aku ingin BERKATA bukan MERAPU

selamat datang.

tq pade sape yang sudi melawat. and tq jugak pade sape yang sudi same-same merapu.

xpe..rapukan je ape-ape yang anda rase nak rapu.

ape entah aku merapu nih...hemm..ok lah..pendek kate..anda bebas komen ape-ape disini.

=)

=)

komen la skali. Komen anda banyak membantu untuk daku meng-imprvkan skill yang tak seberapa nih.

Saya ada gaya baru,setiap entry baru EVK akan ada lagu tema tersendiri. So kalau nak lebih feeeeelll..boleh dengar sambil baca..okeh...semoga terhibur =)

SENYUMLAH UNTUKKU SAYANG ==) 15 DIS

EVK 24 ==) 19DIS

EVK 25 ==) 22 DIS

EVK 26 ==) 24 DIS

EVK 27 ==) 29 DIS





Wednesday, June 9, 2010

EGOKU vs KASIHNYA 19







Hidup sebagai seorang pelajar memang tidak boleh lari dari menghadapi ‘kitaran’ yang tidak berkesudahan-kuliah,test,kuliah,cuti sekejap,EXAM. Melainkan dah habis belajar. Tetapi, kitaran lain pula yang akan menyusul nanti. Dikala diri sibuk memperkasakan ilmu-ilmu didada untuk menghadapi peperiksaan, dikala itulah masalah-masalah yang membebankan patut dijauhi,sepatutnyalah.

Dengan kepala yang semakin berserabut,Ira Shazira mengatur langkah menuruni tangga untuk ke cafetaria. Sungguh. Ikutkan hati,memang dia tidak mahu membuang masa. Nama pun last minute punya study.


“shaz!” seorang lelaki menggamit. Pandangan ditumpukan sepenuhnya kepada tuan empunya suara. Langkah diatur dengan teliti menghampiri meja dimana lelaki itu berada.

“duduk la” menyedari Ira Shazira hanya memandangnya,dia menarik kerusi dihadapannya. ‘eh..sakit apa pulak dia nih’ bisik hati kecil Ira Shazira.

“abang aidil nak cakap apa sebenarnya ni?jangan kata saja-saja suruh shaz turun sebab nak minum je” panas dihati sudah terasa. Ingat orang tak ada kerja lain agaknya. Lelaki itu hanya tersenyum.

“lah..kenapa macam moody je nih?senyumlah sikit. Abang Aidil ajak turun minum pun nak masam-masam.” Ira Shazira mendengus.

“abang Aidil,kan sekarang tengah study week,next week exam..banyak lagi yang shaz tak habis baca tau..Abang Aidil takpelah,dah final sem, paper pun tak banyak.”

“shaz..shaz..yelah tu. Abang Aidil pun sama je” lucu terasa dengan kenyataan yang keluar dari mulut gadis itu. Dia pun cuak jugak nak exam ni,yelah...sebab final sem lah. Kalau ada yang terkantoi,tak ke nanya namanya.

“so?nak suruh shaz jadi tukang tengok je ni?” dia memecah kebisuan yang tercipta antara mereka.

Aidil tersenyum lagi. Dia perlu melunaskan segala-galanya hari ini juga. Mungkin selepas ini mereka akan terpisah jauh. Hanya ini peluang yang ada. Tidak mungkin dia sia-siakan. “shaz..” dia bersuara perlahan sambil menatap jauh kedalam mata milik Ira Shazira.


-------------------------------------------------


“Hang pasai apo nih? Gelisah semacam je aku tengok..pegang tu tak kena,pegang ni tak kena”

Mali yang sudah lama memerhati gelagat roommatenya itu akhirnya bersuara. Ira Shazira yang sedang duduk bersandar diatas katil mengeluh.

“hai..mengeluh panjang nampok. Awat nih?hang ado masalah ka?”

Mali sudah melabuhkan punggungnya dikatilnya sendiri. Nak berlabuh dikatil Ira Shazira,tak pasti dimana nak berlabuh..sesak sangat dengan segala jenis buku. Tak tahu yang mana satu dia nak baca sebenarnya. Dah faham sangat dengan perangai Ira Shazira nih, kalau study je..buku mesti penuh atas katil, tapi satu je yang dia baca. Biasalah tu..stress nak exam. Macam-macam lah ragam yang keluar.


“tak ada apalah..banyak lagi tak baca nih. Aku tak tahu nak pegang mana satu. Pegang yang ni,aku asyik fikir yang tu. Bila pegang yang tu,aku takut tak sempat habiskan yang ni. Sakit kepala nih.”

“rilex la..macamlah tak biasa. Bukan selalu hang memang macam ni ke?tapi biasanya,hang cool je..tak delah serabut sampai macam ni sekali. Hang ada masalah ke?ceritalah dekat aku..mungkin aku boleh tolong.”

Ira Shazira membalas senyuman mali bersama gelengan. Mali kurang pasti maksud gelengan tersebut. Hendak ditanya lagi,riaksi Ira Shazira seperti tidak mahu berkongsi. Jadi dia hanya mendiamkan diri.

“herm..tak pelah. Aku nak pergi bilik syida,lepak sane jap..minum-minum dulu”

“ok”



Ira Shazira kembali menatap lecture note Soil mechanics ditangannya. Hanya pandanganya sahaja yang berlabuh disitu,tetapi tidak fikiran dan tumpuannya. Fikirannya melayang entah kemana. Terbang bersepah dibawa angin dek masalah yang menghuni kotak fikirannya kini.


Masalah dirinya dengan Khusyairi. Masalah abang Aidil lagi. Abang Aidil ni pun satu. Time-time ni jugak la yang dia nak luah perasaan pun. Tak boleh ke tahan tunggu aku habis exam. Tapi, pelik jugak dia tu, sikit punya macho..alih-alih bab luahan rasa hati ni tak boleh fikir jalan yang cun sikit. Dia tersenyum sendirian.


Lawak,lawak. Ingatkan nak luahkan perasaan suka dia dekat aku,memang berdetak detuk jantung aku tadi. Huah..buat malu je. Syida pun satu,boleh pulak dia kata abang Aidil tu minat aku,padahal kawan tu dah tangkap cintan dekat dia aku pula yang jadi mangsa. Sama ada abang Aidil salah bagi riaksi atau syida yang buat-buat tak faham lepas tu nama aku yang naik.


Hurm, so,sekarang aku yang terpaksa mengatur langkah membantu abang Aidil meluahkan rasa hatinya sebelum exam,yelah..lepas ni dah tak boleh jumpa. Hurmm..masalah tu.

Dan, masalah yang paling besar,masalah yang mama sampaikan 2minggu lepas. 2minggu? Haah. Dah 2minggu tak dengar khabar dia. Kenapa dia tak message aku?selalunya tanpa diundang..ada ja message dia,call ke. Ini senyap je..aku yang merajuk ke dia yang merajuk ni?

“Huh...lelaki..memang lah ambik mudah je semua hal. Ini yang aku nak lancarkan perang dingin dengan lelaki ni. Kenapa lelaki semua macam nih?”

Tutur Ira Shazira sendirian.Dikerlingnya henset ditepi bantal. Sunyi. Pabila minda dan hati bersatu, satu perasaan yang sukar dimengertikan terbit jauh didasar hati. Terlalu jauh. ‘Kemana dia?’detik hati kecilnya.

“ish...shaz!apa yang kau tunggu ni? Buang tebiat ke kau shaz?”

Ira Shazira memarahi dirinya sendiri. Tersedar dari perasaan fantasi itu. Tidak boleh diterima logik apa yang terlintas disudut minda dan hatinya. Kenapa dalam ramai-ramai, panggilan dari lelaki itu juga yang ditunggu.

“tak..tak..kau rasa kosong sebab kau rindu Khusyairi je..khusyairi! yup..” dia cuba menyedapkan diri. Terbayang wajah khusyairi diruang minda. Senyuman khusyairi. Gelak ketawa dan lawak-lawaknya cukup membuatkan dia rasa bahagia.


Tiba-tiba hatinya terasa sakit apabila teringat perkhabaran yang disampaikan oleh Sarah 2 hari lepas. Khusyairi curang! Dia bergelak ketawa bersama perempuan lain dengan mesra. Kata Sarah lagi,mereka selalu bersama. Sampai hati dia buat aku macam ni. Apa salah aku? Sehari suntuk aku moody, satu kerja pun tak boleh nak buat. Tapi,aku masih tabah..aku tak menangis pun sebab dia.

Aku tak pasti apa yang aku rasa. Aku tak percayakan Sarah,tapi dia kawan aku. Takkan dia nak tipu aku. Khusyairi beriya-iya menafikannya. Entahlah. Aku Cuma putuskan untuk berdiam diri. Bukan aku melarikan diri. Cuma aku perlu masa untuk bertenang,tambahan lagi..exam sudah terlalu hampir. Dengan kepala yang semakin sarat dengan masalah,aku hanya mampu mendiamkan diri. Aku katakan kepada Khusyairi,

...‘kita settlekan masalah kita nih,after exam..so, u tak payahlah call-call,message-message i..i letih nak fikir hal tu sekarang. Nanti after exam kita selesaikan. I tau u tengah exam sekarang..so,u pun tumpukanlah perhatian pada exam u tu..insyaALLAH,i ok. Good luck khusyairi.’..



Bunyi bising dari hensetnya menyedarkan Ira Shazira ke alam nyata. ‘khusyairi la nih..tak faham-faham bahasa ke?orang kata after exam,after examlah..’ dia membentak sendirian. Dicapai henset dihujung katil yang hampir-hampir terjunam mencium lantai.

Dia membeliakkan mata. Lambat-lambat air liur ditelan. Lama diperhati skrin telefonnya itu. Memerhatikan nama si pemanggil.

‘Benarkah dia? Mimpi apa hari ni?’ Detik si hati. Nak jawab ke tidak ni? Masih menimbal baik buruknya.

‘jawab jelah!’.

Sebaik sahaja keputusan dibuat, telefon bimbit itu pula sudah kesunyian. Dia menelan liur lagi. “ambik kau..kan dah senyap.” Dia menyalahkan dirinya sendiri. Terdetik juga perasaan kesal disitu.

‘kejap lagi mesti dia call lagi..takpe..takpe..’ yakin benar dengan firasat hatinya itu. Henset masih digengaman. Sudah 30 saat berlalu. ‘kenapa tak call lagi ni?’ benarlah kata orang,kalau kita menunggu,satu saat pun boleh diibaratkan bagai satu minit. Lama dirasakan 30 saat itu.

“hoi...awat nih?yang duk tatap henset tu macam nak telan tu pasai apo? Lapaq ka?”

jerkahan mali mengejutkan dia. Terangkat sedikit tubuhnya. Kus semangat. ‘Mali nih,bila pulak dia masuk? nak jerkah orang pun pada-pada la..tak sempat ambik exam pulak aku karang.’ Dia mengerutkan dahi.

“kalo lapaq,mai join aku dengan syida....bla..bla..” malas mahu mendengar. ‘kenapa dia tak call balik nih?dah dekat 2minit ni. Ker..aku yang patut call dia?hehehe..biar betik shaz..’.

“woi makcik!..nih yang duk sengeh-sengeh ni pasai apo pulak?”

“ish..hang nih..suka bagi aku terkejut tau. Tak de ape-ape lah. Aku ok.” Mali hanya menunjukkan sengehnya.

“eh..jom lah pergi bilik syida,sembang-sembang. Duk dalam bilik pun bukannya hang study. Tadi kitorang tengok ada sorang tu..buat ape entah pasang lilin kat bawah tu. Untuk awek dia kot..rasanya nama awek dia..salmi ke sheila entah..tak jelas sangat. Tapi nampak sweet gila.”

Mali sebenarnya sedang memancing minat roommatenya itu untuk turut serta dalam ‘mesyuarat’ dia dan syida. Dia bukannya apa,dia Cuma mahu gadis itu buang kejap tension dia tu. Muka kerut je memanjang yang ditonjolkan. Dia pula yang naik stress tengok ira shazira begitu.

“biasalah tu. Dah ujung-ujung sem ni,. Dah la tu..ko pergi jelah..aku malas la nak join korang. Aku nak study. Banyak lagi nih tak cover.” Dia malas sebenarnya mahu melayan mali. Fikirannya lebih memusat kepada henset ditangan.



“Hello..awak kat mana?takde pun!”

“abang kat bawah la ni. Ira dah turun ke belum?”

“hiiiish! Takde pun. Orang kat bawah dah ni.” Ajak jumpe,cakap dah sampai,entah ke on the way lagi. Ni yang aku nak naik balik ni. Walaupun tadi aku agak teruja masa dia telefon. Tapi,itulah halnya,kalau dia telefon je,takde kerja lain,mesti suruh aku turun. Hoh!menyampah betullah!

“ok-ok”

beserta dengan ungkapan ‘ok’ itu, Ira Shazira dapat melihat tubuh Khairul Ilham Syah yang lengkap berkemeja hijau lumut dan berseluar slack menghampiri tempat dia berdiri. Lehernya sudah tidak bersangkut tie, lengan bajunya pula dilipat sehingga ke paras siku serta raut wajah yang sedikit lesu namun masih murah dengan senyuman, khas buat gadis dihadapannya itu. Ira Shazira menunjukkan muka masamnya.

“assalamualaikum . Sihat?”

salam dijawab didalam hati bersama anggukan. Khairul tersenyum lagi. Ditatap wajah itu dengan penuh kasih. Melepaskan rindu yang terbuku dihati. Sungguh dia merindui raut wajah itu. Rindu seorang suami kepada isterinya. Hatinya sakit bagaikan dicucuk sembilu menahan rasa rindu yang menggunung. Terasa ingin didakap erat tubuh gadis dihadapannya itu. Namun, apakan daya. Dia tersenyum sendirian.

“Jom.”

“kemane?” Ira Shazira sedikit mengelabah.

“adalah” nadanya masih begitu. Penuh dengan kasih sayang.

“nak keluar ke?orang pakai macam ni je,purse pun tak bawak. Lagipun,orang banyak kerja la.”

Ditelek penampilannya,takkan nak keluar pakai sweater plus tudung makcik indon dengan selipar jamban je kot? Gila malu..aku pakai macam ni pun sebab nak cepat,aku tak pasti apa yang aku kejar sangat tadi. Itu yang aku sambar je tudung mali kat ampaian. Senang,mudah dan cepat.

“tak pe. Jom.” Tangan Ira Shazira dipegang dan dibawa menuju ke kereta. ‘huh..suka paksa aku macam nih. Sebab tu lah aku tak suka kau. Bencilah macam nih!’


Pintu court tennis dibuka. Khairul meninggalkan Ira Shazira dihadapan pintu. Dia bergerak ke satu sudut, tidak jauh dari tempat ira shazira berdiri. Dia menunduk mencapai sesuatu. Keadaan court yang agak gelap menyukarkan pandangan ira shazira. Kemudian khairul bergerak pula ketengah court.

Satu persatu cahaya muncul menerangi bahagian tengah court. Ira Shazira hanya memandang. ‘Apa yang dia nak buat nih?’ khairul bergerak kembali menuju ke sudut tadi. Sebuah kotak dibuka dan dicapai juga sesuatu yang terletak dilantai court tennis itu. Dia kemudian bergerak menghampiri Ira Shazira. Semakin dekat lelaki itu menghampiri,semakin dia dapat mendengar dengan jelas bait kata lagu yang berkumandang.


... UNTUK KAU HARGAI DENGAN KASIH SAYANG.
KU INGIN KAU JADI WANITA MULIA
YANG TAHU HARGA BUDI DAN HATI.
SEORANG LELAKI,BERNAMA SUAMI. ..


“ira sayang... Im so sorry for what i’ve done to you. Serious,abang tak ada niat pun nak buat macam tu hari tu. Abang ada hal penting,and,abang lupa nak bagitau ira masa. Dan abang mengaku itu salah abang. Sorry sangat. Please forgive me sayang. Ira mintak la apa saja asalkan ira boleh maafkan abang,insyaallah,abang akan buat.”

Sejambak bunga ros dihulurkan kepada gadis itu. Ira Shazira diam membisu. Terkesima sebenarnya. Sebijik Kek ditangan khairul ditatap lama.


‘Maafkan Abang, Sayang’


“ira..”

“hah?..err..”

“maafkan abang”

“ha...err..apa semua ni?”Dia masih belum dapat menangkap apa yang sedang berlaku sebenarnya.

Fikirnya,khairul akan membawanya keluar. Tetapi kini mereka didalam court tennis dihadapan kolejnya sambil lelaki itu menatang sebiji kek.

“sori sayang,abang tau abang bukan orang yang romentik..lagu pun guna lagu dalam henset je. Yelah,nak nyanyi sendiri,karang hujan la pulak”

Khairul masih cuba berlucu,cuba mengakis suasana hambar antara mereka. Kata-kata khairul itu menyedarkan ira shazira semula. Diperhati wajah dihadapannya itu. Sungguh tulus dan cahaya kesungguhan jelas kelihatan. Kesungguhan meminta maaf darinya. Benarkah dia bersalah?aku?benarkah aku yang wajar memberi kemaafan?

“Abang tau la abang ni hensem tapi,janganlah tenung muka abang sampai macam tu sekali... rumah jauh tau”

Ira shazira yang malu ditegur begitu mengerutkan dahi. Cuba menangkap maksud kata-kata lelaki dihadapannya sambil menyembunyikan perasaan malunya itu. Khairul hanya tersenyum. Cuba mempamerkan riaksi mengodanya.

“yelah...kalau tak lena tidur nanti,kan susah. Buatnya ira merengek tak boleh tidur..abang nak kena datang bagi ira tatap muka abang lama-lama baru boleh tidur..tak ke susah nanti.Tapi best jugak tu. Nak lagi best,Ira ikut je abang balik rumah..lagi best..”

Ira Shazira menundukkan wajah. ‘cis, dia kenakan aku! Kureng asem betul’ Khairul pula sudah ketawa perlahan. Masih lagi dengan aksi menggodanya. Sengaja dia berkelakuan begitu. Ingin menyakat gadis itu sebenarnya.


“exam start bila?” khairul bersuara memecah kesunyian yang membaluti suasana antara mereka.

“khamis depan.” Lambat-lambat dia bersuara.

“paper apa dulu?” Ira Shazira menjeling lelaki disebelahnya itu.

“ode”

Sepatah dia menjawab. Khairul hanya mengangguk. Dia mencari-cari topik apa lagi yang ingin dikeluarkan untuk menarik minat gadis itu untuk berbual dengannya. Dengan disinari cahaya lilin yang malap dan angin malam yang sepoi-sepoi, sungguh mendamaikan walaupun hanya berada di tengah-tengah court tennis didalam kawasan kolej. Ini kerana insan yang dirinduinya berada disisi.

Matanya mencuri pandang wajah ira shazira. Cantik! Hanya itu yang terdetik disudut hatinya. Dia suka melihat bibir ira shazira,sungguh manis apabila tersenyum. Tahi lalat disebelah kanan menambahkan lagi kecantikanya. Matanya yang sentiasa berkaca-kaca menyimpan seribu satu rahsia hati. Ingin ditebak rahsia itu agar dia mengetahui perasaan gadis itu terhadapnya. Entah dimana kedudukan dirinya didalam hati gadis itu. Sebuah keluhan nipis terluah juga.

Ira Shazira memandang kewajah lelaki disebelahnya itu.

“Eh..makanlah lagi kek ni. Sikitnnya ira makan.” Khairul bersuara apabila dia terperasan akan pandangan gadis itu.

“dah la tu..banyak dah ira makan,nanti makan banyak-banyak gemuk pulak.” Khairul yang sedikit tersentak dengan tindak balas Ira Shazira akhirnya tersenyum sambil berkata.

“alah..gemuk pun tak apa,abang tetap sayang.” Ira Shazira hanya membalas dengan senyuman sinis.

“eh..lupa pulak, ni untuk ira..” dia menghulurkan sebuah kotak yang berbalut cantik. Lambat-lambat gadis itu menyambut.

“apa ni?”

“ambik je lah. Abang beli khas untuk ira.” Dia tersenyum. Ira shazira pula membelek-belek bungkusan ditangannya itu.

“kenapa awak buat semua ni?bunga..hadiah..kek..lilin?” dia teringat cahaya lilin yang kelihatan sungguh cantik ditengah-tengah court tadi.

Ya.itulah yang mali katakan tadi. Bukan Salmi atau sheila..tetapi SORRY. Ira Shazira memandang kearah khairul,menanti jawapan dari mulut lelaki itu.

“kek..?hmm..” dikerling jam ditangan.

“hari ni hari jadi abang”

kata-kata itu cukup untuk membuatkan hati Ira Shazira terusik,luahan bersama nada yang mendatar. Walaupun si dia masih tersenyum. Tetapi,perasaan terkilan tetap terselit dalam diri Ira Shazira.

“maaf..saya tak tahu.” Khairul tersenyum lagi.

“tak apa.”

Ira shazira cuba menentang pandangan khairul. Kenapa dia buat semua ni? Benarkah Semata-mata untuk meminta maaf dari aku? Dia mengeluh sendirian.

“hari jadi awak..tapi saya yang dapat hadiah pulak kan?kek pun awak yang belikan.” Dia berkata sendiri. Ada nada kesal disitu. Khairul mencapai tangan isterinya itu. Jari jemari gadis itu diramas lembut.

“tak apa lah..abang tak kesah pun. Lagipun, ira memang tak tahu..lepas ni,ira kena ingat. Jangan lupa tau. Tahun depan abang nak hadiah besar. Ok?”

Ira Shazira hanya mengangguk seraya menarik kembali tangannya. Dia tidak senang dengan perlakuan lelaki itu. ‘tapi,kenapa aku masih boleh duduk berdua-duaan disini? ah..lantaklah. mood aku memang tak menentu sekarang nih. Malas nak pikir’.

Dia melihat Khairul mengurut-ngurut belakang lehernya. “kenapa?” tidak pasti kenapa dia perlu bertanya. Khairul tersenyum.

“biasalah..seharian bekerja..” timbul idea nakal dibenaknya.

“..bagusnya kalau ada orang tolong urutkan malam ni. Bila la nak dapat rasa urutan jari comel orang tu.”

Ira Shazira menjeling suaminya . Pandangan mereka berlaga. Khairul mengenyitkan mata. Cuba menyakat gadis itu. Manakala Ira Shazira pula menjelirkan lidahnya. Meluat dengan kata-kata lelaki itu. ‘Gila apa.? Beranganlah wey’

“tak apa lah. Saya naik dulu lah.” Khairul tersedar dari lamunannya. Dipandang wajah insan yang sudah berdiri mengadapnya itu. Dikerling jam ditangan.Ah,cepatnya masa berlalu!

“pergilah..lagipun dah pukul 11 dah ni..”sambil berdiri dia bersuara hambar.

“awak pun nak kerjakan esok..” khairul mengangguk.

“thanks for everything..kesian awak..awak terus datang sini ke lepas kerja tadi?”

“yes and no” Ira Shazira mengerutkan dahi.

“abang sampai je airport tadi..tak sabar-sabar nak jumpa ira. So,abang terus datang sini.” Ira Shazira membutangkan matanya tatkala mendengar kata-kata lelaki itu.

“eh..awak dari mana sebenarnya?”

“abang dari Milan. Urusan kerja. Dapat arahan dalam tempoh 24jam. Sebab tulah abang tergesa-gesa nak balik masa kita kat rumah ayah hari tu. Sampai je rumah kita,abang kemas barang terus berangkat kesana.”

‘Patutlah dia tak call atau sms aku langsung. Rupanya dia takde kat sini. Nasib baik aku tak tanya mama..kalau tak buat malu jer. Kesian dia,tak pasal-pasal aku tuduh dia macam-macam hari tu. Huaarrrgg..apalah aku nih.’

“..and,sorry coz abang tak call ira langsung. Abang terlalu sibuk. Banyak sangat urusan yang perlu dilakukan. Buah tangan untuk ira tu pun, abang beli kat airport tadi. Sorry ye sayang..”

ira Shazira menelan liur. ‘haah,sampai hati dia tak bagi tau aku pun dia pergi sana.. Ah..siapa aku untuk mengetahui segalanya tentang dia’


“hei..kenapa muka sedih pulak ni?” khairul memegang kedua-dua belah bahu isterinya itu. Ira Shazira cuba melepaskan diri.

“takde pape la. Oklah saya naik dulu.” Dia berpaling dan terus berjalan. Khairul hanya menjadi pemerhati.

Beberapa langkah dia bergerak,ira Shazira menoleh kembali kebelakang. Cuba mencari wajah Khairul. Khairul masih setia memandang isterinya itu. Mata mereka bersatu.Senyuman menjadi perantara.Dikerling jam ditangan.

“anyway..happy birthday. May ALLAH bless you..suamiku!”

dia meluahkan ucapan itu dengan senyuman manis. Namun, perkataan yang terakhir itu hanya bergema didalam hatinya sahaja. Khairul membalas senyuman isterinya itu.

“thanks sayang..pergilah naik.. jangan lupa apa yang mama cakap hari tu.Study elok-elok. Take care. Abang sayang Ira.”

Ira shazira melangkah meninggalkan court tennis itu sambil diperhatikan oleh sepasang mata redup milik seorang lelaki yang terlalu menyayangi dirinya. Hanya dia yang tidak menyedari akan kenyataan tersebut.

Didalam hati lelaki itu, sedikit sebanyak terpahat perasaan syukur. Sudah ada perubahan positif yang ditunjukkan oleh gadis pujaannya. Jika sebelum ini begitu sukar untuk dia mendengar suara lunak itu. Tetapi malam ini, walaupun tidak banyak,tapi sudah cukup untuk mengubat hatinya. Dia bersyukur kepada yang Maha Esa. Semoga cintanya terbalas. Itu yang harapannya.


Telah ku siapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

* :
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai denagn kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteri ku

( Ulang Rangkap * )

3 comments:

cida said...

haa..yg ni bru pnjg sket...
hahahahaha....lawak2..ni la yg plg kelakar tw...kahkahkah...

tp part yg last tu, mmg romantik...

cida said...

haa..yg ni bru pnjg sket...
hahahahaha....lawak2..ni la yg plg kelakar tw...kahkahkah...

tp part yg last tu, mmg romantik...

cida said...

haa..yg ni bru pnjg sket...
hahahahaha....lawak2..ni la yg plg kelakar tw...kahkahkah...

tp part yg last tu, mmg romantik...