aku ingin BERKATA bukan MERAPU

selamat datang.

tq pade sape yang sudi melawat. and tq jugak pade sape yang sudi same-same merapu.

xpe..rapukan je ape-ape yang anda rase nak rapu.

ape entah aku merapu nih...hemm..ok lah..pendek kate..anda bebas komen ape-ape disini.

=)

=)

komen la skali. Komen anda banyak membantu untuk daku meng-imprvkan skill yang tak seberapa nih.

Saya ada gaya baru,setiap entry baru EVK akan ada lagu tema tersendiri. So kalau nak lebih feeeeelll..boleh dengar sambil baca..okeh...semoga terhibur =)

SENYUMLAH UNTUKKU SAYANG ==) 15 DIS

EVK 24 ==) 19DIS

EVK 25 ==) 22 DIS

EVK 26 ==) 24 DIS

EVK 27 ==) 29 DIS





Thursday, August 6, 2009

EGOKU vs KASIHNYA 4

Ngape datang sini???kan banyak lagi cafe dalam matrix ni,huh..huh..nak lari mane nih?mama!!tolong ira maa..
“shaz,hensemnye dier sekarang,tadi tak nampak sangat kan?”farah dah senyum senyum.
“eh,diorang pun berempatlah, bleh kite wat makan berhadap ni,cepat pilih,ko nk yang mane ifa?aku nk yang baju kuning tu..hehehe,ko farah?cup!,yang baju ijau tu sume tau kan takleh usik,satgi mem marah”aku dah tak ambik peduli ape diorang nak gelakkan,yang aku tau aku tengah brmeditasi-nak bagi cool.

Tibe-tibe, “assalamualaikum..”aku tau dah suare saper tu..dikale diorang dengan terujenye menjawab salam,aku cume mampu jawab dalam hati je,takutt..nak angkat muke pun tak berani,walhal nak sangat tatap muke dia. Aku dah jadi macam anak dara dikala orang ngah duk pinang,malunyer mak oii,kate orang,MTM-malu tapi mahu.

Malu malu pun aku tetap dapat tangkap perbualan diorang, ifa pelawe diorang duduk situ jugak,ee..memang saje je ifa tu. Pastu duk berbasi basi pulak. Aku tetap diam,dahlah mamat tu pilih tempat depan aku,lagilah aku jadi macam tupai beku kat situ,sekadar mampu wat muka cute ala ala teletubbies je.

Mase diorang yang lain tengah bersembang duk tanye perkembangan terkini, tibe tibe dia duk lambai lambai tangan dier depan muke aku,oi..ingat aku bute ke hah?nak je aku cakap camtu,tapi..aku angkat muke tengok dia. Dia senyum, “sihat?lame menyepi?” aku nak jawap ape nih?susahnyer soklan,kalah soklan spm aku dulu..bile aku nak bukak mulut je tiba tiba farah, “eh,asal aku rase kerusi aku ni goyang je,nak patah la ni,baik aku gi duduk kat meje lain” ifa pulak
“haah lah,kerusi aku pun goyang,jom jom” ilya,
“ha,aku tau kerusi korang pun rosak kan?mohlah yer kiter berangkat kesebelah sane” ilya dengan ramahnye menjadi penunjuk arah kepada jejaka jejaka itu.

Aku dah terngange kat situ,kureng asam boi betullah korang nih,tadi eloh je duduk, takkan bontot korang tu berat sangat sampai dah bleh bergoyang kerusi tu,ee..nak kene nih,jagelah korang. Yang mamat depan ni pun gelak je
“ade-ade jelah korang ni,kerusi aku ok je” huh bengap betoi lah ko nih,kate 4flat,tapi asal biol sangat?sah sah lah diorang nak kenekan aku ngan ko, ngek!walaupun aku nyumpah berbakul bakul bom,tapi mulut aku tetap terkunci,tapi mate and muka aku tak yah cakap lah herot cammane,orang buta pun boleh faham,kalo orang celik pun tak faham memang alamat jatuh longkanglah satgi. Tapi manusia manusia yang celik kat sini tetap jugak pilih untuk jatuh longkang, tak faham ke? ‘WEY,JANGAN TINGGALAKN AKU NGAN DIA JE KAT SINIIII....’ aik,dah tinggal aku berdua?

“sihat?”die tanye sekali lagi,mesti dia ingat aku tuli. Aku angguk.perbualan seterusnye tah pape yang dibualkan aku pun taktau,yang aku tau manisnye senyuman dia. Die banyak betul cakap, tak macam dia yang dulu. Aku pun berubah jugak, yelah aku hanye aplikasi perkataan orang bisu,tapi..up sikit la..emm,haah,yer,tak,awak,entahlah dan bahase isyarat yang lain.

Tapi,walaupun aku hanya mendengar je dia berkata kata,itu sudah cukup untuk aku. Dapat dengar suara dia pun dah cukup,lagi pun memang suara die yang buatkan aku gilakan mamat yang seorang ini,pelik tapi benar yer. Entahlah, dia antare insan yang aku kenang walaupun aku dah keluar dari matrix,pertemuaan dengannya mampu membuat aku tersenyum keseorangan. Walaupun dirinya bukan sekuliah denganku, tapi kami sering terserempak,seperti ‘insiden’ hari ni,itulah takdir namanya. Walaupun kami tak pernah berjanji untuk bertemu,tapi kami di pertemukan. Aku seronok sangat,setelah setahun lebih hanya menatap gambar saje,akhirye aku berkesempatan untuk menatap wajahnya yang selalu aku rindui.huh..hantu jiwang da masuk...cepat..panggil bomohhh...


-------

PERAK

Sejak pulang dari pulau pinang,khusyairi selalu antar message untukku,aku layan jelah. Tapi takde lah beriye sangat,kang kantoi aku syok kat dia,buat malu je kalo dia tau.
Gaya bahasa yang dia guna pun nampak lain, dah ala ala A.Samad said,aku yang fail sastera pun tak paham,jenuh aku bukak kamus kalo dia start anta massage yang dia pinjam dari dewan bahasa dan pustaka,entah entah dia syok kat aku jugak kot?hehe..kalo camtu,pucuk di cita ulam mendatang,selimut diidam bantal bantalku bersusunan..hehe.

Tiap tiap malam aku bermimpikan dia,senyuman dia,ketawa dia..adush..parah..heheeh..dinding,im feel in love!!
Geng geng aku pun sibuk je,tiap tiap hari jugaklah diorang hantar massage tanye
‘ari ni khusyairi msg ape ngan ko’ ,
‘ko sembang ape ngan dia?’
‘dia ade cakap ape ape yang bagi ko cuak tak?’
‘dia ade cakap nak petik bintang untuk ko tak?’.
Huh..sampai aku tak larat nak layan diorang tu, makin beriye dan gile gile mengasak soklan dari aku, terase femos plak seketika..hehehe.

Yang aku pelik,mama pun nampak lain je sejak balik sini,aku tak pasti kenapa mama berubah,macam sedih je. Satu malam,mama and abah masuk bilik aku,pelik je muka sorang sorang,terbantut aktiviti mengasah anak tekak ku,malu pun ader,mane taknyer,dah ala ala kumpulan hujan dah rupe,cume baju je belum bertukar dari baju tido ke baju ujan.
Lepas duk sembang sembang gelak gelak sikit,abah senyap.

“ira,abah ngan ma nak cakap sikit,abah harap ira terima dengan hati terbuka ye” aku gelak,
“kenape pulak ni,bah?”abah ngan mama berpandangan,macam nak cakap,tapi macam taknak cakap pun ada gak,pelik aku.
“ira ingat kan makcik zaliah?” aku angguk.
“ira taukan dia sakit?” aku angguk lagi.
“dia dah tak de banyak masa,jadi...”abah senyap,kenape ni??abah tengok mama pulak.
“mase ira kecik kecik dulu,makcik zaliah selalu sangat ‘pinjam’ ira dari mama,sebab dia dah anggap ira macam anak dia sendiri,lagi pun dia memang teringin nak ade anak perempuan,tapi dia dah takleh nak mengandung lagi.” Aku senyum,walaupun terase lain pada nada dan kata kata itu..aku sabarkan hati ini.
“jadi, di saat saat akhir hidupnya ini,dia nak tengok impiannya jadi kenyataan” gulp!..aku telan air liur,impian jadi kenyataan?pelik je,aku rase macam tak sedap je bunyinye. Aku tengok mama,mama dah bergenang air mata,ni buat aku cuak nih. Agak lama ma and abah senyap,pastu abah bukak mulut
“sebelum dia pejamkan matanya untuk selama lamanya,dia nak tengok ira... jadi menantu dia” aku cube senyum dalam terkejut
“hah?ape ni abah?jangan wat lawak macam ni ngan ira,ma?” aku pandang mama untuk dapatkan kepastian. Mama dah menangis, Ya ALLAH,dugaan apekah ini? “ma,cakap lah yang abah gurau je kan..?”aku pegang tangan mama,mama peluk aku.
“tak, sayang,abah tak bergurau..abang rul tu...”mama tak mampu nak habiskan kata katanya,mama peluk aku,sambil teresak esak.
“tak mungkin,mama,abah. Mustahil ira boleh kawin dengan orang yang ira tak kenal.”air mata dah nak penuh kat tubir mata. Mana mungkin aku nak serahkan hidup aku pada orang yang aku tak kenal,paling penting orang yang aku tak cinta??tidakkk.
“ma,ira tak nak, ira tak suka dia ma..ira..ira ..ira kan masih belajar,dulu mama ngan abah gak cakap kat ira suruh belajar sampai abis dulu baru pikir benda benda cam gini.” Aku dah tak leh nak tahan perasaan aku, bialah mata aku bengkak pun,aku perlu pertahankan hak aku.
“jangan macam tu sayang...”

“ira taknak ma,macam mana nanti ngan hidup ira,mama tak sayang ira ke?” “bukan,ira,mama ngan abah sayang sangat ira. Mama ngan abah nak tengok ira gembira,berjaya dengan ape yang ira impikan.mama pun tak sanggup nak paksa ira terima permintaan ni,tapi dalam masa yang sama mama tak sanggup nak hancurkan harapan makcik zaliah”.
Aku tak tahu ape lagi yang harus aku katakan untuk menolak permintaan ini.
“ira,anggaplah semua ni takdir yang telah ALLAH tetapkan untuk ira,ye sayang. Abah pun sedih jugak nak lepaskan ira,tapi abah rase mungkin ini yang terbaik untuk ira.”
“tapi kenape ira?ira tak boleh terima ni semua abah”
“jangan cakap macam tu sayang”mama hanya mampu meluahkan kata kata itu sahaja,tidak tahukah mereka betapa pedih dan kecewanya hati ini?tidak nampakkah mereka betapa aku tidak sanggup untuk menelan keputusan yang mereka putuskan ini? yang aku rasa akan menghancurkan hidup ku?mahukah mereka melihat hidupku hancur?gembirakah mereka sekiranya aku kecewa kemudian hari?yakinkah mereka aku akan bahagia?mama dengan abah terlalu kejam..kenapa buat ira macam ni???ape salah ira selame ni?

aku hanya mampu merintih didalam hati,mulut sudah tak mampu untuk mengungkapkan kata kata mempertahankan diri dan hidupku. Orang yang selama ini aku anggap sebagai perisai untuk melindungi aku telah memaksa aku memilih jalan yang aku tak nampak di mane akan aku temui cahayanya.

“ira,tenangkanlah fikiran, ira terimalah abang rul dengan hati yang terbuka.” Kemudian mama mencium dahiku dan meninggalkan aku bersama kesedihan yang tak tertanggung. Ye ma..memang hati ira terbuka sangat untuk dia,terbuka dengan torehan pisau yang mama dan abah hulurkan.

Ya ALLAH, engkau tabahkan hati ini untuk menghadapi semua dugaan ini Ya ALLAH. Aku tidak mahu menjadi anak derhaka hanya kerana masalah ini. Hanya padaMu aku berserah segalanya.

Terlalu banyak air mata yang mengalir namun tidak mampu menghilangkan kesedihan yang ditanggungnya,akhirnya gadis itu tertidur berdodoikan esakan,beralaskan permintaan mama dan abahnya serta bermimpikan kemusnahan masa depannya.

1 comment:

Anonymous said...

wawawawawa
sdeh nye..
^_^