kemudian dia melemparkan pandangannya kearah Khairul Ilham Syah. Lelaki itu seakan memahami pandangan ibu mertuanya . Lantas tangannya mendarat dibahu Ira Shazira.


“sayang,dah la tu..mama dengan abah pergi tak lama pun..”

Ira Shazira sedikit pun tidak mengendahkan kata-kata itu. Apa yang dia tahu, dia benar-benar nak ikut mama dan abahnya.


“ma,abah..jangan risau..saya akan jaga Ira elok-elok. Dia dah jadi tangungjawab saya. Mama dengan abah jangan la risau ya..”

En. Syukri menepuk-nepuk bahu menantunya itu. Sepenuh kepercayaan telah diserahkan kepada lelaki itu. Dia yakin lelaki dihadapannya ini mampu untuk membahagiakan anaknya.


Khairul menarik Ira shazira rapat kesisinya. Cuba menjauhkan jarak isterinya itu dengan Pn.Roslina dan En. Syukri. Sikap isterinya itu seakan tidak mahu melepaskan kedua ibubapanya pergi. En. Syukri dan Pn. Roslina bergerak ke balai perlepasan. Pasangan itu melambai-lambai anak menantunya .

Hilang bayangan Pn.Roslina dan En. Syukri, Khairul mencari wajah isterinya itu. Ira Shazira masih menangis. Manjanya dia! Khairul sembunyi senyum. Gadis disisinya itu pada luarannya kelihatan tegas!ego! tetapi,jiwanya manja sebenarnya. Khairul menarik Ira Shazira supaya berhadapan dengan dirinya. Kedua- dua belah bahu isterinya itu dipegang.


“ira,jangan la nangis lagi. Kenapa ira sedih sangat ni? Ira bukan tinggal sorang-sorang,abang kan ada”

Gadis itu hanya menunduk. Sebal terasa hatinya. Itulah masalahnya. Bukannya dia menangis seratus peratus kerana terpaksa berpisah dengan kedua ibubapanya, tetapi kerana dia ditinggalkan bersama lelaki itu. Jika terpaksa berjauhan dengan mama dan abah dia masih boleh bertahan. Tetapi terpaksa tinggal bersama suaminya adalah satu bala baginya. Sejak mama mengkhabarkan berita ‘gembira’ itu lagi,jiwanya sentiasa tidak senang kerana memikirkan akan hal ini.


Mama dan abah ingin mengerjakan umrah selama 3minggu dan kemudian mereka terus ke Jepun untuk melawat budak yang manja itu. Grrrr..dah besar panjang pun nak suruh mak ayah pergi melawat ke?huh..nama je lelaki. Mohd Syamel ni pun mengada-ngada. Duduk jelah kat university of tokyo dia tu diam-diam. Ahh..university idamanku. Huh..Saja je gatal nak suruh mama dengan abah pergi melawat dia. Dulu beriya sangat nak study oversea. Dan bukan main berlagak lagi dengan aku,yelah..dia adik,tapi dia yang dapat study kat luar. Aku yang patut tunjuk teladan ni,dalam negara je. Geramnya hati.


Walau bagaimana pun, dia tetap terkilan kerana tidak dapat menghabiskan masa cutinya bersama mama dan abah. Sudahlah sepanjang sem dia tidak pulang kerumah. Cuti pertengahan sem dulu dia menghadiri program yang menghabiskan kesemua cutinya. Ketika pulang ke Pulau Pinang dulu bersama Khairul pun tidak kesampaian untuk dia menjejakkan kaki kerumahnya.

Kini, bila cuti panjang menjelma, mama dan abah pula pergi bercuti meninggalkan dirinya. Sampai hati mama dan abah meninggalkan dia kepada lelaki yang tidak dikenali. Percayanya mereka. Kalau jadi apa-apa pada aku siapa yang nak bertanggungjawab?


Ira shazira membeku. Kejang seluruh badannya. Dia baru tersedar kealam rialitinya. Sejak bila dia dalam pelukan lelaki itu? Ah..nampaknya dia sudah berani tunjuk belang. Mentang-mentang bayang mama dan abah sudah tiada,sudah berani nampaknya.

“apa awak buat nih?lepas lah!” dia cuba melepaskan diri. Namun pelukan itu semakin kejap. Meremang bulu tengkuknya apabila dia dapat merasakan tubuhnya melekap ditubuh lelaki itu. Khairul menghadiahkan senyumannya kepada ira shazira.

“khairul! Tak malu ke orang tengah tengok tu..lepaslah!” khairul menggerakkan kepalanya kekiri dan kekanan.


“kami sah!”

khairul menjerit dan membalas senyuman orang ramai yang lalu lalang yang memandang kearah mereka.


“kami sah!jangan risau” dia bersuara lagi mengkhabarkan kepada orang ramai yang melihat mereka. Khairul hanya tersenyum sumbing.


‘masyaALLAH.. malunya aku..dia nih takde perasaan malu ke?’ Ira Shazira masih cuba melepaskan diri walaupun dia tahu usahanya sia-sia.

Dia malu sebenarnya dengan pandangan orang ramai. Ada yang menjeling,ada yang tersenyum sinis dan ada juga yang ketawa melihat gelagat dia dan Khairul. Apatah lagi apabila Khairul menjerit ‘kami sah!’ tak payah lah nak kecoh-kecoh. Diam- diam sudah.


“lepaslah!malu tau tak!” dia menjeling Khairul.

“ok. Tapi ira kena janji takmau nangis dah.” Khairul Cuma mempamerkan wajah selamber. hatinya ingin ketawa dek riaksi wajah yang ditunjukkan oleh gadis itu. Tetapi disabarkan hati,nanti bertambah rajuknya.


“setuju tak,kalau tak abang jerit lagi”

“yelah!dah berenti dah ni. Tak reti-reti nak lepas lagi ke?sero...” ira shazira tidak jadi menghabiskan ayatnya. Tersalah susun ayat dah,arghh..nanti dia juga yang kena.

“yes...abang seronok. Kalau boleh memang tak nak lepas pun. Nak peluk ira 24jam pun abang sanggup..” khairul bersuara perlahan ditelinga ira Shazira. Walaupun lelaki itu sudah melepaskannya,tetapi debaran didada masih belum surut.


“jomlah kita balik. Mama dengan abah pun dah berlepas” lantas dipaut pergelangan tangan Ira Shazira yang masih diam membeku.



Didalam kereta suasa sunyi menyelubungi mereka. Khairul menumpukan perhatian pada pemanduannya. Manakala Ira Shazira pula melayan perasaan sedih bercampur risau yang bertamu dihatinya. Sedih ditinggalkan dan risau terpaksa tinggal dengan lelaki yang baru beberapa bulan dikenalinya. Ah..suami itu hanya sekadar pangkat baginya.


“ira nak makan?kita berhenti makan dulu la ye?” Khairul bersuara memecah kesunyian.

“taknak. Dah makan dengan abah dan mama tadi.”

Khairul mengangguk cuma. Dia sengaja ingin mencuba nasib,untung-untung dapat makan berteman. Dia sedia maklum bahawa ibubapa mertuanya yang akan menjemput isterinya itu kerana dia hanya mengambil cuti separuh hari. Terlalu banyak urusan yang perlu diselesaikan.

“betul tak nak makan?” dia menyoal lagi. Khairul menoleh seketika kearah ira Shazira. Gadis itu hanya diam membisu. Ok. Dia faham.



“sampai kolej nanti,ambik barang terus balik kan?” ira Shazira memandang lelaki itu. ‘dia ni,tak ingat ke saje nak cari pasal?’

“kan?” dia menyoal lagi.

Ira shazira mengeluh perlahan. “barang tak kemas lagilah, habis je paper pukul 10 tadi abah dengan mama dah tunggu pun. Lagipun,kan dah janji nak ambik barang esok.”


Ira Shazira hanya menunjukkan riaksi muka seperti orang yang tiada perasaan. Khairul tarik sengeh. ‘boleh pun cakap panjang-panjang’

“ok..esok pagi-pagi lagi abang datang.”

ira shazira hanya berdiam. Malas untuk menjawab. Dia sedang mengatur strategi sebenarnya. Dia tidak sanggup untuk menghadapinya. Buntu memikirkan jalan untuk melarikan diri dari kenyataan itu. Dia perlu juga menyuarakannya. Sekarang adalah waktu yang sesuai,kerana jika rancangannya gagal...dia masih sempat mengatur plan B.


“so..kiranya saya memang kena pergi sana lah?” dia bersuara lambat-lambat. Khairul menoleh sekilas.

“maksud ira?”

“err..yelah,saya memang kena duduk rumah tu ke?”. Khairul senyum dalam diam. Dia sudah dapat menangkap maksud kata-kata itu. Malah dapat mengagak apa yang tersirat di fikiran gadis disebelahnya itu.

“yes sayang..ira kena duduk bercuti dekat rumah tu. Rumah kita. Rumah abang dan ira, kita BER-DU-A..” sengaja dikuatkan perkataan yang terakhir itu.


“saya..emm..”

“..kenapa?” dia pelik melihat perangai Ira Shazira begitu.

“saya nak bilik asing”

“ira nak buat apa bilik tu?”

dush! Rasa macam nak tumbuk-tumbuk je laki nih. Kalau ikut hati memang aku buat je..heh,takkan tu pun tak boleh faham?ingat senang-senang ke aku nak tidur satu bilik dengan dia?tolonglah,dah la lama.kalau jadi apa-apa nanti macam mana?aku nak mintak tolong dengan siapa? Sebelum ni pun sebab terdesak je aku gagahkan jugak satu bilik.


“ira..?”

dia mencapai tangan milik ira Shazira dan ingin dikucupnya. Belum pun sempat tangan itu sampai kebibirnya,ira shazira terlebih dahulu menarik tangannya .

“saya tak nak tidur satu bilik dengan awak!faham?” dia memerhati raut wajah Khairul. Ingin melihat sebarang perubahan riaksi disitu. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Khairul masih terus memandu dengan tenangnya.


“awak dengar tak?”

“dengar..” Khairul menjawab. Masih dengan riaksi selambanya.

“so?”

“so what?”

‘heh..menguji kesabaran betullah cakap dengan manusia loyar buruk nih!’

“boleh?” Khairul memandang Ira Shazira dengan senyuman.

“TAK - BO-LEH” Ira Shazira telan liur. Pahit terasa.

‘Habis tu?’.
Dia tarik muka dan melempar pandangan kearah tingkap disisinya. Dadanya berdebar. Sedikit perasaan takut sudah dirasakannya.


“kalau awak tak bagi...saya lari!” serta merta ketawa Khairul bergema . Lucu dirasakan kata-kata yang keluar dari mulut gadis itu.

“kenape?ingat saya tak boleh buat?” Khairul ketawa lagi.

“betul ira nak lari?...” dia menarik nafas seketika dan berdehem beberapa kali,ketawanya masih bersisa.

“..kalau ira nak lari..abang bawak ira lari sekarang. Tak payah balik kolej. Tak payah nak ambik barang-barang tu. Sedekah je dekat cleaner. Nak?”


Khairul menyambung ketawanya lagi. Ira Shazira membutangkan mata. ‘cis...dia nak main-main dengan aku?’

“janganlah main-main!”

“mana ada abang main,abang tengah bawak kereta ni kan..” dia tarik sengeh lagi.

“khairul! Saya serius ni.”


Rexton hitam yang meluncur laju dipandu Khairul itu berhenti dengan tiba-tiba. Ira Shazira mengurut dada. Terkejut dengan tindakan spontan lelaki itu. Mujur dia sempat berpaut,kalau tak..bengkak la jugak dahi ni. Dia menoleh kebelakang.

‘gila ke dia nih,nasib takde kereta kat belakang.’ Dia memandang Khairul disisi,menanti dengan penuh debar apa yang akan keluar dari mulut lelaki itu.



“ira cakap dengan abang,kenapa ira taknak tidur satu bilik dengan abang?”

lembut suara kasar itu menampar gegendang telinga ira Shazira. Khairul kini memberi sepenuh tumpuannya kepada ira shazira. Gadis itu hanya menunduk.

“ira..” tangan kasarnya mengulas lembut pipi gadis kesayangannya itu. Tiba-tiba dilihatnya tubuh gadis itu terhinjut-hinjut.

“ira..kenapa nangis ni?” dia menarik ira shazira kedalam pelukannya.

“syhhhh..abang tak marah pun..abang cuma tanya je.”

“saya taknak!” setelah lama membatu,akhirnya dia bersuara. Khairul menarik isterinya itu supaya memandang ke wajahnya.

"ok..abang faham. Abang gurau je tadi tu. Dah la nangis,buruk la.”

Khairul menghadiahkan senyuman manis buat ira Shazira. Sedikit sebanyak kelegaan mengalir dalam diri ira Shazira. Khairul menyapu air mata yang masih bersisa dipipi gebu gadis itu. Pedih terasa hatinya melihat air mata insan kesayangannya itu mengalir. Gadis itu sentiasa mengalirkan air mata kerana dirinya. Bagaiman ingin ditawan hati isterinya itu?


Rancangan bercuti ibubapa mertuanya itu memberi dia peluang untuk mendekati Ira Shazira. Dia amat bersyukur dengan jalan yang ditunjukkan oleh ALLAH itu. Dia tidak akan mensia-siakan peluang yang ada ini. Dilihatnya ira Shazira sudah bertenang,khairul mengukir senyuman.

“jangan sedih lagi..abang tak mau tengok ira sedih-sedih...”


Khairul menyambung semula pemanduaannya. Masing-masing membisu. Mereka sudah menghampiri kawasan universiti. Pintu gerbang Universiti Malaya berdiri megah dihadapan. Keadaan jalan sedikit sesak kerana sekarang sudah pun pukul 6.45petang. fenomena yang biasa apabila tersangkut dalam kesesakan lalulintas didalam kawasan universiti ini.

Khairul menongkat dagu sambil cuba merehatkan tangan. Dia mencuri pandang isterinya disebelah.

“abang izinkan ira duduk bilik lain..” Ira shazira mengukir senyum dalam diam.

“thanks..”lembut menyentuh sanubari suara itu.

“tapi....”

“hah?tapi..? ada tapi jugak ke?”

“mestilah ada..mana boleh abang bagi izin free-free macam tu je.” Khairul tarik sengeh lagi. Manakala muka Ira Shazira sudah berkerut-kerut namun masih sabar menanti sambungan dari mulut lelaki itu.

“tapi...malam-malam abang pergi tidur bilik ira,boleh?”

“khairul!!..apa nih?” Semakin galak Khairul meluahkan ketawanya.

“buat! Takpe..esok,awak tunggu lah saya sampai malam pun..saya takkan muncul!”

“amboi..beraninya isteri abang ni berkata-kata,hurm?mentang-mentang lah dah masuk kawasan dia..berani yer?” Ira Shazira mendengus. Geram dipermainkan begitu.

“kalau ira tak turun-turun jugak,abang naik bilik ira. Mama dah bagitau abang ira duduk bilik mana.” Ira Shazira mencebek.

“alah,macam lah berani..tak sampai bilik orang lagi dah pengsan kena ketuk dengan budak-budak perempuan kat situ.”

“kalau tak pun,abang pergi je pejabat..cakap dekat diorang yang isteri abang hilang ke,tak dapat dihubungi ke...lepas tu,abang mintak dengan diorang naik bilik ira.ha..nak?” ira Shazira buat muka malas. Malas mahu bertegang urat dengan lelaki itu.



“dah la tu..senyum lah sikit. Dah sampai pun. Senyumlah sikit untuk abang. Nanti,takdelah kempunan abang nak tengok ira senyum khas untuk abang.” Ira Shazira masih tidak bergerak. Senyum pun tidak.

“yelah sayang,intan payung..abang tak buatlah. Ira bilik ira,abang bilik kita..ok?” Ira Shazira memandang wajah Khairul disebelah.

“thanks..jangan mungkir janji pulak. Saya naik dulu”

“Ok..take care sayang” Ira Shazira turun dan menutup pintu kereta. Belum sempat dia bergerak,khairul memanggil lagi.


“ira!”

“ha..?” ira shazira berpaling kebelakang semula. Dia mengangkat kening.

“tapikan...kalau abang takut malam-malam...abang cari ira kat bilik ye?” khairul tahan senyum. Ira shazira memandang khairul dengan pandangan tajam.

‘saje je nak main-mainkan aku.!’


-----------------------------------

“ira..bangun sayang..”

sayup-sayup suara itu bergema didalam kepalanya. Mata masih lagi berat untuk dibuka. Tiba-tiba terasa seperti seseorang mengusap-usap lembut dikepalanya.

“mama?ira ngantuk lagi ma..kejap lagi ira bangun.”

“ira...”

“hmm..”matanya masih belum mahu terbuka.

“bangunlah,dah pukul 2 ni..ira dah solat zohor ke belum ni?bangun sayang..abang lapar la..kita pergi makan nak?” dia masih lagi mengusap lembut ubun-ubun kepala Ira Shazira.

“abang pergi jelah..ira tak nak..nak tidur..jap lagi ira bangun..”

“jom lah sayang..temankan abang. Kita keluar jalan-jalan nak?Abang ambik cuti separuh hari hari ni.”


‘abang??abang mana pulak ni?’ dia mencelikkan mata. Air liur ditelan perlahan. Khairul!!

“aw..wak..”hanya itu yang mampu diucapkan.

“dah sembahyang belum ni?”

ira shazira mencari jam didinding. 2.10! terus dia bergegas ke bilik air. Dari dalam,dia dapat mendengar kata-kata khairul.

“nanti dah sembahyang,ira bersiap tau..kita keluar. Beli barang dapur.!” Dia hanya mampu mengeluh.

----------------------------------

Dicelah-celah orang ramai yang berada di mines itu..dia dapat melihat sesusuk tubuh. Dari jauh dia mengamati pergerakan insan itu.

“ira..nak air apa?makan?” intipannya tergendala seketika. Khairul dihadapannya sedang khusyuk melihat menu.

“fresh orange. Makan ape-ape jelah.” Khairul mengangguk.

Dia menyambung semula intipannya. Manusia itu sedang duduk dibangku sambil asyik bergambar. Dia mengerutkan kening. ‘Betulke ni?’

“ilham!” satu suara menyapa dari satu sudut.

“hey..Tini!you apa khabar?lama tak dengar cerita?” Khairul membalas senyuman wanita yang sedang berdiri disebelahnya itu.

“ala..i sehat..you tu yang senyap. I macam biase je” ‘

amboi..gediknya perempuan ni..’ Ira Shazira mengomel sendiri.

“eh..kenalkan..ini wife i..Ira. ira,ni kawan abang masa dekat UK dulu..tini”

“you..you dah kahwin Ilham?” Khairul hanya mengangguk. Ira Shazira menghulurkan tangannya. Lambat-lambat disambut oleh Hartini. Ira Shazira dapat menangkap perubahan pada riak wajah wanita itu.

‘Melepaslah kau cik tini. Encik Ilham kau ni dah jadi laki aku pun.Jangan berangan nak goda suami orang ok!’



Selepas Hartini mengundur diri,makanan yang dipesan mereka pun sampai. Sambil menjamu selera,ira Shazira sempat lagi cuba mengintai keluar restoran. Ingin menyambung kembali sesi intipan yang tergendala sebentar tadi. Namun,kelibat orang yang diintipnya tadi sudah tiada. Dia memasang niat,akan disiasat perkara ini dengan sedalam-dalamnya. Benarkah apa yang dilihatnya atau sekadar pelanduk dua serupa.


Hey wanita
Gembira dapat berjumpa
Teringat kembali kali pertama kita bersua
Ingat bila kita bersepatu serupa
Tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa

Kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
Kau paling menyerlah di antara mereka
Rambut hitam warna cokelat anak mata
Membuat aku kurang fasih bila bicara

Apakata kita ambil sedikit masa
Untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
Dan jika kau rasa apa yang ku rasa
Ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya

Chantek
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka
Di jiwa
Ohh chantek
Sungguh aku cinta kamu

Dia
Pandai menjaga hati ayah dan ibunya
Kelakuannya sama dengan orang tuaku juga
Dia
Bisa cipta yg gula dari yang cuka
Pandai menukar yg duka kepada suka
Dia
Bijak mengatur acara dan juga masa
Cekap memasak garam gula secukup rasa
Dia
Pandai menjaga harta dan juga duitnya
Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
Dia
Setia pada Yang Esa satu-satunya
Memenuhi tanggungjawab 5 waktunya
Dia
Punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
Tak usah lengah
Ayuh kita berumah tangga

Chantek
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..mekar
Chantek
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka
Di jiwa
Oohhh chantekk
Sungguh aku cinta kamu

Aku
Melihat kita bersama di hari tua
Dia
Masih satu tiada empat tiga atau dua
Dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
Kau tetap cantik padaku aku tak lupa
Kita bersama di anjung luangkan masa
Kewangan kita merdeka mampu bersara
Hasil usaha kita dari masa dahulu
Cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
Hidup santai tak perlu terburu-buru
Punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
Anak kita dan ayahya semua sebulu
Aku bilang kau chantek dan mereka setuju

Chantek
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..mekar
Chantek
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka di jiwa
Ohh chantek
Sungguh aku cinta kamu

22 comments:

Anonymous said...

Best lah.knp lah wivedia tak terbuka hati lg terang tang tang husband dia sgt comel and baik kot...

Anonymous said...

buy cialis online cialis reviews comments - cialis tablets

Anonymous said...

xanax 2mg xanax side effects on pregnancy - is it possible to order xanax online

Anonymous said...

generic xanax order brand xanax online no prescription - overdose on xanax and alcohol

Anonymous said...

generic xanax generic xanax white pill - side effects from xanax pills

Anonymous said...

buy tramadol online tramadol dosage dogs - tramadol high energy

Anonymous said...

buy tramadol online tramadol withdrawal for dogs - tramadol extended release dosage

Anonymous said...

buy xanax 1mg buy xanax online without rx - buy alprazolam uk

Anonymous said...

buy tramadol online no prescription tramadol overnight no prescription needed - tramadol stronger than vicodin

Anonymous said...

how to buy xanax online legally buy xanax online paypal - pass drug test xanax your system

Anonymous said...

tramadol online pharmacy tramadol for dogs in usa - tramadol dosage children

Anonymous said...

generic xanax xanax and alcohol - shoot up xanax pills

Anonymous said...

buy tramadol online tramadol 100mg er - buy tramadol 50mg online

Anonymous said...

buy tramadol online tramadol dosage weight dogs - buy tramadol online no prescription overnight

Anonymous said...

buy tramadol online tramadol 50 mg ultram - overdose with tramadol

Anonymous said...

buy carisoprodol soma carisoprodol 250 mg - there generic carisoprodol

Anonymous said...

tramadol no prescription tramadol liver damage - where to buy tramadol in usa

Anonymous said...

cheap tadalafil cialis price comparison us - price of cialis without insurance

Anonymous said...

buy cialis 20mg once daily cialis side effects - cialis prescription coupon

Anonymous said...

buy cialis online cialis daily buy online - cialis libido

Anonymous said...

http://landvoicelearning.com/#51438 buy tramadol online free shipping - tramadol hcl zoloft

Anonymous said...

buy tramadol tramadol vicodin high - tramadol 200