aku ingin BERKATA bukan MERAPU

selamat datang.

tq pade sape yang sudi melawat. and tq jugak pade sape yang sudi same-same merapu.

xpe..rapukan je ape-ape yang anda rase nak rapu.

ape entah aku merapu nih...hemm..ok lah..pendek kate..anda bebas komen ape-ape disini.

=)

=)

komen la skali. Komen anda banyak membantu untuk daku meng-imprvkan skill yang tak seberapa nih.

Saya ada gaya baru,setiap entry baru EVK akan ada lagu tema tersendiri. So kalau nak lebih feeeeelll..boleh dengar sambil baca..okeh...semoga terhibur =)

SENYUMLAH UNTUKKU SAYANG ==) 15 DIS

EVK 24 ==) 19DIS

EVK 25 ==) 22 DIS

EVK 26 ==) 24 DIS

EVK 27 ==) 29 DIS





Friday, December 24, 2010

EGOKU vs KASIHNYA 26




“hello” perlahan dia bersuara.

“hello..ini puan Ira Shazira?” Dia telan liur. Dia seperti dapat mengagak dari mana datangnya panggilan itu

“ya saya. Kenapa?”

“suami puan...” jantungnya seakan hendak berhenti dari berdegup.

Kenapa dengan dia? “kenapa dengan suami saya?”

“err..puan kat mana sekarang?”

“saya kat surau. Kenapa dengan suami saya??”

“owh..maaf ganggu puan. Saya just nak inform yang suami puan dah sedar.”

Dia hanya mampu tersenyum. Tiada kata-kata yang mampu untuk diluahkan dikala itu. air mata tetap menemaninya. Didalam hati tidak putus-putus mengucapkan syukur ke-hadrat illahi.

‘Terima kasih YA ALLAH..terima kasih.’ Teresak-esak Ira Shazira disitu. Hanya allah yang tahu betapa gembiranya hati. ‘Ya Allah..terima kasih. Terima kasih kerana suamiku telah sedar. Aku bersyukur pada-MU ya Allah..’

===================

Dia melangkah masuk ke dalam bilik yang menempatkan Khairul Ilham Syah. Dilihatnya Khairul sedang duduk bersandar di atas katil. Doktor Fathi sedang sibuk menulis sesuatu diatas filenya. Diamati raut wajah pucat itu. Sedikit sebanyak perasaan lega sudah mampu dirasakan.

Dia bergerak kesisi katil. “awak..” tegurnya sambil menghadiahkan senyuman paling manis buat suaminya. Khairul memandangnya sekilas.

“ok mister Khairul. Rekod kesihatan you semakin baik. Dan luka-luka dibadan you sembuh dengan cepat. So now, you stay sini dalam 2 hari lagi and if tak ada apa-apa you dah boleh balik.”

“betul ke doc?” sampuk Ira Shazira. teruja mendegar perkembangan positif itu.

“yes.”

“thanks doc” Doktor Fathi membalas senyumannya dan berlalu keluar.


Kini tinggallah mereka berdua didalam bilik itu. Perasaan berdebar-debar mula dirasai Ira Shazira. ‘kenapalah tetiba nak vibrate macam ni pulak ni.’

“aw..wak,awak ok?” Khairul hanya menyepi.

Ira Shazira bergerak pula ke sebelah kiri. Ingin berlabuh diatas kerusi disebelah sana. Dia sebenarnya tidak tahu mahu berbicara tentang apa. Otaknya terlalu kering untuk memikirkan ayat.

Dia cuba menyentuh dahi Khairul yang masih berbalut itu. Namun,belum sempat jarinya mendarat disitu,Khairul terlebih dahulu menjarakkan kepalanya. Ira Shazira kerut kening. “kenapa?sakit ke?” Khairul hanya menyepi.


Tiba-tiba pintu diketuk dari luar. Imran dan Zaireen muncul dibalik pintu. “rul! Kau dah sedar?” Imran bergerak menghampiri Khairul.

“ya ALLAH,syukurlah. Kami semua risau kau tau tak?” Ira Shazira tersenyum kearah Zaireen.

“kau ok tak ni rul?” sekali lagi soalan yang sama diajukan kepadanya.

“rul..?” Khairul kerut kening.

“siapa rul?”

Semua terlopong memandang kearahnya.

“kau biar betul weyh?”

Ira Shazira terdiam tidak terkata. Dugaan apa pula kini yang menimpa?

“kau tak kenal siapa rul?Khairul Ilham Syah?” Khairul geleng.

“kami?kau kenal tak kami ni siapa?” Khairul geleng lagi.

“kau jangan main-main rul.”

“korang nih siapa sebenarnya?”

“awak..awak tak ingat ke?” Dia bersuara juga. Tubir matanya sudah terasa basah.

‘tolonglah ingat awak..tolonglah,demi saya..’


“Mungkin kepalanya terhantuk dengan kuat dan menggegarkan otaknya dan secara tidak langsung mengganggu sistem otaknya, jadi perkara sebegini tidak mustahil berlaku” terang doktor tersebut.

“ Dia mungkin akan pulih seperti biasa, bergantung pada kecekalan dirinya serta keadaan persekitarannya.” Terang doktor itu lagi. Ira Shazira mengangguk lagi.


Berita tentang Khairul sudah disampaikan kepada ibubapanya dan Khairul. Ibu bersungguh-sungguh mengharapkan dirinya dapat mengembalikan ingatan Khairul.

‘Ya,aku juga mahu Khairul kembali seperti biasa. Aku rindukan Khairul yang dulu’!jerit hati kecilnya.

------------------

“Ya ibu,haah..kami baru je sampai,tak masuk lagi. Abang?macam tu lah. Senyap je.” Dia menjeling Khairul disebelah.

Khairul hanya memandang kehadapan. Tidak langsung bersuara. Dari tadi hanya Ira Shazira yang berkata-kata. Dia hanya menjadi pendengar bisu.

“baik bu,kirim salam kat ayah. Insyaallah,ira akan jaga abang.ok. assalamualaikum.”

Dia memandang Khairul disebelah. “Abang....err..Rul,emm ini rumah kita. Awak ingat tak?” tanya Ira Shazira. Khairul Ilham syah hanya memandang sekilas sahaja kearah Ira Shazira.

Ira Shazira turun,lantas membuka pintu disebelah Khairul. Dipimpinnya lelaki itu takut-takut dan dibawanya kebilik.



“Rul,ni bilik awak. Awak berehatlah ya.” pesan Ira Shazira.

“Oh ya, awak nak makan apa tengah hari ini, saya masakkan” dia tersenyum memandang Khairul yang sedang duduk diatas katil.

“Apa-apa jelah.” Balas Khairul perlahan.

“Ok.”lantas Ira Shazira mengatur langkahnya ke pintu.

“Err..sekejap.. betul ke... kita ni suami isteri?” Mati terus pergerakan Ira Shazira.

“ye,kenapa awak tanya?” Ira Shazira cuba memaniskan wajah.

Khairul memandang kearah wanita yang dikatakan isterinya itu.“Habis, kenapa awak ber‘saya’ ber‘awak’ dengan suami sendiri?” walaupun nadanya mendatar sahaja,namun cukup untuk membuatkan jantung Ira Shazira berdegup kencang.

‘nak jawab apa nih??’

“err..ss..saya..err.... saya.. turun dulu ya.”

Dia terus meninggalkan Khairul yang masih tertanya-tanya. Debaran didada perlu diredakan dahulu. Otaknya tak mampu nak fikir jawapan yang paling elok untuk diberikan kepada Khairul.

Tersandar dia diluar bilik Khairul. Takkan nak cakap sebab saya tak suka awak. Kita kawen bukan atas dasar suka.‘nampaknya,lepas ni terpaksalah juga aku berlakon.’

Dia teringat ketika di hospital haritu, ada kah patut dia tanya yang aku ni kekasih dia ker? Hee..ingat aku nih perempuan haritu ke? Ha..perempuan tu.

Aku dah ingat dah siapa perempuan tu. Dialah yang tegur Khairul masa kami keluar makan kat mines haritu. Memang obvious dia ada hati kat laki aku. Khairul pulak? Huh..entahlah.



Selesai makan malam, Ira Shazira membawa suaminya itu ke taman mini di perkarangan rumah mereka. Mereka hanya membisu untuk beberapa ketika. Ira Shazira tidak tahu topik apa yang perlu dibicarakan. Dia jadi kelu setiap kali bersama Khairul.

Sebelum ini,Khairul yang sentiasa mengajaknya berbual. Walaupun sering kali dia membiarkan lelaki itu berkata-kata sendiri. Kini,lelaki itu hanya membisu. Tiada lagi gelak tawanya. Tiada lagi usikan nakalnya.

“Ira..”

“hurm?” dia memandang Khairul.

“kita tak ada anak lagi ke?” tiba-tiba sahaja soalan itu yang terpancul dari mulut lelaki tersebut.

“Ha!?” Ira Shazira mahu ketawa sahaja mendengarkan soalan dari lelaki itu. ‘Hem,kenangan indah pun tak pernah ada, ni nak ada anak pulak’ hatinya berbisik.

Khairul mencari wajah Ira Shazira dalam kesamaran cahaya lampu. Perasan dengan perlakuan Khairul itu,dia terus menjawab

“Belum. Maybe belum ada rezeki kut, lagi pun kita baru 7 bulan kahwin.”

Hah!lawak,lawak. Tahan jelah perut nih nak gelak. Jauh benar dia nih fikir.

“Oklah bang, jomlah kita masuk. Ira yang sihat ni pun dah terasa sejuk, ini kan pulak abang yang masih belum sihat lagi, kita masuk ya?” Khairul hanya menurut.


Ira Shazira mempersiapkan tempat tidur Khairul. Lelaki itu hanya memandang dari tingkap setiap perlakuan Ira Shazira.

“abang duduk dulu,Ira pergi ambik ubat abang.” Dia tersenyum dan berlalu keluar.

Khairul mengeluh perlahan. ‘apakah yang sedang berlaku ini?’ dia kembali menatap hamparan bintang didada langit. Damainya pemandangan itu.



Setelah semuanya selesai, Ira Shazira ingin melangkah keluar. Namun langkahnya terhenti apabila di panggil oleh Khairul Ilham.

“Ira nak kemana?tak nak tidur lagi ke?” Khairul bertanya dengan seribu kerutan didahi.

“Ira nak pergi tidur lah ni” jawab Ira Shazira jujur.

“Habis tu, kenapa nak keluar lagi?” Ira Shazira telan liur. ‘takkan lah..Takkan aku kena tidur dalam bilik ni?’

“Ha..?err...tak..taklah,Ira nak pergi cuci muka jap.” Dia berbohong dalam senyuman yang dibuat-buat. Padahal dalam bilik tu ada je toilet.


‘awak,tolonglah faham,kita tak pernah tidur 1katil. Saya nak tidur bilik sayaaaa’ Arghhhhhh! nak nangis nih..huwaaaa.. apa nak buat ni?!?!



=============#====#=======

FIND (Translation)

From me, from me too
It is changed sincere heart
I say "What should I do? What should I do?"
It is but a extremely faraway, a very faraway love
It is you whom my heart
Definitely can't give up

I stand here, to find back your laughter
The painful tears from your heart
I am here to catch them all
I make a road that I will definitely not forget, your crystal-clear love
Because we will surely find, our love again

Without you, even without you
Will i be able to live well?
It is always the two of us even in the dream that dream..
Resemblance of you, the times that resembles you
It is the lingering love
That I definitely can't give up

I stand here, to find back your laughter
The painful tears from your heart
I am here to catch them all
I make a road that I will definitely not forget, your crystal-clear love
Because we will surely find, our love again

The empty love, even with the sadness burning in the chest
I will not be able to push you out from my heart
Because the imperfect me is insignificant
Until the falling tears
Submerge every single memories
For you are my love, I will surely find you



26 comments:

Anonymous said...

ok la 2 tdo brsame jer.... leh le plan2 brubah kan3.... arap2 khairul cpt dpt blik igtan kat bini nyer.... nak cpt meke loving each other..... bez kan gtu..

IVORYGINGER said...

hahaha... abis la ira.
kena tido sebilik gamaknya. ;D
tu la dulu jual mahal nk mampus. terhegeh2 ngan si sapa tu...
skrg bila dah jd lagu ni kat suami awk. jenuh la awk nk explain blik smua yg blaku. silap2 girl yg kata suami awk tu tgglkan dia n blik malaysia nk mngaku kekasih suami awk. naya hidup. ego perempuan ni kena lah bpada2, takut ego laki tcalar susah hidup. tp risau la rul xingt camna susah payah dia dok tackle ira lps kahwin. aduh... susah2x. takut ada org ambik kesempatan. ;D
sambung lagi cik writer. xsabar nk entry baru. camna la ira nk mengelat nnti. hehehe...

LoVeLyStArgIrL said...

waah..panjangnya ivoryginger..teruja saya baca :D
heheeh..sabar eh =)


thanks tau..selalu spprt sy :)
y lain pun sama..

@anonymous: ok2..best yer gitu...hehe..saya y buat ni pun sengeh sorang2 pikir idea =)

ted said...

ala...cian ira..
x pe2 yg pntng best..
hihihi
^_^

alang said...

hahaha...kan dah kena ira .. :p

Anonymous said...

nk lgi...cpat2...

nulat said...

awak, update please?

syida_wani said...

nice :)

Anonymous said...

buy tramadol online tramadol dosage children - tramadol hcl er 200 mg tab

Anonymous said...

generic xanax xanax bar quotes - generic xanax .25

Anonymous said...

cheapest xanax 2mg xanax round pill - paxil xanax and alcohol

Anonymous said...

carisoprodol 350 mg carisoprodol side effects liver - carisoprodol for sale online

Anonymous said...

buy tramadol online tramadol 50 mg pain killer - tramadol addiction statistics

Anonymous said...

generic xanax xanax bars wikipedia - xanax side effects slurred speech

Anonymous said...

generic xanax natural drug xanax - xanax drug test dot

Anonymous said...

buy tramadol online buy tramadol online paypal - buy tramadol cod overnight delivery

Anonymous said...

buy tramadol online tramadol potentiators - tramadol dosage per pound

Anonymous said...

buy tramadol online 30 tramadol 50mg - tramadol addiction mayo clinic

Anonymous said...

buy cialis online cialis interactions - daily dose cialis side effects

Anonymous said...

buy alprazolam online no prescription xanax generic walmart - xanax come up drug test

Anonymous said...

buy tadalafil cialis prescribing information - where to buy cialis in usa

Anonymous said...

xanax online xanax made my anxiety worse - much does 2mg xanax cost street

Anonymous said...

how to buy cialis generic cialis results - cialis prescribing information

Anonymous said...

http://landvoicelearning.com/#30896 tramadol hcl side effects 50mg - tramadol (ultram) must be used with caution in persons with

Anonymous said...

buy tramadol tramadol buying online legal - best site order tramadol

Anonymous said...

http://landvoicelearning.com/#38471 tramadol 50mg get you high - tramadol for dogs safe