aku ingin BERKATA bukan MERAPU

selamat datang.

tq pade sape yang sudi melawat. and tq jugak pade sape yang sudi same-same merapu.

xpe..rapukan je ape-ape yang anda rase nak rapu.

ape entah aku merapu nih...hemm..ok lah..pendek kate..anda bebas komen ape-ape disini.

=)

=)

komen la skali. Komen anda banyak membantu untuk daku meng-imprvkan skill yang tak seberapa nih.

Saya ada gaya baru,setiap entry baru EVK akan ada lagu tema tersendiri. So kalau nak lebih feeeeelll..boleh dengar sambil baca..okeh...semoga terhibur =)

SENYUMLAH UNTUKKU SAYANG ==) 15 DIS

EVK 24 ==) 19DIS

EVK 25 ==) 22 DIS

EVK 26 ==) 24 DIS

EVK 27 ==) 29 DIS





Thursday, August 6, 2009

EGOKU vs KASIHNYA 11

Dia tiba di dewan kuliah tepat pukul 9.05,nasib baik prof Karim tak masuk lagi, kalo tak sia-sia je aku kena halau keluar. Melangkah je pintu DK, aku dah nampak diorang melambai-lambai.

“shaz,tadi tu sepupu kau ek?”miah dah senyum-senyum.
“hurm”ringkas dan padat yer penipuan itu.
“nama ape?kerja ape? And..umur dia?” giliran fatin pulak menyoal.
“haahlah shaz..nak jugak tau..cowok gantang macam tu...uish..boleh cair beb..lesung pipit dipipi,tinggi,dah tu..mesti selalu pergi gym dia tu..nak berkenalanlah.”dayah pulak dah menunjukkan niatnya.

Pandai ek diorang ni..patutlah sanggup berdiri semata-mata nak suruh aku masuk ketengah,rupa-rupanya ada udang disebalik bee hoon. Bila aku duduk kat tengah-tengah, bolehlah kelima-lima spesis homosephian ni buat soal selidik pada aku...sungguh bijak.
“betul..betul..betul..teringin jugak kitaorang ni nak tahu siapakah gerangan mamat hensem ala-ala muka hero dalam cerita zettai kareshi tu,kot lah belum ade yang punya..boleh kami isi borang” fatin dah senyum-senyum kambing..eh,kambing lagi lawa kot.
“haah la fatin..betul cakap kau,baru aku teringat..muka dia ala-ala hero tu...err..ape ek name dia dalam citer tu..?”
“...tenjo night..”shida yang dari tadi diam tiba-tiba mencelah,aku pandang dia,dia malu-malu pulak..mane makcik ni tau ni?kenape aku tak tau ape-ape pun?
“shaz!!kenape senyap ni?jawab la..banyak lagi ni soalan nak tanya”

hehehe..diorang dah hilang sabar..telah ku katakan...aku lagi bijak..hahaha..uih?..penyelamatku sudah menjelma!! Kelas bertukar senyap serta merta bila kelibat prof Karim muncul tepat pukul 9.15...waaah..bukan main lambat lagi lecturer aku nih..nasib baik belum lebih 15minit..kalo tak..dah lama aku keluar..alasan nya kerna lecturer lambat lebih 15 minit...huwahuwahuwa.


Ira Shazira tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada prof Karim. Fikirannya tidak tenteram..macam-macam..semuanya bercampur aduk..pasal khairul,pasal ibu,kawan-kawan lagi..permintaan khairul..semualah..malu satu hal..


Dirasakan terlalu lama untuk mereka (dia dan khairul) sampai ke fakulti. Dalam pada menanti dengan penuh debar..tiba-tiba khairul bersuara..
“kenapa tak penah jawab kalo saya call?” hek??zaman bila dia call aku?aku buat muka compius..
“..mesage pun tak balas..” bunyi macam merajuk pun ade...hek eleh..ape kes la pakcik ni nak merajuk-merajuk ni..lantak la..tak kuasa aku nak layan..pergilah suruh awek ko pujuk.
“penat taip masage,tapi orang tu tak balas pun..” lorh..pulak dah..ni yang boleh buat aku tukar nama ni..pelik bin ajaib..sejak bila pulak la dia ni penah call aku?bukan setakat call..sekelumit masage pun tak kunjung tiba..macam mana aku nak ingat pasal dia..memang patut pun aku lupa..hehehe..
“kenape?lawak sangat ke?” oppss..
“ehem..err..tak de pun...”
“..ape yang takde?” ish..tulah!aku belum habis bagi ucapan lagi..dah potong..ha.. kau tekalah sendiri!! Malas dah aku nak sambung!suasana kembali senyap.
“kenape?” dia menyoal kembali. Heee..geramnya aku!!
“bila masanya awak antar mesage?entah nyonya mane entah dapat mesage tu..lepas tu nak tanya-tanya orang pulak!pergilah tanya nyonya tu” dia sudah hilang sabarnya yang sememangnya sudah tiada sabar buat lelaki itu.
“ha?tak dapat?” eh..dia pulak buat nada compius..tapi yang peliknya..muka ada senyum..dia ni nak main-mainkan aku ker?tapi bagi khairul pula..hahaha..bukan calang-calang ni...hem..tapi,akhirnya boleh jugak dengar dia ni cakap panjang-panjang sikit,kalo tak..hurm..paham-paham je lah.

Khairul mengeluarkan hensetnya...ira shazira mencapai hensetnya juga bila ade getaran menandakan ade orang yang call
“orang misteri?!” opss..terkuatlah pulak..
tiba-tiba kereta dibrek..mengejut la jugak..taulah dah sampai,tapi..tak perlu kot brek kuat-kuat..ker nak suruh aku terhumban terus keluar?
“letak nama orang misteri?”khairul bertanya seakan terkejut. Lorh..nyebok jelah pakcik ni..
“sibuk kenape?” walaupun perlahan,tapi masih mampu didengar oleh khairul..
“menyebuk awak kata?ade ker orang save nombor telepon suami sendiri sebagai ‘orang misteri?” sedikit nada tegas disitu..
HAH?dia ke manusia misteri tu? Haah..aku mane pernah save no dia..first and the last aku cakap dengan dia kat telepon pun masa jumpe mp4 dulu...huhuh.. aku nak buat ape ni?baik aku blah sekarang
“err..tt..terima..kasih” malunya..pecut!!...dia tidak langgsung memandang kebelakang..
“penat konon taip masage..piiirah...!! apa ayat paling panjang dia hantar..’sihat ke?’...ee..tolonglah..geli ketiak aku dengar”
Sementara itu..khairul hanya tersenyum memandang ira shazira dari dalam kereta..
“pucat..” boleh pulak letak nama aku orang misteri..patutlah tak angkat kalo aku call..ceh..kalo letak name aku pun,dia angkat ke? Hurm...entahlah..


Hari yang sungguh memenatkan..kelas sampai pukul 7 hari ni..satu hari aku tak tengok bilik,katil dan bantal-bantalku..oh my dear..hehe..dia memanjakan diri diatas tilam lembik milik kolejnya..huh..setelah bersauna di shower,juga milik kolejnya. Baring-baring..golek-golek sikit..nasib baik takde assgnment nak hantar esok,boleh la rehat-rehat. Tiba-tiba dia teringat kata-kata khairul...

“saya dah dapat rumah dekat-dekat area sini...jadi..saya nak awak pindah sana”

Tiba-tiba dia terasa sesak nafas bila kata-kata khairul seakan berlegar-legar didalam kepalanya.
“hish..tak boleh jadi..tak boleh jadi ni..” dia bangun dan menuju kemeja studynya. Dicapai pen dan kertas A4..
‘ALASAN UNTUK AKU TIDAK PINDAH’

Ape alasanya ek? Ha..aku dah bayar yuran kolej..heheh..
komitment untuk kolej lagi..yuhuhuuu..lagi..
aku masih muda,perlukan kebebasan..

“tapi..ibu dah bising dengan situasi kita”
ibu?!?!?! tiba-tiba dia teringat akan ibu mentuanya..kejamnya aku ni.

“assalamualaikum..”
“waalaikummussalam..yer?” suara lelaki dihujung talian sana.
“ayah..ira ni..err..ayah sihat?” sungguh berhati-hati dia menutur kata..takut hati tua akan terguris.
“owh ira..sihat nak,alhamdulillah..ira sihat?”ceria suara itu mengungkap kata.
“ira pun sihat ayah..ayah..”
“yer nak?”
“ibu macam mana?ibu sihat?”itu soalan yang ingin ditanya sebenarnya.
“alhamdulillah..ibu nampaknya kembali bersemangat,nampak dia berusaha untuk melawan penyakit tu..ira nak cakap dengan ibu?” ira shazira tersenyum.
“nak..tapi,ira tak ganggu ibu ke nanti,ayah?”
“tak delah..ibu memang nak sangat cakap dengan ira..nanti yer” sedih dia mendengar kata-kata ayah mentuanya itu..

agak lama juga dia berbual dengan ibu mentuanya. Sedih meresapi jiwanya bila mendengar gembira sungguh orang tua itu bila dapat berbual dengannya..macam-macam yang diceritakan,persis mamanya.

Setelah menamatkan perbualan dengan ibu mentuanya..dia sedih,menyesal,tertekan dan buntu..rasa ingin menangis pun ada. Dicapainya henset.. name-name mp4 menjadi sasaran..merekalah tempat aku mengadu dan meluahkan segalanya..aku rindukan korang..first step..miscall.. tak sampai 1minit..masage dah menerjah masuk dalam inboxku..

poyah.. ‘awat wey?’
lepas tu ilya pulak.. ‘awat?’

aku tersengeh..diorang memang macam ni..asal miscall je..mesti ade msg yang menyusul..dah jadi trend kitorang..mungkin sebab tu jugak la persahabatan kitorang masih kukuh walaupun berjauhan.
Ifa je tak kunjung tiba lagi..mungkin takde kredit kot.


~ ‘dia datang jumpe aku tadi’ itu yang aku balas..

‘siaper?’
~ ‘khairul’

‘khairul?khairul mana ni?’poyah dah pelik..
‘saper khairul tu?aku kenal ke?’ilya pulak membalas..

aku nak jawab macam mane ni?hurm...

~ ‘err..khairul ilham syah’

‘hah?LAKI ko ker?’ ilya dah terkezut..
‘owh..ilham..suami ko tu?kenape?’


ceh..ilham?manjenya bunyi..geli aku..nak kena poyah ni.. bila aku mendiamkan diri..diorang call..hehehe..ilya call dulu..bila dia tanya-tanya baru aku cerita..sebenarnya aku sangat-sangat memerlukan tempat untuk meluahkan perasaan dikale ini..aku tak mampu lagi nak bagi tahu pada shida dan mali pasal ni..aku takut..

hanya mp4lah tempat aku miminta nasihat dan kekuatan..actually kami memang saling memerlukan..aku saaayang korang..at least kuranglah sikit keributan dihati..dengar pandangan dari poyah n ilya..esok mesti plus kate-kate ifa pulak..uh..

No comments: