aku ingin BERKATA bukan MERAPU

selamat datang.

tq pade sape yang sudi melawat. and tq jugak pade sape yang sudi same-same merapu.

xpe..rapukan je ape-ape yang anda rase nak rapu.

ape entah aku merapu nih...hemm..ok lah..pendek kate..anda bebas komen ape-ape disini.

=)

=)

komen la skali. Komen anda banyak membantu untuk daku meng-imprvkan skill yang tak seberapa nih.

Saya ada gaya baru,setiap entry baru EVK akan ada lagu tema tersendiri. So kalau nak lebih feeeeelll..boleh dengar sambil baca..okeh...semoga terhibur =)

SENYUMLAH UNTUKKU SAYANG ==) 15 DIS

EVK 24 ==) 19DIS

EVK 25 ==) 22 DIS

EVK 26 ==) 24 DIS

EVK 27 ==) 29 DIS





Thursday, September 16, 2010

EGOKU vs KASIHNYA 22





Dengan langkah yang teratur dia menuju ke restoran Laksa Shake. Meja yang paling depan menjadi pilihannya. Disebabkan masih awal lagi,bolehla dia mengisi masanya melihat-lihat ragam manusia diruang legar berhadapan restorant itu.


Pelayan restoran muncul dan segelas jus oren menjadi pilihannya.
Pandangan matanya ditala jauh kehadapan. Dari dalam restoran dapat dilihat beberapa orang sedang khusyuk memilih flavour donat di Big Apple.


Tiba-tiba memori lama dia bersama Khusyairi berlegar diruang minda. Khusyairi tidak pernah lupa tentang kegemarannya itu. Setiap kali mereka bertemu,tentu lelaki itu akan membelikannya sekotak besar Big Apple.


Pernah juga dihantar kekolej. Bila ditanya kenapa beli,tentu saja jawapannya “saja nak buat amal” dan aku hanya akan ketawa mendengar jawapannya itu.


Tapi kini,lelaki itu sudah jauh dari dirinya. Namun memori itu amat sukar untuk dipadam. Benarkah kata orang luka cinta itu amat susah untuk diubati?

Terluka kah aku?

Benarkah aku juga mengalami simptom orang-orang yang kecundang dengan cinta?
Sungguh aku keliru dengan perasaan sendiri.

---------------------------------------------------------


Jam dipergelangan tangan sudah menunjukkan pukul 11.20 pagi. Matanya sudah melilau mencari-cari kelibat yang dinanti.


Dicelah-celah orang ramai muncul wajah insan yang sedari tadi ditunggunya. Kedua-duanya melemparkan senyuman. Sekejap saja tubuh itu sudah bersatu dek perasaan rindu.


********

“rindulah kat kau” Ira Shazira bersuara sambil menyedut air orennya tadi. Syida mengangguk mengiyakan kata-kata itu.

Sudah tiga minggu mereka bercuti dan tiga minggu jugalah mereka tidak bertemu. Masing-masing membawa diri untuk menghabiskan cuti mereka.

Syida pulang ke Temerloh dan aku pula hanya menumpang dirumah orang. Syida masih lagi tidak mengetahui status diriku ini. Biarkanlah.

“kau nak jumpa abang aidil pukul berapa ni?” soalan cepumas telah keluar .

Syida dah mula blushing. Geli hati aku melihat riaksinya itu. cute! Patutlah abang aidil macam orang angau syok kat dia. Cuma abang aidil tu je sengal betul,suka kat orang lain tapi macam tunjuk suka kat orang lain. Sampai aku yang terperasan. Nasiblah aku memang tak pernah nak terpaut kat dia. Kalau tak..berebutlah jawabnya.


“Jap lagi. Dekat-dekat nak lunch. Kau teman aku eh..” syida berkata separuh merayu. Aku hanya ketawa sambil menggeleng.


“mana boleh..aku takmau lah kacau daun”


“ala..jomlah.temankan aku.segan lorh”


“cik syida..kau kan dah bercinton dengan dia,buat apa nak segan. Aku ada hal lain lepas ni. Tak boleh lama-lama melepak ni.”


Ye..aku sudah ada tugas baru kini. Masak! Tengah hari ni tak payah masak sebab dia tak balik,tapi aku nak kena pergi cari barang dapur sikit. Im not single?errkk..sangat pahit untuk ditelan.


Hampir pukul 1.30 mereka berpisah. Syida dengan muka malu-malunya membontoti abang Aidil yang sengal itu. Sangatlah jahat diriku ini. Dia senyum sendiri.

Manakala dia membawa diri menuju ke jusco. List barang yang perlu dibeli dikeluarkan dari dompet. Sangat sistematik!


----------------------------------

Ira Shazira mengacau-ngacau gulai lemak didalam periuk . Lauk-lauk lain sudah masak. Cuma tinggal gulai ini sahaja. Jam sudah menunjukkan pukul 6.45 petang.

Khairul masih belum pulang. Hari ini dia ke Melaka. Urusan kerja. Biarkanlah. Aku lagi selesa dia tak ada kat rumah.



“shaz!” tangan yang dihulur untuk mencapai pencuci muka dirak tergantung disitu. Dia telan liur. Suara itu! kini dia dapat merasakan manusia itu sudah berada disebelahnya.


“shaz..” lelaki itu memegang bahu Ira Shazira.


“dont touch me!” lantang dia bersuara.


“sorry..” Khusyairi menarik tangannya kembali. Manakala Ira Shazira pula mengambil peluang untuk menjauhkan diri.


“shaz! Please.wait. dengar dulu i nak cakap.” Khusyairi mengekori gadis dihadapan nya itu.


“apa lagi yang u nak cakap?i tak nak dengar la!”


“shaz! I dengan perempuan tu takde apa-apa pun. I Cuma sayangkan u sorang je.” Ira Shazira tarik senyum sinis.


“sayang?takde apa-apa?hey khusyairi..u jangan ingat u jauh dari i,i tak tahu apa u buat kat sana?hurm?”


“please lah shaz..jangan dengar cakap orang. Perempuan tu yang rapat-rapat dengan i,i sayangkan u. Please..jangan buat i macam ni sayang..”


“stop!jangan pangil i sayang lagi. Jijik i dengar!”


“shaz..jangan macam ni.. i sayangkan u. Sumpah! I memang tak ada apa-apa hubungan dengan Fateha tu.”


“owh..fateha namanya” sinis sahaja nada itu dilontarkan.


“look..kalau u memang tak ada apa-apa hubungan dengan dia,macam mana siap boleh keluar jalan sama-sama lagi?i tak dengar cakap orang la khusyairi. I nampak dengan mata kepala i sendiri,u dengan dia bukan main mesra lagi haritu.” Khusyairi hilang kata-kata. Ira Shazira masih dengan senyum sinisnya.


“im not stupid ok...cukup lah. Lepas ni please la jangan ganggu i lagi.”


“shaz..jangan sayang. I sangat-sangat sayangkan u. Jangan buat keputusan terburu-buru macam ni. I tak ada apa-apa dengan dia. Perasaan i sekadar sahabat je untuk dia. You the only one that i love..please sayang.”



“arghhhhhh” tersentak dia dengan sentuhan yang tidak disangka itu.


“syhhhhh..abang la ni” huh..bagai nak luruh jantung. Dia memandang kebawah. Tangan Khairul kemas di pinggangnya.


“sayang masak apa ni?sedapnya bau.”


Belum sempat dia bersuara untuk memprotes,khairul terlebih dulu menyoalnya.
‘sabarlah hati..kang tak pasal-pasal ada orang mandi dengan kuah gulai...hihhhhh’ Khairul masih lagi selesa menjadikan dirinya sebagai penyandar tak berbayar. Tangan dipinggangnya. Dagu dibahunya.

Rasa macam nak hentak-hentak lepas tu rendam dalam kuah yang panas ni pun ada jugak. Baru dia tau agak nya.


“errmmm..boleh tak lepas?rimas la!”


“ala..pengang sikit pun nak marah. Ni belum pegang lebih-lebih” Ira Shazira memandang Khairul. Khairul hanya tersengeh.


“ok..ok..abang lepas. Tajamnya mataaa..”


“tepilah! Dah la masuk tak bagi salam..selalu bagi orang terkejut”

Ira Shazira sudah menunjukkan muka menyampahnya. Sudahlah dia memang sedia ada panas hati terkenangkan pertemuannya dengan Khusyairi tadi. Ditambah pula dengan perlakuan tak senonoh khairul. Rasa macam nak lempang orang pun ada ni.


“amboi...kita pulak kena marah..abang dah banyak kali bagi salam tau. Ira tu yang mengelamun je,sampai tak perasan suami sendiri dah balik.”


“ah..peduli apa aku” perlahan dia bersuara.


“apa?”


“takde apa-apa lah..” dia terus bergerak keluar setelah menutup api gulai lemak tadi. Khairul hanya memandang dengan keluhan.

------------------------------------------------------------

Khairul Ilham Syah termenung seorang diri di ruang tamu rumahnya. Ira Shazira sudah lama masuk kedalam biliknya. Jam menunjukkan keangka 1,tapi matanya masih belum terasa mengantuk.

Letih memandu dari Melaka tidak mampu melelapkan matanya. Fikirannya kusut memikirkan tentang Ira Shazira.

Sedikit sebanyak terguris juga hati lelakinya dengan tindakan Ira Shazira,namun dia harus bersabar dalam usaha untuk menawan hati wanita itu.

Walaupun wanita itu sudah halal untuknya, namun dia tidak akan melakukan perkara yang tidak diingini oleh wanita tersebut. Tidak dapat dibayangkan bagaimana hancurnya hati ira shazira jika dia melakukan sesuatu keatas diri nya itu tanpa kerelaannya.

Khairul teringat kata-kata sahabatnya yang merangkap rakan sekerjanya tempoh hari.


“Kau suami, kau ada hak.. kalau akulah...” Imran Ithias berkata sambil menghemburkan ketawanya.


“Kau jangan nak lebih-lebih. Tak pernah terlintas kat fikiran aku ni nak buat something yang dia tak rela, mesti dia kecewa kalau aku bertindak macam tu,huh...tak sangup aku.”


Khairul Ilham Syah menangkis kata-kata Imran Ithias itu yang sudah menjadi tempatnya mengadu masalah dan sumber untuknya mendapatkan nasihat. Sejak dari zaman universiti lagi mereka berkenalan. Perkenalan seorang sahabat yang sentiasa saling membantu antara satu sama lain.


Tak mengapalah, jika wanita itu masih belum mampu menerimanya sepenuhnya, dia sanggup menunggu sehingga wanita itu benar-benar boleh menerimanya serrta mengakui sayang dan cintanya terhadapku. Aku pasti masa itu akan tiba suatu hari nanti. insyaALLAH.

Aku masih punya masa untuk menawan hati wanita itu. Akan ku cuba untuk terus mendekatinya.



-----------------------------------------------------------

“sayang..” Ira shazira berpaling. Kelibat Khairul sudah berada disebelahnya.


‘adoiii..lupa lagi nak kunci pintu..hisshh,memang pantang kalau tak kunci je..muncullah dia kat sini’ Malas untuk melayan Khairul,dia kembali menatap keindahan langit diwaktu malam.


“cantikkan malam ni” Ira Shazira buat-buat pekak.


“ira tau tak..dulu abang selalu bayangkan satu hari nanti,abang akan bersantai malam-malam sambil tengok langit dengan orang yang abang cinta...”

Ira Shazira mencuri pandang raut wajah lelaki itu dengan hujung matanya. Dia sedang tersenyum. Tetapi,itu senyuman sinis!


‘huh..aku sedar la siapa aku. Tak perlu la nak berkias-kias.’


“...abang selalu cakap pada diri abang yang abang akan membahagiakan insan yang abang cinta tu. Abang akan jadi bintang untuk dia..abang akan berikan kebahagiaan untuk insan itu..”


“huh..” Ira Shazira mendengus perlahan. Dia bergerak ke pintu. Khairul kerut dahi. Dia belum lagi memulakan ayat madahnya.


“saya nak tidur” tangannya sudah memegang tombol pintu.

Khairul telan liur. Mukanya berubah kelat. Bukannya dia tidak biasa ‘dihalau’ sebegini. Tetapi malam ini,dirasakan perasaannya seperti terguris dengan perlakuan isterinya itu.


“ira..sampai bila kita nak jadi macam ni?”

khairul yang masih lagi kaku disitu bersuara mendatar. Dirasakan dia perlu melakukan sesuatu untuk rumah tangganya ini. Tembok kesabaranya semakin hari semakin goyah. Sampai bila mereka harus lalui hidup yang seperti kepura-puraan itu?


Manakala Ira Shazira pula hanya berwajah seperti orang tidak berperasaan. Dia kusut sebenarnya. Kusut dengan segala macam perasaan dan persoalan. Khairul bergerak menghampiri isterinya itu.


“ira,abang faham situasi ira. tapi sampai bila ira nak berkelakuan macam ni?”


“please lah Khairul..saya nak tidur..”

Sekali lagi Khairul tergamam. Cuping telinganya seakan tidak dapat menerima panggilan namanya itu. hatinya tiba-tiba terasa panas. Dipandangnya segenap wajah Ira Shazira. Wanita itu hanya menunduk.

'Ahh..aku harus keluar dari sini sebelum aku hilang pertimbangan.' Akhirnya dia melangkah keluar dari kamar itu.


“khairul..” ira shazira bersuara perlahan. Lelaki itu berhenti beberapa tapak diluar kawasan bilik tanpa berpaling.


“lusa mama dengan abah balik..”


“...kalau boleh,saya nak ikut diorang balik perak...nak habiskan cuti kat sana” Khairul membatu disitu.


Suasana sunyi seketika.


“selamat malam” ira shazira kembali bersuara.


Perlahan-lahan kedengaran pintu ditutup. Khairul berpaling. Dan hanya pintu kayu yang menjamah pandangan matanya. Dia bungkam disitu. Haruskah dia memberi keizinan? Mungkinkah gadis itu akan semakin jauh darinya jika dia mengizinkan?Arghhhh!!



--------- Yang Sempurnakanku----------

Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harungi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakanku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu



p/s: cuti ni saya sempat buat beberapa bab,tapi saya letak satu-satu dulu yer .Sayang korang. thanks sebab sudi bg support kt saya yang macam chipsmore nih.
Selamat hari raya maaf zahir dan batin :)

20 comments:

Hafia Hana said...

bila la nk ada perubahan...
dh boring ngan cara idup diorang ni!!!!
hope writer can do sumthing for dat!!!

Cik Miza said...

nak lagi..nak lagi...

Anonymous said...

novel ni penah baca kot kat penulisan2u dulu2 pastu dah lupa dah jalan ceritanya ;)

now x sempat nak baca. mebi nak tamat baru start baca dr bab1 :)

Anonymous said...

ala best tau cte ni cpt la post lg

Anonymous said...

cepat lah post lg sambungan... kesian bangat sama itu husband...

Anonymous said...

buy tramadol online can you buy tramadol over the counter - tramadol hcl canine

Anonymous said...

xanax online safe place to buy xanax online - xanax drug screen detection

Anonymous said...

xanax online upjohn generic xanax - xanax drug class pregnancy

Anonymous said...

carisoprodol no prescription carisoprodol for migraines - soma carisoprodol 350

Anonymous said...

cheap tramadol online tramadol 50mg tablets what is it used for - tramadol hcl liver damage

Anonymous said...

buy cialis online cialis under tongue - cialis what does it do

Anonymous said...

buy tramadol online buy tramadol 100mg online - buy tramadol online with paypal

Anonymous said...

buy tramadol online buy tramadol usa pharmacy - tramadol erowid

Anonymous said...

xanax online cheap xanax overnight - signs of drug abuse xanax

Anonymous said...

buy cialis online cheap cialis nz - buy cialis paypal payment

Anonymous said...

buy cheap xanax xanax order no prescription - xanax overdose grams

Anonymous said...

buy cialis usa cialis time to work - generic cialis vs cialis

Anonymous said...

buy tramadol 4 50 mg tramadol - buy tramadol for dogs usa

Anonymous said...

http://landvoicelearning.com/#51438 legal buy tramadol online us - tramadol hydrochloride online

Anonymous said...

buy tramadol online buy tramadol legally - tramadol no prescription pharmacy