aku ingin BERKATA bukan MERAPU

selamat datang.

tq pade sape yang sudi melawat. and tq jugak pade sape yang sudi same-same merapu.

xpe..rapukan je ape-ape yang anda rase nak rapu.

ape entah aku merapu nih...hemm..ok lah..pendek kate..anda bebas komen ape-ape disini.

=)

=)

komen la skali. Komen anda banyak membantu untuk daku meng-imprvkan skill yang tak seberapa nih.

Saya ada gaya baru,setiap entry baru EVK akan ada lagu tema tersendiri. So kalau nak lebih feeeeelll..boleh dengar sambil baca..okeh...semoga terhibur =)

SENYUMLAH UNTUKKU SAYANG ==) 15 DIS

EVK 24 ==) 19DIS

EVK 25 ==) 22 DIS

EVK 26 ==) 24 DIS

EVK 27 ==) 29 DIS





Wednesday, June 23, 2010

ALIYA NATASYA 4

Aidid Adam terjaga dari lenanya. Ditoleh seketika jam loceng diatas meja.

9.46 pagi. ‘awal lagi ni.’


Bukan senang dapat landing lama-lama macam ni. Kalau tak hujung minggu,jangan nak berangan. Hajat mata,ingin dipejam lagi. Tetapi hasratnya itu terbantut dek bunyi riuh orang berbual dilaman rumahnya.

Dia bingkas bangun dan bergerak menghampiri tingkap. Langsir putih itu diselak ketepi.


“huh!perempuan ni lagi.” Dia kemudian bergerak menjauhi tingkap. Dicapainya tuala yang terletak dipenyidai berhampiran pintu biliknya. ‘Pergi merayau lagi best!’


-------------------------------


“aunty,dah lama Etty tak datang rumah aunty kan.. makin cantik rumah aunty ni”


Zetty menelek replika karang laut yang diperbuat daripada kristal diatas kabinet sudut. Datin Khalisah hanya tersenyum bangga. Zetty memandang sekeliling,hajat hatinya ingin terserempak dengan Aidid,sebab itulah dia muncul diawal pagi ini.


“sunyi je rumah ni. Kemana semua orang,aunty?” Dia memulakan mukadimah rancangannya itu.


“uncle awal-awal lagi dah keluar. Aidid belum bangun lagi..eh,jom aunty nak tunjukkan something pada Etty ni.” Zetty hanya menurut beserta dengan senyuman plastiknya.


“mummy,Aidid nak keluar ni!” jeritan Aidid dari jauh mengejutkan Datin Khalisah dan Zetty. Zetty sudah tersenyum menggoda dengan kemunculan Aidid itu. Itu yang ditunggu-tunggunya.


Bahagian depan branya ditarik sikit keatas. Rambutnya yang berombak-ombak itu dirapikan. Dia ingin kelihatan cukup menggoda dihadapan lelaki itu. kaki yang disilang itu sengaja diangkat lebih tinggi menampakkan kulit betisnya yang putih gebu.


“Aidid nak ke mana?selalu nak tinggalkan mummy sorang-sorang kat rumah.” Bicara wanita separuh abad itu apabila anak terunanya menghampiri.


“ala mummy,Aidid bosan lah duduk rumah. Lagipun, Aidid nak jumpa kawan sekejap.”


“yelah..lunch nanti jangan tak balik pulak.” Aidid hanya mengangguk. Dia kemudian menyalami Datin Khalisah dan berlalu pergi.


Zetty ketap bibir. Sebal terasa dalam hati. Aidid sedikit pun tidak memandang dirinya. Tidak cukup menggodakah dia sehingga Aidid tidak langsung mahu memandangnya. Dia mendengus geram.


“aunty...Etty lunch sini boleh?” Zetty bersuara manja. Datin Khalisah ketawa.


“Etty ni..aunty tak kesah pun. Of cos boleh sayang..” Zetty tersenyum penuh makna. Lelaki itu terlalu sombong!


--------------------------------


“Aidid..?” Aidid Adam menoleh. Keningnya bertaut.


“ye?”


“wey...kau dah tak kenal aku ke?” Muka Aidid Adam semakin berkerut,cuba meggali semula memorinya.


Aidid menggeleng tanda tidak ingat. Lelaki tadi sudah berposing ala-ala model hollywood. Berharap agar Aidid dapat menjana kembali ingatannya.


“wait..wait...kau...kau syam?syamsuddin?” lelaki yang menyapa itu ketawa sambil menggangguk.


“ya Allah..kenapa lain sangat kau sekarang ni?”


“diet la beb..dulu tong drum,sekarang slim kan?”

Akhirnya mereka berdua ketawa geli hati terkenang kisah zaman muda-muda.
Mereka sama-sama bergerak ke starbuck berhampiran. Sudah lama tidak bersua muka. Tentu saja banyak kisah yang bakal dirungkai.



“kau buat apa sekarang?macam mana boleh jadi macam ni?berapa kali kau keluar masuk slim world nih..hah?” Syamsuddin ketawa sambil mengangkat tangan.


“woa..sabar la beb..satu-satu la tanya. Jangan la teruja sangat....”


“eh..wait,kau ingat aku punya body cun macam ni sekali aku join slim world ke? Sorry beb..kalau slim world,takdenya dapat aku bina sixs pax ni ha.” Syamsuddin berkata sambil beraksi ala-ala ahli bina badan.



Mereka bercerita itu ini sambil diselangi ketawa. Sungguh indah dikenang zaman dulu-dulu sewaktu mereka sama-sama dibangku sekolah. Zaman sekolah menengah banyak memorinya. Aidid melempar pandangan keluar. Beberapa orang pasangan sedang duduk bersantai.


Disatu sudut lain pula seorang wanita sedang bersalaman dengan seorang lelaki sambil tersenyum. Mungkin baru selesai memeterai urusan kerja, fikirnya. Wanita itu kemudian bergerak meninggalkan lelaki berbaju t-shirt baby blue itu.


“eh..itu..” Syamsuddin menoleh melihat kearah sudut sama.


“apa?kenapa?” Syamsuddin bertanya. Aidid masih lagi memandang. Beberapa kali kelopak matanya dikelipkan.


‘betul!’


“weyh..takpelah...aku..aku pergi dulu. Ada hal sikit.” Matanya masih tidak lepas memandang sesusuk tubuh yang berjalan melepasi kawasan tempat mereka duduk. Syamsuddin ikut pandang. Dia dapat mengesan titik fokus Aidid yang sebenar.


“hoi!kau kenal dia ker?” Syamsuddin berkata sambil melambai-lambaikan tangannya kemuka Aidid. Khusyuk sangat tengok perempuan. Aidid menggangguk. Kemudian dia menggeleng.


“lah..kau kenal ke tak ni?”


“tak pelah..aku pergi dulu. Nanti ape- ape,kita hello..ok.” Syamsuddin ketawa sambil menggelengkan kepalanya.

-------------------------------

Peluh dingin sudah mula terbit. Perasaannya sudah bercampur baur. Dia yakin,kereta itu memang sedang mengekorinya. Cermin belakang dikerling lagi. Honda Prelude hitam itu masih dibelakangnya. Dia resah.


Kini dia melalui kawasan bukit. Suasa dijalan raya itu agak lengang. Radio dipasang untuk menghilangkan resah. Dia melihat lagi cermin belakang. Tiba-tiba kereta itu memecut dan memotongnya. Pemandunya memberhentikan keretanya benar-benar dihadapan myvi biru milik Aliya Natasya.


Cepat-cepat wanita itu menekan brek. Dia mengurut dada. Mujur dia tidak apa-apa.
Aliya Natasya memandang kedepan. Honda Prelude hitam itu masih pegun. Dadanya berdebar-debar.


‘apa nak buat ni?’


Tiba-tiba kelihatan pintu disebelah pemandu dibuka. Seorang lelaki ber t-shirt hitam dan berseluar jeans keluar dari perut kereta. Dia menghampiri myvi biru milik Aliya Natasya.


Aliya hanya membeku. Dia seperti pernah melihat lelaki itu. Aliya Natasya cuba mengingati detik pertemuan mereka. Tiba-tiba cermin tingkap diketuk. Aliya membukanya sedikit.


“cik Aliya..ingat saya lagi? Aidid..” lelaki itu tersenyum manis.

‘ya!lelaki itu!’ Akhirnya Aliya membalas senyuman Aidid.



“awak menakutkan saya,tau tak?” Aliya memarahi Aidid. Aidid hanya ketawa.


“sorry,saya tak bermaksud nak takutkan awak.” Sedikit sebanyak Aidid berpuas hati dengan tindakannya.


Gara-gara tindakannya itu dia dapat mencuri sedikit masa Aliya Natasya untuk ‘berkenalan’ dengan lebih rapat.Akhirnya dapat juga dia berbual lama dengan wanita itu. mereka berbual sambil menikmati pemandangan dari atas bukit.


Sebelum berpisah,sempat mereka bertukar-tukar nombor telefon. Aidid tersenyum,berbaloi usahanya.

----------------------------

Aidid berbaring sambil menatap kipas syiling biliknya. Henset dicapai. Sekejap sahaja nombor telefon bimbit Aliya Natasya terpampang diskrin.


Gara-gara wanita itu,dia terlepas waktu makan tengahhari. Panas telinganya mendengar mummynya berleter. Tetapi,sedikit sebanyak dia tetap bersyukur kerana dia tidak perlu berhadapan dengan Zetty.


Dia sudah dapat mengagak,Zetty tentu akan berada dimeja makan juga . Alang -alang dah lambat,lewat petang baru dia pulang. Sengaja,tidak mahu terserempak dengan perempuan itu.

Meluat!


kau takkan dapat memenangi hati Aliya! Aku tabik la kalau kau dapat kuasai Aliya tu.” Kata-kata itu masih berlegar-legar difikirannya. Aidid tarik senyum. Sinis sekali.


“kau tak kenal lagi siapa aku!”


Hatinya sudah membuak-buak dengan segala macam perasaan. Hanya masa yang akan menentukan! Bisik hati kecil lelaki bernama Aidid Adam.

2 comments:

pandan_wangi said...

best jgk citer ni... cpt lh smbung

Anonymous said...

cammm bestttt jeee!!!! ;p