aku ingin BERKATA bukan MERAPU

selamat datang.

tq pade sape yang sudi melawat. and tq jugak pade sape yang sudi same-same merapu.

xpe..rapukan je ape-ape yang anda rase nak rapu.

ape entah aku merapu nih...hemm..ok lah..pendek kate..anda bebas komen ape-ape disini.

=)

=)

komen la skali. Komen anda banyak membantu untuk daku meng-imprvkan skill yang tak seberapa nih.

Saya ada gaya baru,setiap entry baru EVK akan ada lagu tema tersendiri. So kalau nak lebih feeeeelll..boleh dengar sambil baca..okeh...semoga terhibur =)

SENYUMLAH UNTUKKU SAYANG ==) 15 DIS

EVK 24 ==) 19DIS

EVK 25 ==) 22 DIS

EVK 26 ==) 24 DIS

EVK 27 ==) 29 DIS





Wednesday, December 15, 2010

Senyumlah untukku Sayang


Sepanjang hidup ini,aku terlalu kabur. Kabur dengan banyak perkara. Pada fizikalnya aku celik,tapi hati seakan buta. Aku buta dek perasaan sendiri. Aku penyebab sekeping hati itu sentiasa berendam keluhan. Keluh kesah yang berpunca dari diri yang kabur ini.


Saat pertama kali pandangan mata ini menyapa keraut wajahmu,jantungku seakan pincang dari landasan. Namun aku salah menafsir rasa ini. Seringkali aku tukarkan rasa itu dengan perasaan marah. Kasihan dikau.

-------

March 2007

Syamel menatap sekeping kertas sambil mempamerkan wajah serius. Berdirinya sudah seakan bos yang bakal menjatuhkan hukuman kepada pekerjanya.

“cepatlah!terhegeh-hegeh!”

kelihatan seorang gadis terkocoh-kocoh menghampiri sekelompok manusia sambil tangannya ligat memakai labcot. Masuk sahaja dalam lingkungan manusia itu,terus dipegang tangan kasmah. Kasmah hanya mengangguk,memberi isyarat seperti biasa. Pandangan syamel masih lagi tajam memanah raut wajah itu.

“baik,boleh mula sekarang. Ada apa-apa soalan?tak faham ke?’ masing-masing buat muka yakin plastik.

“ok,kalau tak ada apa-apa,boleh bergerak ikut kumpulan masing-masing. Ingat,handle aparatus tu elok-elok. Jangan ingat kolej ni kaya sangat nak taja barang-barang yang kamu pecahkan tu.” Mata itu sekali lagi menikam raut wajah selamber dicelah-celah kelompok manusia itu.


“kau ni dya,saja nak cari pasal kan. Dah tau abang Syamel tu sayanggg sangat kat kau,lagi mau cari pasal datang lambat-lambat.” Kasmah pula ambil alih sesi syarahan itu. Lidya masih lagi dengan muka selamber dia.

“alah,aku lewat 5minit je pun. Lagipun,bukan ke lepas aku masuk tadi si aming dengan seth pulak masuk.” Kasmah geleng kepala. Lab manual terus ditatapnya. Dia sendiri tidak mengerti apakah penyebab kepada ketegangan ini.


------

Mei 2009


“Lidya,lambat lagi ke?”

“dah dekat ni. Dah sampai pun,tapi tak nampak pun abang kat mana.”

“sekarang Lidya kat mana?” Syamel mencari-cari kelibat gadis itu.

“abang dah nampak Lidya,abang kat belah kiri ni.” Syamel berkata sambil melambai-lambaikan tangannya.



“awatlah dalam banyak –banyak tempat,sawah jugak yang abang cari?”

Lidya melabuhkan punggung diatas batas sawah itu. syamel hanya membisu,menikmati pemandangan sawah dari bawah pohon rambutan ditepi batas.

“jadi?abang nak bincang apa dengan Lidya ni sampai suruh Lidya datang sini?” Rambutnya yang mengurai ditiup angin ditolak lembut kebelakang.

Syamel mengeluh nipis. “Lidya ingat tak masa mula-mula kita jumpa dulu?” pandangannya kini beralih ke arah gadis disebelahnya.

“kenapa?” Syamel senyum sinis.

“Lidya tau,abang benci sangat dengan Lidya dulu kan. Macamlah Lidya buat salah besar sampai nampak sangat yang abang ni suka menindas Lidya lepas kejadian tu.”

Syamel sembunyi senyum. Dia ingin ketawa dengan kenyataan itu. benar!itu semuanya benar. Bodohnya diri dikala itu.

“Lidya ingat tak..” giliran Lidya pula menatap wajah Syamel.

‘kenapalah dia ni hari ni,pelik-pelik perangai. Ingat bila dah baik macam ni,takdelah buat benda-benda pelik. Kalau 2tahun lepas tu yelah,sebab...entahlah,aku pun taktau apa sebenarnya salah aku waktu tu.’

Lidya angkat kening,mengisyaratkan syamel supaya menghabiskan ayatnya.

“..ingat tak masa abang jadi lab instructor Lidya dulu.”

‘takkan aku lupa’

“masa lab yang last tu..”

hangguk.

“kan yang jadi kes tu..”

‘hmm..lagilah aku ingat’

“Lidya tau tak..masa tu abang risau sangat. 15minit je abang tinggal korang,balik-balik tengok jadi macam tu. Lepas tu,bila abang tau ada yang sampai kena pergi hospital,abang rasa macam nak pengsan. Sebab abang tak nampak pun Lidya time tu.” Aku hangguk,macam faham. Tapi sebenarnya tak faham sangat.


Lidya cuba mengimbas kembali peristiwa yang berlaku hampir 2 tahun lepas. Ketika itu dia ditahun 3. Syamel merupakan pelajar master yang merangkap sebagai Lab Instructor untuk kelasnya. Satu petang,seorang coursematenya cedera kerana berlaku sedikit kemalangan didalam lab kimia itu.


Syamel yang pada ketika itu baru kembali dari solat kelihatan terpinga-pinga. Mukanya terus berubah bila dikhabarkan seorang daripada kami telah dihantar ke hospital.


Paling tak boleh lupa bila dia menjerit‘mana lidya?Kasmah,Lidya mana?’ semua tergamam. Kecut perut pun ada. Kasmah pun tidak sanggup untuk bersuara.

‘Lidya!!!’

aku yang terkejut bila dengar nama aku dipanggil terus menghampiri syamel. Walaupun takut,tapi aku gagahkan jugak. Sumpah,bukan salah aku kali ini. Bukan aku yang pecahkan balang tu.

‘errr..sss..saya kat sini’

Syamel berpaling. Lama ditatap wajah itu. dipandang dari atas ke bawah. Bawah ke atas. Aku hanya memandang lantai makmal sahaja. Tak berani nak bertentang mata. Nanti tak pasal-pasal aku kena hambur lagi. Then,sedar-sedar syamel dah takde kat depan aku. Pelik tapi benar. Nasib dia tak marah tak tentu pasal.


“lidya..”tangan lidya diraihnya. Lidya tersentak dari lamunan kenangan itu.

“masa kejadian dalam makmal dulu..sebenarnya abang risau sangat. Abang jadi takut bila abang tak nampak muka lidya kat situ. Memang abang ingatkan Lidya yang cedera waktu tu.” Lidya beku disitu. Baru dia faham sekarang.

“kenapa pulak abang nak risau?bukan memang abang benci sangatkan kat Lidya. Sepatutnya abang suka lah kalau betul Lidya yang cedera,untung-untung,mati...” belum sempat ayat itu dihabiskan,jari syamel sudah melekat dibibir Lidya.

“shhhh..siapa cakap abang benci Lidya” Lidya cemik muka. Dua –dua senyap.


“Lidya Mairah,sudikah dikau menjadi permaisuri hidup abang?menjadi permata yang setia disisi abang?” Aku telan liur. Ini skrip datang dari mana ni?

“ha..ha..haha..buat lawak pulak lah abang ni.”

Sebenarnya jantung aku nih dah nak pecah ni. Abang Syamel pun,pada-pada lah nak bergurau pun. Benda-benda macam ni mana boleh buat main.

“abang tak bergurau Lidya,abang dah lama sukakan Lidya..masa mula-mula kita jumpa dulu lagi abang dah ada perasaan pada Lidya. Tapi abang selalu bertindak bodoh. Abang mintak maaf. Abang harap,Lidya sudi menerima lamaran ini.”

Aku telan liur lagi. Aku pandang sekeliling. Biar benar,ni kat tengah-tengah bendang padi. Aku dilamar disini?oleh abang syamel?ahhhh...tak romentiknya! Hoh.

“abang,Lidya..Lidya..”

“takpa,abang tak nak paksa lidya. Nanti Lidya bagi keputusannya,abang sanggup tunggu. Dan abang harap sangat jawapannya positif..” sedikit lega hati ini.

“..lagipun,abang tau..Lidya bukannya ada kawan dengan lelaki yang lain yang boleh dikatakan rapat kan..”

“hek..mana abang tau?pandai je..ingat lidya ni tak laku ke?” Syamel senyum.

Aku juga senyum. Didalam hati mengiyakan kata-kata itu. abang Syamel lah satu-satunya lelaki yang paling rapat dengan aku buat masa ini. Kami bukan nya bercinta,kami sekadar teman yang mesra.

Aku selesa dengan dirinya. Dirinya yang sudah berubah menjadi lebih ‘BAIK’ berbanding dulu. Kejadian itu merapatkan hubungan kami. Sejak dari kejadian itu,dia tidak lagi bertindak kasar dan menengking aku. Malah,dia sudah menjadi tempat rujukan sekiranya aku punya masalah dalam pelajaran. Dan aku tak sangka akhirnya dia melamar aku..ditengah sawah padi!

--------------

September 2009


“Assalamualaikum sayang..” cukup mengetarkan jiwa suara yang dilontarkan itu. Lidya mengulum senyum.

“waalaikummussalam.” Syamel bergerak ke meja solek. Tersenyum dia melihat pantulan figuranya dan Lidya dicermin itu. Pinggang si isteri dirangkulnya.

“wanginya isteri abang ni.” Lidya senyum lagi.

“mari..” Syamel menarik tangan isterinya ke katil. Dia duduk mengadap Lidya.

“sayang,terima kasih sebab sudi jadi isteri abang. Abang janji,abang akan bahagiakan Lidya dan abang takkan sia-siakan Lidya sepanjang hidup abang. Abang tulus mencintai Lidya.” Sebak terasa dengan pengakuan itu. Lidya mengangguk.

“Lidya pun sama. Lidya sayang abang. Abang pimpinlah Lidya supaya Lidya dapat menjalankan tanggungjawab Lidya sebagai seorang isteri yang solehah.”

“insyaallah sayang. Kita sama-sama belajar dalam menjadi pelengkap sesama kita ya. Takmau lah sedih-sedih ni. Dah,tak mau nangis” Air mata yang menitis dipipi si isteri disapunya.

“kadang Lidya pelik,kenapa abang boleh cintakan Lidya. Lidya ni banyak kekurangan,tapi abang sanggup jugak terima Lidya sebagai isteri..”

“syhhh..sayang,cinta itu kan tidak memerlukan sebab. Abang sayangkan Lidya bukan sebab kelebihan atau kekurangan pada Lidya,tapi sebab itu adalah Lidya. Dah la ye..yang penting sekarang,abang sayang Lidya. Kita sama-sama corakkan rumah tangga kita ni.”

“terima kasih bang..” kepalanya terus direbahkan kedada suaminya. Damai terasa disitu. Dia amat bersyukur dengan kehadiran syamel dalam hidupnya.


Perjalanan rumah tangga mereka berjalan seperti pasangan lain. Masing-masing memahami tangungjawab masing-masing. Syamel sering membantu isterinya dalam menguruskan rumah. Dia cuba meringankan tugas Lidya sebagai surirumah yang berkerjaya.


Lidya juga berusaha menjaga keperluan Syamel sebaik-baiknya. Jika syamel pulang lewat dari tempat kerja,tentu dia akan menunggu diruang tamu sehingga syamel pulang.


Dia tidak merasakan itu sebagai beban. Walaupun syamel seringkali berpesan supaya dia tidur dahulu sekiranya dia pulang lewat. Katanya tidak mahu membebankan Lidya. Mungkin kerana dia sudah mempraktikkannya sejak dari mula.


Walaupun kini usia perkahwinan mereka sudah mencecah hampir setahun,alhamdulillah,dia masih bisa menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan sebaik-baiknya.


----


Berita gembira yang sudah lama dinantikan disambut dengan rasa bersyukur. Patutlah dirasakan sejak dua menjak ini dirinya terlalu lemah. Mudah benar terasa letih. Selera makan juga semakin tidak menentu. Rupa-rupanya ada berita gembira yang menyusul.

Kata hatinya kuat mengatakan yang dia hamil,lalu sebelum pulang kerumah tadi,sempat dia berhenti disebuah klinik.


Dia sudah menjana rancangan. Ingin dikhabarkan kepada suaminya tentang berita gembira ini dalam suasana yang romantis. Lagipun,sudah lama mereka tidak makan malam dalam suasana romantis,syamel sekarang semakin sibuk dengan projek terbaru ,katanya.


Kepulangan syamel petang itu disambutnya dengan senyuman manis.

“abang..air?”

“hmmm..” gelas bertukar tangan.

“abang..esok sabtu kan. .Kita keluar beli barang dapur boleh?” syamel hanya membisu dikerusi. Matanya dipejamkan.

“barang dapur banyak yang dah habis.” Syamel masih lagi membisu.

“abang?” digoncangnya lengan syamel.

“ye..”

“boleh ya?”

“lain kali boleh?”

‘lain kali?biar betul’

“abang..?”

“apanya?abang letih la Lidya..nanti lah kita bincang. Ha..esok abang ada hal,so abang takde masa.” Syamel bingkas bangun,mahu menuju kebilik.

“abang..” tangan suaminya dipaut.

“abang..kalau abang sibuk,Lidya pergi sorang eh?”

“Lidya,abang letih sekarang ni. Kita bincang nanti la.”

“kenapa abang macam ni?sejak dua menjak ni jarang sangat abang nak sembang dengan Lidya. Abang asyik sibuk,sibuk sibuk.” Hati kecilnya mudah benar terasa sejak dua menjak ini. Sensitif!

“kan abang dah cakap abang sibuk..takkan tu pun Lidya tak boleh nak faham?abang ni pergi kerja!bukannya berseronok. Faham tak!?”

terkesima dia apabila ditengking begitu. Mata sudah terasa hangat. Tidak pernah syamel meninggikan suara dengannya sejak mereka berkahwin.

“orang lain pun kerja jugak bang,Lidya pun kerja..tapi abang..”

“Lidya diam boleh tak!?”

“Lidya ada buat salah apa-apa ke sampai abang berubah jadi macam ni?”

“Lidya...abang penat lah”

“abang jawab dulu..ataupun abang dah tak sayang kan Lidya.”

“dah lah,abang nak naik.”

“abang,jawab dulu.” Perasaannya yang semakin sensitif menyebabkan dirinya menuntut jawapan dari Syamel. Tangannya yang berpaut dilengan syamel direntap kasar.

“esok!” sekali lagi dia meraih lengan syamel.

“jadi betullah abang dah tak sayangkan Lidya?”

“hey,Lidya ni kenapa susah sangat nak faham?abang kata abang penat. Takkan tu pun tak boleh nak faham!”

Hatinya sudah panas menahan sabar dengan perangai Lidya. Fikirannya kusut ketika ini sebenarnya. Lidya bersuara lagi ketika syamel menepis pegangannya.

“abang..”


panggg!!


Tamparan kuat yang singgah tepat dipipinya menyebabkan dia hilang imbangan dan terjelepuk kelantai. Syamel terdiam. Tidak percaya dengan tindakannya. Lidya juga begitu. Air mata sudah berjuraian. Hati terasa sayu dengan tindakan syamel.

Lama syamel berdiri kaku. Tidak tahu mahu memberi riaksi apa. Akhirnya dia hanya berlalu dan bergerak kebilik.



Lidya yang melihat syamel hanya berlalu begitu sahaja cuba untuk bangun. Namun,sakit yang mencucuk – cucuk dibahagian pinggangnya akibat terdorong kedinding tadi menyebabkan dia menyeringai kesakitan. Tangan menyentuh bahagian pinggang. Kemudian bergerak pula ke bahagian perut.Tergamam dia seketika.


kandunganku!


hati semakin cemas bila perutnya terasa seakan memulas. Dan jantung seakan terhenti bila dirasakan ada cecair yang membasahi kain batik yang dipakainya itu.


“abang...” senyap. Air mata sudah membasahi pipi. Sakit sudah tidak tertanggung lagi.

“abang,tolong lidya bang..” ya allah,kau selamatkan lah anak ku ini ya allah.

“abang..” namun bayangan syamel tidak juga muncul. Lidya sudah semakin lemah. Matanya ditutup rapat. Sakit nya hanya Allah sahaja yang tahu.

“..sa kit..bang..”



Syamel yang baru selesai mandi memerhati ruang biliknya. Lidya tiada disitu. Rasanya tadi Lidya masih lagi memanggil dirinya. Sungguh dia tidak menyangka laju sahaja tangannya jatuh ke wajah Lidya. Selesai menyarung t-shirt,dia bergerak keluar.

Rasa bersalah menggunung tinggi sebenarnya. Ketika menuruni anak tangga,matanya meliar mengintai kelibat Lidya didapur. Dia bergerak kedapur.Tak ada pun. Syamel kembali keruang tamu. Tergamam dia melihat Lidya masih disitu.terbaring!


“Lidya!” digoncang perlahan tubuh itu.wajah isterinya itu kelihatan pucat.

“sayang,bangun sayang.Kenapa ni?abang mintak maaf sayangg..” Syamel cuba mencempung tubuh isterinya itu. terkejut dia bila mendapati kain batik yang dipakai Lidya itu basah. Dia menarik kembali tangannya.

DARAH!!

“ya allah,apa yang berlaku ni. Lidya,bangun sayang. Lidya....” Namun,tubuh itu hanya kaku tidak bergerak.


------------


“doktor,kenapa dengan isteri saya?”

“isteri encik mengalami keguguran.maaf,kami tak dapat nak selamatkan kandungannya.” Syamel menekup muka.

‘keguguran?ya allah,aku kah penyebab zuriatku sendiri tidak sempat melihat dunia?’



“abang...”

“ye sayang..abang kat sini” Syamel menggenggam jari jemari isterinya itu.

“lidya dah sedar?” Lidya memandang sekeliling.

“Lidya kat hospital sayang. Dah 2hari Lidya tak sedarkan diri.”

“hospital..?” otaknya cuba mengimbas kembali kejadian yang menimpa.


Dia menunggu syamel pulang.

Syamel menamparnya.dan..

baby!

tangannya terus bergerak keperut.


“abang,anak kita macam mana?” itulah soalan yang paling ditakuti syamel.

“sayang,sayang rehat dulu ya. Sayang lemah lagi ni.”

“abang,jawab dulu.anak kita selamatkan?”

“lidya sayang.tidur ya. Sayang jangan fikirkan sangat.”

“taknak.abang jawab dulu. Anak kita masih kat dalam ni kan?baby,baby masih dalam perut ibu kan?” digosok perlahan perut yang kosong itu. menitik air mata syamel melihat isterinya begitu.


“... anak kita.. tak dapat nak diselamatkan ..”

Tangan yang dari tadinya mengusap perlahan kaku disitu. Air mata terus-terusan mengalir. Syamel menarik isterinya kedalam pelukan.


“sabar sayang. Allah lebih sayangkan baby. Abang mintak maaf..abang...” kata-kata syamel terhenti disitu bila dirasakan tangan Lidya menolak lemah tubuhnya.


“Lidya benci abang.”

“Lidya,jangan macam ni sayang. Abang mintak maaf. Abang tahu abang bersalah. Abang penyebab segalanya.”

“abang keluar.Lidya benci abang.” Walaupun bernada rendah,namun cukup tegas kata-kata itu. Air mata masih lagi membasahi pipi. Dia berpaling ke arah lain. Terlalu sakit untuk dia menatap wajah syamel.


Syamel sedar. Emosi isterinya ketika ini sangat-sangat tidak stabil. Dia tidak boleh bertindak sesuka hati. Dia menghampiri Lidya. Dahi isterinya dicium.


“sayang rehat ya. Kalau ada apa-apa,abang kat luar.” Lidya sedikit pun tidak memandang kearahnya.


Hilang bayangan syamel,Lidya menangis teresak-esak. Kecewa dengan kehilangan itu.

“baby,ibu mintak maaf.. Ibu tak pandai jaga baby. Maafkan ibu sayang..ibu cuai. Ibu tak sempat nak tengok sayang lahir. Ibu mintak maaf...” dia terus terusan menangis sehinggalah tertidur dalam kesedihan.


------


Lidya memandang panorama petang. Sekejap lagi sang mentari akan mengundur diri. Dia masih lagi setia disitu walaupun sudah hampir satu jam dia duduk termenung dibangku itu. Bunyi enjin kereta memasuki kawasan parkir tidak diendahkannya.


Beberapa minit kemudian,kelibat syamel sudah berada disisinya.

“sayang buat apa ni?dah nak magrib ni. Masuk jom.” Lidya hanya membisu. Syamel menatap wajah isterinya. Ternyata,mata Lidya kelihatan basah. Isterinya menangis lagi. Ahh,wanita ini menangis kerana dirinya!


“Sayang menangis lagi.? Dah la tu,dah 4bulan abang tengok sayang macam ni. Abang nak isteri abang yang dulu. Ceria,tak mudah mengalah. Tabah. Mana Lidya yang abang kenal dulu?”


Syamel memegang pipi isterinya. Namun Lidya masih lagi seperti tadi. Pandangannya terlalu jauh.


“dah la tu..mungkin bukan rezeki kita. Tak baik Lidya terus terusan macam ni tau.” Syamel mengeluh. Sejak peristiwa itu,terlalu payah untuk dia mendengar suara wanita itu. risau dia memikirkan perubahan sikap Lidya. wanita itu berubah kerana dirinya!


“Lidya,jangan terus-terusan macam ni sayang. Abang risau tengok Lidya macam ni. Bangkitlah lah sayang. Be strong! Abang tau Lidya kuat. Kita masih lagi boleh mencuba.” Lidya membalas pandangan syamel.

“tapi Lidya dah tak boleh mengandung lagi.” Ada nada sebak disitu.

“siapa cakap?Lidya masih lagi boleh mengandung. Cuma peluangnya tipis. Tapi masih ada peluang lagi sayang...”

“..dah la,kita masuk ya..?”

syamel menarik tangan isterinya.

Lidya hanya menurut.


“Lidya nak bela kucing boleh?”

Syamel kaku seketika. Dia tahu isterinya bosan keseorangan dirumah. Sejak peristiwa haritu,dia tidak membenarkan isterinya bekerja. Dia mahu Lidya berehat dirumah. Tapi permintaan ini..

“sayang bela binatang lain boleh?bukan abang tak bagi. Tapi tak elok untuk sayang. Abang tahu sayang bosan sorang-sorang kat rumah. Tapi,sayang nak mengandung lagi kan? “ Lidya hanya memandang. Mengangguk tidak,menggeleng pun tidak.

“Abang pernah terbaca yang kucing ada sejenis parasit yang boleh menyebabkan darah kita tercemar dan boleh menyebabkan seseorang wanita sukar untuk hamil. Jadi,abang taknak ambik risiko tu. Abang harap Lidya faham. Abang sayang Lidya.

abang nak tengok Lidya gembira. Abang tak sanggup tengok Lidya sedih-sedih macam ni. Abang pun sedih dengan kehilangan tu. Tapi, bila abang fikir balik kata- kata doktor Hanisa tu,abang sedar something.

Memang rasa bersalah tu abang tak boleh lupa. Tapi,abang cuba jadi positif. Sayang ingatkan kata-kata doktor tu...?” Lidya diam lagi.

“...doktor hanisa cakap. Janin jika tak dapat bertahan,itu bermakna dia tak boleh nak survive sebab cacat teruk. Atau,bila baby lahir nanti,mungkin baby tak sempurna atau tak sihat. Sayang nak ke tengok baby sakit?” Lidya menggeleng lemah.

“hurm.so,sayang jangan menyalah kan takdir. Tolonglah jadi kuat semula. Abang rindu sangat pada Lidya Maira abang yang dulu.” Lidya hanya membisu.



Usai solat isyak,Lidya termenung lagi didalam bilik. Itulah rutin hariannya. Termenung. Dia cuba memikirkan kembali kata-kata syamel. Memang dia terlalu marah dengan suaminya itu. kerana syamel,mereka kehilangan zuriat yang baru sahaja ingin bergantung didalam rahimnya.


Tapi,adakah dengan menyalahkan suaminya bermakna dia menyalahkan qodo’ dan qadar? Sudah terlalu lama dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Memang itu niatnya. Dia hanya menyediakan makanan dan pakaian kerja untuk syamel. Selebihnya hanya dibiarkan syamel melakukannya sendiri.


Kejam kah aku?

atau itu yang selayaknya aku lakukan untuk menghukum syamel?



‘Janin jika tak dapat bertahan,itu bermakna dia tak boleh nak survive sebab cacat teruk. Atau,bila baby lahir nanti,mungkin baby tak sempurna atau tak sihat. Sayang nak ke tengok baby sakit?’



Mungkin juga aku belum cukup bersedia untuk bergelar ibu. Sudah banyak dosa aku pada suamiku sendiri. Lidya menangis lagi. Kali ini bukan mengenangkan zuriatnya. Tapi mengenangkan apa yang telah dilakukan kepada suaminya.


Tiba-tiba pintu bilik dibuka dari luar. Syamel tegak berdiri dimuka pintu. Lidya cuba menyembunyikan wajah. Namun syamel tetap dapat menangkap keadaan tersebut. Dia menghampiri Lidya.


“sayang,sampai bila sayang nak terus-terusan menangis macam ni?sayang kena kuat. Teruskan hidup macam biasa. Insyaallah,baby akan tunggu kita kat syurga nanti.” Lidya menyembamkan mukanya kedada syamel.

“Lidya mintak ampun bang. Lidya dah banyak dosa dengan abang. Dah lama Lidya lepaskan tanggungjawab Lidya..” Syamel mengusap perlahan kepala isterinya.

“dah la tu. Lidya tak salah pun. Abang penyebab segalanya. Abang tak pernah salahkan Lidya. abang faham kenapa Lidya buat macam tu. Memang patut pun Lidya hukum abang macam tu. Tapi,abang Cuma tak sanggup tengok Lidya terus-terusan murung macam ni.” Lidya mengangguk.

“kita mulakan hidup baru ya?insyaallah,allah akan berada bersama-sama orang yang sabar dan tak pernah putus asa. Dah,tak mau nangis-nangis lagi. Kalau baby tahu ibu dia asyik nangis je,mesti dia sedih. Baby tentu nak ibu dia gembira,papa pun nak tengok ibu gembira tau.”

Lidya tersenyum manja. Lapang terasa dada bila ‘dilepaskan’ kekusutan ini. Dia tidak mahu lagi bersedih. Semoga Allah mempermudahkan segala urusanku.amin~




Notatangan: dulu kawan saya selalu tanya macam mana kalau jadi situasi yang lebih kurang macam ni. tapi,memang tak boleh mengandung langsung. apa yang akan saya buat. saya gelak je. maybe buat macam ni jugak.Tapi still masak ngn gosok baju dia (jawapan budak tak cukup umor time tu). kalau anda?

No comments: