aku ingin BERKATA bukan MERAPU

selamat datang.

tq pade sape yang sudi melawat. and tq jugak pade sape yang sudi same-same merapu.

xpe..rapukan je ape-ape yang anda rase nak rapu.

ape entah aku merapu nih...hemm..ok lah..pendek kate..anda bebas komen ape-ape disini.

=)

=)

komen la skali. Komen anda banyak membantu untuk daku meng-imprvkan skill yang tak seberapa nih.

Saya ada gaya baru,setiap entry baru EVK akan ada lagu tema tersendiri. So kalau nak lebih feeeeelll..boleh dengar sambil baca..okeh...semoga terhibur =)

SENYUMLAH UNTUKKU SAYANG ==) 15 DIS

EVK 24 ==) 19DIS

EVK 25 ==) 22 DIS

EVK 26 ==) 24 DIS

EVK 27 ==) 29 DIS





Sunday, January 10, 2010

ALIYA NATASYA 3

“Hai Aidid” Zetty dengan lemah lembutnya cuba menunjukkan keayuannya.

“Err..maaf encik Aidid..”

“its ok. Awak boleh keluar dulu”

Aidid memandang muka setiausahanya yang nyata serba salah kerana tidak dapat menahan Zetty dari membuat kacau di pejabatnya itu.

Zetty memandang sinis setiausaha Aidid itu, ‘macamlah tak biasa’ getus hatinya.
Aidid kemudian menyambung semula kerjanya yang terganggu tadi. Seperti tiada apa-apa yang berlaku.

==============================

Datin Zaleha meletakkan ganggang telefon. Tersenyum seketika.

“mak..! kenape senyum sorang-sorang ni? buah hati telefon ek?”

Tersentak Datin Zaleha dengan sergahan anak terunanya itu. Tangan dilurutkan kedada, kus semangat.

“bertuah punya anak..nasib baik mak takde sakit jantung tau.”Marah Datin Zaleha. Anaknya itu hanya tersengeh.

“alah,sebab Irfan tahu mak takde sakit jantung la Irfan berani buat..”
dia bergerak kesofa. Perlahan-lahan kaki kanannya itu mendarat dikaki sofa.

“yelah tu.. macam lah mak tak kenal perangai kamu tu. Suka sangat menyakat orang”

“siape telefon tadi?”

Dia baru teringat yang emaknya tadi ada bercakap dengan seseorang di telefon. Tangannya ligat menekan punat remote control televisyen.

“Liya”

“Liya? Kenapa?”


Datin Zaleha tidak ambik peduli persoalan anaknya itu. Dia bergerak kedapur. Berfikir-fikir makanan apakah yang ingin dimasak untuk tengah hari ini.

“mak... kenapa Liya telefon?”

Irfan yang masih tidak berapa betul jalannya mengekor dari belakang. Tidak puas hati selagi emaknya itu tidak memberikan jawapan kepada soalannya tadi. Diperhati perbuatan emaknya itu.
Dikeluarnya sayur sawi,bayam,ikan bawal, ikan keli, ketam,ayam.

“Mak nak buat kenduri ke ni?”

“saje je..alah kamu ni,mak kan memang suka memasak..”

Datin Zaleha sudah memulakan tugasnya. Tangannya ligat memotong sayur. Malas untuk terus berada didapur, Irfan bergerak untuk keruang tamu.



“Liya nak datang satgi” Irfan berhenti melangkah. Ditoleh kebelakang.

“Liya nak datang? Betul ke mak?”

“iyalah. Takkan mak nak tipu pulak” Irfan sudah tersenyum.

Yes! Liya nak datang. Lama tak jumpa dia. Dia kemudian bergegas naik kebiliknya. Tidak sabar rasanya untuk bertemu sepupunya itu.

=====================

“Aidid! You ni kenapa? Tak nampak ke i ada kat depan you ni?”

Zetty sudah hilang sabarnya. Aksi selambernya sudah habis. Sudah tidak mampu untuk berlagak menerima tindakan Aidid yang buat tidak endah terhadapnya. Sedangkan dirinya sudah hampir setengah jam terconggok dihadapan lelaki itu.

“owh..ada orang rupanya. Ingatkan i sorang je dalam bilik ni.”

‘ambik kau perempuan. Siapa suruh menggedik sangat datang mengganggu ketenteraman aku.’ Zetty mendengus kasar.

“you kalau tak suka i datang sini,cakap je lah..tak payah nak buat i jadi patung bernyawa kat sini!”

Bentak Zetty sambil menyilang tangan ke dada. Aidid memandang wanita itu. dia tersenyum sinis.

“hoi perempuan! Aku tak pernah bagitahu kau ek? Rasanya dah berbuih mulut aku ni ulang benda yang sama.”

Aidid meninggikan suaranya. Sekali lagi Zetty mendengus. Tidak puas hati dengan kata-kata Aidid itu.

“so now,p erlu ke i tunjukkan you dimana letaknya pintu keluar?”

Nadanya sudah mengendur tetapi cukup tajam maksudnya. Zetty masih lagi berpeluk tubuh. Tiada langsung tanda-tanda untuk dia bergerak mencari pintu keluar.

“You tunggu apa lagi?get out!! Perempuan tak sedar diri!” Aidid menempik kuat sambil tangannya menunjuk ke arah pintu.

Zetty sedikit pun tidak takut, malah dia masih sempat lagi membelek-belek replika kapal terbang diatas meja Aidid. Aidid pula yang semakin membara dengan riaksi bersahaja Zetty itu.

“You jangan tunggu sampai i heret you keluar dari bilik ni Zetty! Tak faham or you dah pekak?”

Zetty mendongak memandang Aidid yang sudah berdiri. Dihadiahkan senyuman manis buat Aidid. Dia bergerak menghampiri Aidid. Aidid hanya memerhati gerak geri Zetty itu.


“oklah Aidid. I balik dulu. You jaga diri elok-elok tau. Jangan nakal-nakal... nanti I datang lagi.”

Tangannya melurut lembut pipi Aidid. Kemudian beralih pula ke collar baju lelaki itu. Tangannya menepis lembut, seakan membuang kekotoran pada baju itu. Disentuh pula tie . Dibetul-betulkan kedudukan tie tersebut.

Aidid masih membatu memerhati tindakan Zetty itu dengan seribu satu perasaan meluat. Bau perfume Black dari Bvlgari salah satu perfume yang digelar sebagai supreme exponent of the metropolitan concept membuatkan rongga hidungnya sesak!

“ok. See you soon.”
Zetty membisikkan kata-kata itu ketelinga Aidid lalu bergerak menuju kepintu.


Sebelum dia menutup pintu, Zetty menoleh lagi memandang Aidid didalam yang sudah duduk semula dikerusinya.

“Bye sayaaannnggg...muuuaahh!”

Zetty menghadiahkan flying kissnya khas buat jejaka didalam bilik itu. Setiausaha Aidid yang memandang dari mejanya mencebik. Meluat dengan perangai gedik wanita itu. Sudahlah pakaian macam orang miskin, macam lah tak cukup duit nak beli kain. ‘berlubang’ sana, ‘berlubang’ sini. Geli aku tengok.

Konon lawa la tu. Konon dia seoranglah tu ada aset macam tu? Dah tu,rambutnya macam-macam warna. Banyak betul ‘BUNCHO’ dekat rumah dia ek. Jangan sampai satu hari dia datang dengan ‘pelangi’ atas kepala sudah. Heee..macam ini punya orang pun ada ka?ayoyaaii


============================


“Liya ganggu makcik ke ni?”

Aliya menapak masuk keruang tamu rumah dua tingkat milik bapa saudaranya. Datin Zaleha disebelah tersenyum.

“apa yang mengganggunya. Makcik lagi suka Liya datang. Ada la jugak orang nak temankan makcik berbual.”

Mereka terus bergerak kedapur. Aliya meletakkan buah tangan yang dibelinya tadi diatas meja. Dia kemudian menarik kerusi meja makan lantas duduk disebelah ibu saudaranya itu.

“pakcik mana?”

“pakcik kamu tu, kalau tak hujung minggu memang sibuk dengan pejabat dia. Bila hujung minggu pulak sibuk la dia dengan aktiviti lain. Main golf la, memancing la. Macam-macam..” keluh datin Zaleha sambil menuang air teh kedalam cawan.

“minum Liya.”

“hmm..ni kuih tiga alam ni, makcik buat ke?” dia menjamah kuih 3warna itu.

“haah..makanlah. makcik tau Liya dah lama tak makan kuih yang umie Liya buatkan?” Aliya hanya mengangguk.


“eh..Irfan mana makcik?senyap je.keluar ke?” Aliya baru teringatkan sepupunya itu.

“Ada... ha, tu. Panjang umur anak mak nih.” Aliya menoleh kebelakang. Dilihatnya Irfan yang sedang tersenyum berjalan senget-senget mendekati mereka.

“eh eh..hensemnya anak mak ni..amboi..bukan main lagi ye?” Datin Zaleha baru perasan perubahan pada raut wajah anak terunanya itu.

“apanya mak? Irfan memang lah hensem. Mak je yang lambat nak ngaku..” dia tersengeh sambil mengenyit mata pada emaknya itu.

Takot terkantoi depan Liya,malu! Yelah, sejak menjadi penunggu setia banglo mak ayahnya itu, dia jarang menguruskan dirinya. kumis yang sudah panjang berselerak tidak dipedulinya.

Macam mamat bangla jual karpet pun ada juga. Memang terlalu serabai ,jauh sungguh jika hendak dibandinggkan dengan penampilan sebenarnya. Bila ditegur ibunya,ada sahaja jawapan yang diberi. Tapi,bila dapat tahu yang Aliya nak datang, cepat-cepat dia ‘memperkemaskan’ diri.


“macam mane?dah ok?”

Aliya yang hanya menjadi pendengar kepada dua beranak itu bersuara. Irfan yang sudah melabuhkan punggungnya diatas kerusi dihadapan Aliya tersenyum .

“oh..ok..orang kuat..mesti la ok”

“haah..orang kuat. Tu yang bawak kereta pun dah tak peduli apa, orang kuat la katakan..” emaknya pula mencelah. Irfan hanya tersengeh.

‘kan dah kena’. Aliya pula tersenyum memandang Irfan sambil mengangkat tangan menunjukkan tanda

‘bagusssss’ atau lebih tepat lagi, ‘padan dengan muka’.

Irfan mengetap bibir. Pandangan matanya yang menikam mata Aliya jelas menyatakan ‘owh..gelakkan aku ek.Tak apa..siap la..’

Aliya masih lagi tersenyum sinis memandang Irfan. Kini mereka berinteraksi menggunakan isyarat mata.
Yelah,datin Zaleha masih berada diantara mereka. Kelakuan kena la nampak sopan sikit. Nanti tak pasal- pasal kena ‘sembur’ dengan peluru berpandu wanita itu.


“Jom Liya, Irfan nak tunjuk something. Mak..Irfan pinjam Liya kejap ek..”

Matanya masih tertancap pada mata bundar milik Aliya. Ada agenda yang sudah diaturnya. ‘mesti nak kenakan aku nih’ Aliya mencebik sambil menghantar isyarat ‘takmau terkena dengan tektikmu itu!’

“ikut kamulah..”

Datin Zaleha bergerak kesingki. Faham benar dia dengan perangai mereka berdua itu kalau dah bertemu.

“eh..takmau lah.. makcik masak apa nih? Biar Liya tolang ye?” Aliya sudah bergerak menyaingi ibu saudaranya itu.

“tak payah. Bukannya banyak pun kerjanya. Liya pergi lah duduk-duduk kat luar tu. Lagi pun tinggal nak goreng sayur je ni.” Aliya senyum sendiri.

“ha..ape lagi cik Aliya Natasya oi..mari lah kita bergerak. Jom!”
Irfan menarik lengan Aliya. Nak tak nak, Aliya terpaksa juga mengikut langkah lelaki itu.

============================

Irfan kerut dahi. Aliya pula sengeh-sengeh angkat kening.

‘confirm kena punya lah’.

Tangan kiri didepangkan. Jari kelingking pula dibengkokkan sedikit rapat ke lantai,sebagai ‘dinding’ lah konon.
Tangan kanan pula sudah bersedia untuk menembak. Aliya semakin melebarkan sengehannya. Sengaja dihembus-hembus kearah yang ditarget Irfan.

“hoi!mulut tu..jangan nak main trick pulak”. Aliya tarik muncung. Konon-konon merajuk.

“mintak-mintak tak bergerak...fuh!!” Irfan membuat jampi serapahnya. Aliya kembali menumpukan perhatiannya kepada Irfan.


Ketinggg!!

“yes!kena!!!! dah..dah...habis!! Liya pulak” Aliya tersenyum puas dengan gerakan kurang cantik yang dilakukan Irfan.

“nah..jalan..kejap je tu..saja bagi chance..” dia meletakkan 5 biji penutup botol itu dihadapan Aliya sambil menunjukkan muka ‘baget’ hero. Aliya mencebik ,

“tak puas hati lah tu”.

Rambut yang terjurai kedahi ditolak kebelakang,tidak mahu mengganggu konsentrasi. Tangannya ligat melambung tutup botol itu dan cepat juga dia menimbangkan kelima-lima tutup botol tersebut.

“Yes!” sengaja ingin menyakitkan hati Irfan. Kemudian tiba pula giliran untuk ‘memutarkan’nya.


“Tipu!..tipu...oi..oik..ape kes nih..” Irfan medepangkan tangannya menghalang Aliya dari meneruskan langkah seterusnya.

“ape pulak tipunya” Aliya sudah geram dengan mulut Irfan yang suka mencelah,menyebok,cebok,gayung semualah.

Suka hati dia nak tuduh orang main tipu. Ingat orang ni macam dia, kaki penipu padanlah dengan kaki ‘kengkang’ dia sekarang ni.

“Habis tu..kenapa yang merah tu ada kat situ?tadi bukan ada kat sini ke?” Irfan menunjuk-nunjuk tempat yang dimaksudkan, sungguh tidak puas hati.

“mane ade..tepilah. Irfan!” Menjerit Aliya apabila Irfan mengaut baki 3 biji lagi tutup botol yang belum sempat di’attack’nya.

“Irfaannnnn!!”

Sekali lagi namanya dilaung. Tetapi kali ini,bukan dari mulut Aliya.

‘alamak!mak datin dah keluar la.’

Irfan yang tidak jadi meneruskan ‘larian pas tudung botol’ versi seret kaki itu terkaku seketika. Cuba mempersiapkan keadaan telinganya. ‘

sabar wahai telinga,kejap je tu..’ .


“dah besar panjang dah dua-dua. Tapi perangai,tak ubah macam budak tadika. Terkejar-kejar,terjerit-jerit...” Irfan sengeh menunjukkan gigi.

Manakala Aliya hanya menikus dihujung dinding. ‘malunya, kantoi dengan makcik!’

“yang kamu asyik buli si Liya tu kenapa?kalau Liya tak datang sibuk tanya. Bila dah datang,kamu pulak yang buli dia.”

Kini giliran Aliya pula tersengeh. Orang dapat pembelaan,mestilah suka. Macam biasa lah,mesti ibu saudaranya itu akan membela dirinya. Dari kecil sampailah sekarang.

“mana ada..Liya yang buli Irfan dulu..”

Dia cuba menagih simpati yang sememangnya takkan luruh buatnya. Muka kesian ala-ala muka orang kena jual tapi tak laku mula dipraktikkan oleh Irfan. Sungguh burok!

Dengan kening sudah bertukar bentuk ‘V’ terbalik. Hidung kembang kempis. Mulutnya dimuncungkan dalam lebih kurang 4 depa. Dengan mata yang bercahaya, mata je ok..sebab mata dia memang lawa. Kritik Aliya dari tepi dinding.

“yelah tu..macamlah mak tak tahu. Asal jumpa je..adelah agenda kamu pasang.”

“dah tu..nak tunggu mak yang buli Liya,tak jugak jadinya. So,Irfan ambik la peluang yang ada ni..”

‘wah..wah..cakap tak sayang telinga betullah Irfan ni.’

“sudah. Tak reti malu betullah kamu berdua ni. Main permainan kalah budak sekolah taska. Umur sorang-sorang dah layak ada anak. Nanti,kalau dah ada anak,perangai macam ni lagi..tak membesar budak tu agaknya.Pening. Taktau mana nak ikut.”

Irfan sengeh lagi. Macam biasalah. Input yang sama walaupun ayat berlainan. Confirm past kalau ambik exam subjek ni. Subjek ‘tips-tips menjadi matang khas dari Datin...dabedabedooooo’.

Malas mahu melayan muka kesian Irfan,Datin Zaleha bergerak masuk ke ruang tamu meninggalkan mereka berdua diluar. Kelihatan tergeling-geling kepala wanita itu. Pening dengan perangai mereka berdua yang sedikit tidak dapat dijangka.

Namun kadang kala sifat itulah yang membuahkan tawa dibibirnya. Irfan akan jadi lebih drastik jika Aliya bersamanya. Suka benar dia menyakat gadis itu.



Masing-masing sudah menahan tawa sambil memerhati kelibat Datin Zaleha menghilang.

“huh..akhirnya. dapat jugak!...” Aliya memandang Irfan. Tidak mengerti dengan kata-kata lelaki itu.

“..dapat jugak dengar mak berleter..hihihi” dia seakan faham dengan pandagan Aliya, lalu menyambung ayatnya yang terputus tadi.

Aliya buat dahi berlapis. Pelik. Geram. Blurr. Tak faham. Sakit hati. Semua nya dicampur menjadi bubur.

Dipandangnya muka Irfan yang sudah kembali menjadi ‘hamba merdeka’ itu. Irfan yang masih tersenyum sambil melambung-lambung baki 3 biji penutup botol tadi terdiam.

Aliya memandangnya. Dibalas juga pandangan mata Aliya itu. Lama mereka bertentangan. Masing masing mendiamkan diri.



IRFAN:
'keningnya... lawa terbentuk. Matanya.. alahai, redupnya. Rambut dia.. emm.. harum. telinganya... comey. Pipinya...ish, geramnya! Mulut dia..cute! hidung dia....’


ALIYA:
Geramnya dia nih. Tapi comey jugak perangai tu. Walaupun selalu aku dibuli. Bolehla. Boleh la bagi aku gelak. Memang kalau nak cari ubat ceria,datang jumpa Encik Irfan Kholis Izaha Bin Dato’ Kamal.


‘…hidung dia..hmmm..’
“..berapa lama dah tak korak idung nih?” hidung comel itu menjadi sasaran tangannya.

“aaauuuwww…sakit lah!!” terus matanya berkelip.

“yes!kalah”

Aliya tarik muka sedepa. Kalah lagi. Tadi main lawan pemadam kalah. Main tudung botol,kena sabotaj. Ni main lawan mata pun kena jugak

“tak aciiiiiiii”

“kat kedai”

Irfan berlalu meninggalkan Aliya dengan kemenangan bergaya keatas Aliya. Dia tersenyum sumbing. Seronok dapat mengusik Aliya. Aliya hanya memerhati ‘Irfan senget’ itu.

“hoi!! mamat senget!jom lawan lagi. Kita main Jutaria pulak.”

Aliya menguatkan volume suaranya. Berharap Irfan akan mendengar. Irfan masih lagi berjalan. Aliay hanya memerhati.


5saat.
10 saat.

Aliya tersenyum apabila melihat Irfan mengangkat tangan mengisyaratkan ‘OK’ walaupun tanpa berpaling.

‘Siap dia. Confirm aku menang!’

No comments: