aku ingin BERKATA bukan MERAPU

selamat datang.

tq pade sape yang sudi melawat. and tq jugak pade sape yang sudi same-same merapu.

xpe..rapukan je ape-ape yang anda rase nak rapu.

ape entah aku merapu nih...hemm..ok lah..pendek kate..anda bebas komen ape-ape disini.

=)

=)

komen la skali. Komen anda banyak membantu untuk daku meng-imprvkan skill yang tak seberapa nih.

Saya ada gaya baru,setiap entry baru EVK akan ada lagu tema tersendiri. So kalau nak lebih feeeeelll..boleh dengar sambil baca..okeh...semoga terhibur =)

SENYUMLAH UNTUKKU SAYANG ==) 15 DIS

EVK 24 ==) 19DIS

EVK 25 ==) 22 DIS

EVK 26 ==) 24 DIS

EVK 27 ==) 29 DIS





Sunday, September 19, 2010

EGOKU vs KASIHNYA 23





Ketibaan Encik Syukri dan Pn. Roslina disambut ceria oleh Ira Shazira manakala bagi Khairul Ilham Syah pula sebaliknya. Terlalu berat dirasakan untuk melepaskan isterinya itu pulang ke Perak. Hatinya sentiasa resah sejak Ira Shazira menyuarakan hasratnya. Puas dia cuba menenangkan diri. Namun perasaan risau itu tetap ada.


“maaf lah abah,ma..saya tak dapat nak hantar abah dengan ma balik perak. Banyak sangat kerja kat pejabat tu.”


“tak apalah, tak payah susah-susah,kami faham.” Balas En. Syukri.


Khairul memandang isterinya. Ira Shazira buat-buat tak perasan. Khairul bergerak ke Rexton hitam . Beg pakaian isterinya itu dikeluarkan dan diletakkan ke dalam bonet kereta bapa mertuanya. Ira Shazira masih lagi memeluk tangan Pn. Roslina sambil bercerita itu ini.


“Ma,Rul nak cakap dengan Ira kejap”


Akhirnya Khairul terpaksa meminta izin dari Pn. Roslina untuk bercakap dengan isterinya. Khairul memegang tangan Ira Shazira dan membawanya jauh sedikit dari ibu mertuanya. Ira Shazira hanya menurut. Tidak terfikir untuk menepis.


“ira..abang izinkan ira ikut ma dengan abah balik,walaupun berat sebenarnya abang nak lepaskan ira pergi. Dan abang harap ira pandai jaga diri. Jaga maruah.” Ira Shazira membisu. Mengangguk tidak,menggeleng pun tidak.


“abang sayang ira..” Lantas ditariknya Ira Shazira kedalam pelukannya.


Pelukan yang kejap itu membuatkan Ira Shazira terkaku. Tidak mampu bergerak. Perlahan-lahan telinganya menangkap bicara Khairul.


“walau apapun yang berlaku..abang nak ira ingat,abang tetap menyayangi Ira.” Terkesima Ira Shazira dengan penyataan yang dirasakan pelik itu.


‘Kenapa dengan dia ni?’


“awak..saya balik rumah ma dengan abah je pun” Dapat dirasakan kepala Khairul bergerak-gerak.


“sayang jaga diri elok-elok tau.” Ira Shazira hanya mampu mengangguk.

Pelukan dileraikan.


“hari sabtu abang pergi sana. Lepas tu abang hantar Ira balik kolej.” Ira Shazira yang sedang membetul-betulkan tudungnya memandang kewajah suaminya itu.


“tak payah lah,saya boleh suruh abah hantarkan.”

Khairul menghadiahkan senyuman. Kemudian dia memegang kedua-dua belah bahu Ira Shazira.


“Ira,abang suami ira..biar abang yang hantar Ira balik. Lagipun,hari sabtu kan abang tak kerja.” Lembut sahaja dia menuturkan ayat itu.

Ira Shazira mengeluh nipis. Hancur harapannya nak rasa bebas sikit. Dia baru berkira-kira nak buang jauh-jauh wajah Khairul sampai lah dia pulang kekolej,tapi...argghhh!

--------------------------------------------------------------------------

Khairul berbaring diatas katil. Rasa letih yang mencengkam jiwa menyebabkan dia memilih untuk berada didalam bilik sahaja. Tambahan pula,hanya dia seorang didalam rumah itu. perasaan rindu pada si isteri mula terasa.

Sebelum ini dia dipejabat,sibuk dengan urusan kerja,lupa seketika akan ketiadaan isterinya tiu. Tapi bila dah balik rumah tahu dia tak ada,rasa rindu mula bertandang. Walaupun baru pagi tadi mereka berpisah.


‘adakah dia juga merindui aku?’

Gambar si isteri yang tersemat didalam diarinya ditarik. Dia membalas senyuman manis ira shazira yang pegun itu.


‘Sah aku gila bayang!’

Dia mula mengenangkan detik-detik mereka bersama semenjak Ira Shazira tinggal disini. Indah sungguh dapat berada dekat dengan gadis itu. walaupun dia hanya bertepuk sebelah tangan.

Teringat dia peristiwa minggu lepas. Dia sama-sama menyebukkan diri di dapur ketika isterinya itu menyediakan makan tengah hari. Dirasakan ini adalah salah satu peluang untuk dia mendekati hati Ira Shazira.


“sayang,sayur ni nak potong kan?biar abang tolong.”

Dia mengunjukkan seikat hailam kepada Ira Shazira. Gadis itu walaupun dengan wajah pelik,tetap menggangguk mengiakan pertanyaan si suami.


“hailam ni ira nak goreng dengan ikan masin tu eh?”


“hurm”


“hmmm..sedapnya,mana ira tahu makanan kesukaan abang ni. Ni yang bertambah sayang ni.” Sengaja dia memancing gadis itu untuk berbicara.


“adalah.”

Ira Shazira menarik bleender didalam almari. cili kering,cili padi,bawang merah serta kunyit hidup didalam mangkuk dituangkan kedalam mesin pengisar tersebut.


‘pandai rupanya isteri aku ni duduk kat dapur.’ Dia tersenyum sendirian.

Mujur dia menyediakan kelengkapan yang boleh dikatakan lengkap untuk pasangan berumah tangga. Segala perkakas cuba disediakan untuk kemudahan si isteri. Ini kerana dia memahami keadaan isterinya. Ya,terlalu memahami.


“auww!” dia kembali menatap papan pemotong dihadapannya. Darah merah mengalir keluar dari hujung jarinya.


“aduh! Jari aku..aghhh” Ira Shazira tersentak.


“kenapa?”

Lantas dia bergerak kearah Khairul. Khairul cuba menyembunyikan tangannya disebalik tuala pengelap tangan yang dicapai ditepi singki.


“kenapa?” sekali lagi dia menyoal.


“ira jangan tengok..jari abang dah putus..” Muka ira Shazira jelas terpamer perasaan terkejut.


“awak biar betul. Mata letak mana sampai boleh potong jari ni?”


‘mata lekat kat awak lah sayang oii’


“..macam mana nih..tak hensem lah abang macam ni..lagi lah ira tak nak kat abang kalau dah macam ni..” dengan muka yang berkerut-kerut dia mengeluarkan hujahnya.


“ishh dia ni,main-main pulak. Tengok tangan tu”

Khairul menunjukkan jarinya. Darah masih lagi tidak henti-henti keluar dari belahan itu. tuala yang putih itu juga sudah menjadi merah.


Ira Shazira berundur. “saya..saya carikan ubat” .

Dia berpaling ke belakang dan menghilang. Selang beberapa saat, dia muncul kembali memegang sebotol minyak gamat dengan wajah yang berkerut-kerut.


‘risau betul nampaknya.’


Khairul menghulurkan jarinya yang luka itu. tetapi Ira Shazira menghulurkan botol minyak tersebut kepada Khairul. Lelaki itu memandang kurang faham. Belum sempat khairul menyambut botol minyak tersebut,tiba-tiba ira shazira rebah.


“ya Allah Ira!” lantas dipaut pinggang isterinya itu sebelum gadis itu mencuim lantai.


“ira..ira..” panggilannya hanya dibalas dengan pergerakan bibir oleh ira Shazira. Tidak tahu apa yang ingin dikatakan. Matanya masih terbuka separuh.


“kenapa ni sayang?” Khairul menepuk-nepuk pipi isterinya itu. baju ira shazira juga sudah terkena darahnya. Biarkan. Bibir wanita itu semakin pucat.


“ya ALLAH,kenapa dengan isteri aku ni.” Perlahan-lahan mata Ira Shazira terkatup rapat.



Khairul mencempung isterinya dan dibaringkan diatas sofa. Dia kemudian bergerak kedapur. Mencari apa yang patut untuk membalut lukanya sebelum darahnya menitik diatas lantai rumah itu dengan lebih banyak lagi.

Khairul keluar dari dapur dengan membawa sebiji mangkuk dan cawan yang berisi air kedua-duanya. dia melabuhkan punggung disisi ira shazira. Tangan dicelup kedalam mangkuk dan dilurutkan kemuka Ira Shazira. Rambut kerinting gadis itu ditolak ketepi.


“ira..” bola mata gadis tersebut kelihatan bergerak-gerak.


“ira..ira ok ke?” lambat-lambat mata yang tertutup rapat itu dibuka. Khairul menghadiakan senyuman.


“ira ok?” ira shazira memegang kepalanya.


“peningg..”


“nak abang picitkan?” gadis itu tidak membalas. Khairul lantas menarik tangan ira shazira dan digantikan dengan tangannya. Ira Shazira hanya membiarkan tangan suaminya itu menari-nari di kepalanya. Matanya dipejam. Sedikit kelegaan dirasakan.


10minit berlalu,


“dah la..dah ok dah.” Ira shazira menggerakkan kepalanya memberi isyarat.


“betul dah ok?” ira shazira menggangguk dan cuba untuk bangun. Khairul ingin membantu,namun ditolaknya. Khairul hanya tersenyum dengan sikap isterinya itu. Air didalam cawan dihulurkan dan disambut oleh ira Shazira.


“ira takut darah eh?” Khairul cuba meneka.


“mana ada” dia cuba menarik muka.


“Habis tu,abang yang hilang darah kenapa pulak ira yang pucat? And,abang ok je..ira pulak yang pengsan?” Ira Shazira membisu. Mungkin dia juga keliru dengan keadaan dirinya.


“Ira ok tak?nak pergi klinik tak ni?”


“takpelah..dah ok ni.”


“ira mabuk darah ni..”


“hurm..entahlah,mungkin kot” lambat-lambat dia bersuara mengiyakan kenyataan si suami.


“dah lah,pergi tukar baju tu..habis kena darah abang tadi.” Ira Shazira membelek dirinya. Jelas kelihatan tompok merah dipakaiannya.


“eh..tangan awak..?” khairul tersenyum.


“kalau abang dah tak hensem sebab takde jari,agak-agak ira nak lagi tak kat abang?” Ira shazira menjeling suaminya. Khairul melepaskan ketawa. Nampak comel bila ira shazira menjeling.

Cute!


“gurau je. Takde apa-apa pun. Luka je,takdelah sampai terputus.”


“ok ke?”


“sikit je. Abang dah letak ubat. Jangan risau ok. Ker ira nak tengok?” khairul sudah memegang penghujung kain yang membaluti tanganya.


“eh..tak payah” cepat-cepat ira shazira memegang tangan khairul dari meneruskan niatnya. Malu dengan tindak balasnya,ira shazira bingkas bangun.


“saya nak mandi dulu.” Khairul mengangguk sambil sembunyi senyum. Beberapa tapak isterinya itu bergerak,


“ira..kalau ira mabuk darah..habis tu tiap-tiap bulan macam mana..?" Ira shazira berpaling. Keningnya bertaut.


‘saja je nak main-mainkan aku ni’


“..takkan tiap-tiap bulan pengsan?”


“mengada-ngadalah awak ni!” dia terus mendaki anak tangga meninggalkan Khairul yang tersengeh-sengeh diruang tamu. Lagi dilayan,lagi menjadi loyar buruknya.



Khairul akhirnya tertidur sambil memeluk gambar isterinya. Walaupun perasaan tidak enak semakin kuat mencengkam hatinya,namun dia cuba untuk membuang jauh perasaan itu.

---------------------------------------------------------

Ira Shazira hanya membisu. Khairul disebelah juga tidak menunjukkan tanda untuk berbicara. Sejak dia sampai semalam,lelaki itu lebih banyak termenung. Selalunya ada sahaja yang ingin diperkatakan. kenapa dia nampak pelik je ni?dia marahkan aku ke?Marah sebab aku ikut ma dengan abah balik?tapi hari tu ok je..takde pulak masam muka macam ni.Marahkan sebab aku tak jawab telefon?marah sebab aku tak balas sms dia?tapi itukan dah biasa.


Ya,aku tau memang salah aku sebab tak jawab telefon bila dia call,tak balas mesej dia. Entahlah,aku pun tak tahu kenapa aku kejam sangat. Hampir seminggu aku kat perak sekali je aku mesej dia. Itu pun sebab mama bising.


Aku nak keluar jumpa kawan-kawan,mintak izin dengan mama. Sekali mama jawab


“ira dah tanya khairul?sekarang,ira dah jadi isteri orang. Kalau nak buat apa-apa kena mintak izin suami. Bukan mama atau abah lagi.”

Huh..aku tau abah dengan mama marah sebab aku tinggalkan khairul. Malas untuk memanjangkan isu. Aku hantar je mesej kat dia


sy nak keluar jumpa kawan


dan jawapannya


pergilah. Abang izinkan. Hati-hati. Jaga diri,jaga maruah


kenapa entah aku rasa macam panas hati bila dia sebut ‘jaga maruah’. Kenapa?dia ingat aku ni jahat sangat ke? Ingat aku ni apa?rasa macam aku ni teruk sangat sampai dia nak kena pesan macam tu. Ingat aku ni jenis buat benda-benda terkutuk ke? Huh!



Rexton hitam berhenti dihadapan kolej. Si pemandu hanya membisu. Si penumpangnya pula tak tahu nak buat riaksi macam mana. Lambat-lambat dia bersuara.


“awak...” lelaki itu memandangnya.


“saya..saya naik dulu.”


“nanti. Temankan abang kejap dalam ni” perlahan dia menuturkan ayat. Ira Shazira hanya mengangguk.


Lama mereka menyepi. Mungkin melayan perasaan masing-masing. “awak..ok tak ni?”


‘mungkinkah perasaan marahnya kerana keegoan aku menyebabkan dia jadi begini? Bukan niatku begitu’. Khairul memandangnya. Dia menghadiahkan senyuman,namun hambar.


“boleh tak kalau abang nak dengar ira panggil abang ‘abang’?”


Ira Shazira telan liur.

Kenapa?kenapa?kenapa?

kenapa dia nampak sensitif hari ni?


“tak apalah..”

“..pergilah naik..abang ok. Jangan risau ye. Ira jaga diri elok-elok.”

Dia memegang tangan ira shazira. gadis itu tidak menepis. Lambat-lambat dibawa isterinya itu kedalam pelukan. Ira Shazira juga tidak menolak.


“jaga diri ye sayang. Ingat,abang sayang ira.” Pesanan seorang suami kepada isteri. Si isteri hanya mengangguk walaupun semakin banyak kepelikan yang dirasakan.


“awak drive elok-elok. Nanti dah sampai bagitau eh.” Khairul tersenyum. Berbesar hati dengan perhatian yang diberikan.

-----------------------------------------------------------

Ira Shazira berjalan beriringan bersama-sama Fatin dan Syida. Kelas pertama untuk Reinforce concrete baru sahaja tamat. Hajat hati ingin menjamu selera di cafetaria. Tiba-tiba hensetnya berbunyi. ‘Khairul!’

Hari terakhir dia menghubungi aku 3 hari lepas. Selepas dia selamat sampai ke rumah. Ya,terbit perasaan risau juga dihati melihatkan perangai pelik Khairul hari tu.


“hello” lambat lambat dia bersuara.


“hello..ira?” Ira Shazira kerut kening.


“ya?siapa ni?”


“saya Imran..”


YA ALLAH!

Tiba-tiba dirasakan dia tidak berpijak didunia yang nyata. Hiruk pikuk disekeliling sudah tidak dapat didengar.


~ THE END~


-------------------NOKHTAH CINTA----------------

Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran

Ternyata kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya

Korus
Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku di perlukan

Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini
Perlu untuk dirinya

Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu

Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya




33 comments:

Fatihah said...

lcite nie dh abs ke??

Anonymous said...

dah abes k?

Anonymous said...

dah habis??
khairul kenapa??
mati??
aaaaaa..tanak la end up cmtuu...
sambung laa..tanak khairul mati..
kasi dye idp macam klip vid hafiz tu..

belle.talib said...

eh? ~ THE END~????

Anonymous said...

hah...knpe ngan khairul..xmau ler end cm 2 jer...hukhuk

Anonymous said...

aik?
xkan dah ending kot...
huhu...
xnk la khairul mati...

Anonymous said...

eh napa ni tak kan da habissssssss...tak nak lah mcm ni tlg sambungggggggggggggg

Anonymous said...

????????....x faham?..abis camtu je!

Anonymous said...

aik????cam2 jer abis....... sambung r lagi

LoVeLyStArgIrL said...

maaf ye kawan2 :)
gurau je tu.
sori2. cerita ni ada lagi sambunganya..jgn risau.

my friend said..ego gila la prempuan tu kalau ko hbskan kat sini je.sampai kesudahnya tak terbukak pintu hati..dan banyak lagi y dia cakap..

jgn risau yer cik wani dan kwn2 y lain,cerita ni masih lagi ada sambunganya...

Anonymous said...

sib baik..huhu

Anonymous said...

cter ni dah nak abes ke? atau panjang lg smbungan?

izalyazi said...

sila sambong..saya tidak mahu ending begini..ngeh33.~~!!!

Anonymous said...

lama lagi ka nak tungu ni.........

QiS said...

bile nak smbung lg...kite dah tak sabar nak taw...tp tak mau khairul mati taw.....

Azirah Ilham said...

hero xboleh mati.....sambung g....

hans said...

wah
rajn ekk tulis

P/S : Blog Gua Kena Tegur Oleh Blogger! Gua Cuak!

Anonymous said...

generic xanax generic xanax round white - high anxiety kicking xanax

Anonymous said...

xanax online pills that look like xanax - blue xanax pills generic

Anonymous said...

buy tramadol online no prescription where to order tramadol online - tramadol hcl zoloft

Anonymous said...

buy tramadol online tramadol buy thailand - tramadol 325 dosage

Anonymous said...

buy tramadol online tramadol overdose nhs - purchase tramadol for dogs

Anonymous said...

generic tramadol tramadol hcl 50 mg strength - tramadol online illegal

Anonymous said...

buy tramadol online generic tramadol buy - tramadol 100mg buzz

Anonymous said...

buy tramadol rx tramadol (ultram) shelf life - tramadol 50 mg ingredients

Anonymous said...

carisoprodol 350 mg soma carisoprodol schedule - carisoprodol dosage 700mg

Anonymous said...

buy tramadol online tramadol addiction gaza - buy tramadol online usa

Anonymous said...

buy tramadol online buy tramadol 50mg usa - tramadol addiction cure

Anonymous said...

generic cialis online buy cialis legally online - generic cialis free shipping

Anonymous said...

xanax online can get high xanax xr - cover up xanax drug test

Anonymous said...

cialis online buy cialis from mexico - generic cialis does it work

Anonymous said...

how to buy cialis online buy online cialis 20mg - how much does cialis daily cost

Anonymous said...

http://buytramadolonlinecool.com/#73892 tramadol withdrawal in a neonate - tramadol hcl is it addictive