aku ingin BERKATA bukan MERAPU

selamat datang.

tq pade sape yang sudi melawat. and tq jugak pade sape yang sudi same-same merapu.

xpe..rapukan je ape-ape yang anda rase nak rapu.

ape entah aku merapu nih...hemm..ok lah..pendek kate..anda bebas komen ape-ape disini.

=)

=)

komen la skali. Komen anda banyak membantu untuk daku meng-imprvkan skill yang tak seberapa nih.

Saya ada gaya baru,setiap entry baru EVK akan ada lagu tema tersendiri. So kalau nak lebih feeeeelll..boleh dengar sambil baca..okeh...semoga terhibur =)

SENYUMLAH UNTUKKU SAYANG ==) 15 DIS

EVK 24 ==) 19DIS

EVK 25 ==) 22 DIS

EVK 26 ==) 24 DIS

EVK 27 ==) 29 DIS





Thursday, October 1, 2009

ALIYA NATASYA 1

Dari jauh, kelihatan seorang insan sedang termenung.
Menghadap keindahan dan keunikan putrajaya dari atas bukit. Dia merupakan pengunjung setia setiap kali ingin menenangkan fikiran.

Curahan cahaya lampu jalan disepanjang jalan serta keunikan rekaan jambatannya membuatkan fikirannya terasa lapang.




Angin petang yang sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut ke tubuh. Damai.
Namun terluah juga satu keluhan.

Aliya Natasya. Seindah namanya,begitulah perumpamaannya. Seorang yang lemah lembut dan bersopan santun.

Dia menghampiri myvi birunya dan bersandar. Teringat ummi dan abah di johor. Sihatkah mereka sekarang? Sudah lama rasanya tidak pulang kesana. Ah..rindunya pada mereka.

Hilang bayangan ummi dan abah diganti pula oleh bayangan seseorang.

==========================

Ketika itu hujan turun dengan lebatnya.
Dengan menaiki motosikal, dia dan Qistina ‘bertarung’ meredah hujan. Qis hanya menjadi pembonceng.

Aku yang ‘memandu’ tak payah cakap lah,memang cuak sebab jalan tak berape nak nampak. Dengan baju hujan tak bawa,memang lencun la.
Dalam aku meraup-raup muka sebab air hujan memercik kemuka, tiba-tiba aku ‘terlalu’ satu lubang.

Dalam keadaan jalan yang penuh dengan air,memang aku buta untuk melihat lubang yang agak dalam itu.

Dummm!!

Sekelip mata. Bila aku sedar aku dah terpelanting ketepi jalan.

Tiba-tiba aku teringatkan Qis, walaupun kaki aku rasa sakit, tapi aku gagahkan jugak untuk bagun.

“ YA ALLAH Qissss.....!”

Qistina terbaring, betul-betul ditengah jalan.
Dan aku nampak ada cahaya samar-samar dari arah belakang.

“Qis! Bagunnn!Qisss!”

Aku mempercepatkan langkah apabila kulihat Qis tidak bergerak.
Dalam hati hanya allah sahaja yang tahu. Dan apabila aku sampai ditempat Qis terbaring, aku terus menarik dia ketepi.

Mujur aku sempat. Kalo tidak, aku tidak dapat membayangkan situasi itu. aku terlalu takut. Takut akan sesuatu yang lebih teruk berlaku kepada Qistina.


Aku fikirkan dia tidak sedarkan diri,rupa-rupanya dia masih lagi dalam keadaan terkejut.
Seluar dan bajunya terkoyak. Darah merah masih kelihatan dari siku dan lututnya walaupun air hujan sedang membasahinya.


Aku hanya mampu berdoa semoga ada insan yang datang membantu sambil memeluk Qistina yang nyata masih terkejut.
Motorku sudah tersadai di tempat aku terpelanting tadi.
Biarkan dulu.
Mujur juga aku tidak cedera teruk. Cuma calar-calar sikit je.


Lima minit berlalu...

Tiba-tiba seorang penunggang motosikal berhenti. Aku cukup terharu bila ada insan yang sanggup membantu kami.
Dan kemudian sebuah kereta pula berhenti.

Penunggang motosikal tadi mencadangkan agar pemandu kereta tersebut menghantar Qistina kehospital terlebih dahulu manakala aku akan menunggang motosikalku dan dia akan ikut dari belakang.

Walaupun aku masih lagi ‘vibrate’, tapi aku kuatkan jugak semangat.
Takkan aku nak tinggalkan motor kesayangan aku merempat kat tepi jalan. Dah lah rumah aku jauh lagi.


Dalam hati, aku mengutuk-ngutuk diri sendiri,

~‘itulah..konon nak pergi melawat rumah member baik...cekang lah konon, bawak motor sendiri'.

Memanglah tak sampai 2 marhalah, tapi jauh lah jugak jarak antara rumah aku kat Malim Nawar dengan rumah member aku tu kat sungkai.


“dik..tak pe..jangan takut,abang follow dari belakang”

Uih..bila pulak aku angkat dia jadi abang aku. hemm..
Takpelah,orang dah berbudi,kita berbahasa lah pulak.

“bawak motor slow-slow”

Aku ngangguk je. aku mencapai helmet Qistina sebab abang tu dah ambik helmet aku.
Aku hangguk, memahami maksudnya. Dia angkat motor aku, dia startkan.
Dia pegangkan motor tu bila aku nak melangkah naik.
Bila aku dah naik pun dia still pegang motor aku ni

“elok-elok tau”.

Aku memandang kehadapan. Kereta yang membawa Qistina sudah tidak kelihatan, mungkin sudah hampir sampai di hospital Tapah.


Lebih kurang 2minit aku ‘memandu’, baru aku perasan, helmet Qis yang aku pakai tu rupanya takde visor.
Lemas aku dibuatnya. Aku cuba memperlahankan sikit motor,walaupun kelajuan aku ketika itu lebih kurang 40km/j.

Tiba-tiba cik abang kat belakang aku nih,

“jalan terus..abang follow dari belakang” .

Ish..tak sempat nak cakap lagi dia dah siap tolong tolak guna kaki pulak tu.

“nak helmet tu..”

Aku tunjuk kat helmet aku dalam raga motor dia,tapi malangnya dia tak dengar or tak paham kot.


So,aku pun buat-buatlah kalis air. Teruskan jugaklah walaupun dah agak nak lemas aku dibuatnya.


Jalan 5 minit,aku slow lagi..
Dalam hati memang dah tak sabar, kena jugak ni tukar helmet tu.
Dengan hujan yang takmau surut,mati lemas aku macam nih.

“kenape ni?kan abang dah cakap abang follow dari belakang. Jom”

‘Qisss!!tolong aku..anak sapa yang tak reti bahasa nih sesat kat sini!!’

rasa macam nak jerit,tapi tak terkeluar la pulak.



Akhirya aku sampai jugak di hospital yang dimaksudkan itu. dah sampai dekat tempat letak motor boleh pulak mamat tu cakap

“tadi nak helmet ni ke?”

~‘wahh..boleh pulak dia sengeh tunjuk gigi kat aku?’.

Hot dalam basah macam ni.

“sorry,dah dekat nak sampai baru perasan” aku senyum.

“tak pe,saya tak kesah...”

‘..muka saya nih kalis air’ dia cuba menyedekahkan senyuman paling maniiiis buat insan yang sungguh baik budinya itu. Hek!


=================================

Dia mengeluh lagi.
Sejak akhir-akhir ini, bayangan itu memang sentiasa muncul dalam fikirannya. Sesak dadanya memikirkan hal ini.

Kenapa?
wajarkah aku mempersoalkan kenapa? Tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Laungan azan maghrib yang sayup-sayup menerjah ketelinga mengembalikan dirinya kealam yang nyata.





p/s: betui ke dari malim nawar nk ke sgkai lalu tapah?betui kot..heee.
kalo sape2 org malim nawar nak betulkan andai aku salah..sila2..
=) :">

3 comments:

Anonymous said...

testing..testing...ok dah kot
heeee~

-tuantanah-

Anonymous said...

hahah...yong...smbung lg..ptmuan smule lak..wahaha..gud try..ngeee

izalyazi said...

ni crita y bru kah??mcm bess..nk lg..hu3~