aku ingin BERKATA bukan MERAPU

selamat datang.

tq pade sape yang sudi melawat. and tq jugak pade sape yang sudi same-same merapu.

xpe..rapukan je ape-ape yang anda rase nak rapu.

ape entah aku merapu nih...hemm..ok lah..pendek kate..anda bebas komen ape-ape disini.

=)

=)

komen la skali. Komen anda banyak membantu untuk daku meng-imprvkan skill yang tak seberapa nih.

Saya ada gaya baru,setiap entry baru EVK akan ada lagu tema tersendiri. So kalau nak lebih feeeeelll..boleh dengar sambil baca..okeh...semoga terhibur =)

SENYUMLAH UNTUKKU SAYANG ==) 15 DIS

EVK 24 ==) 19DIS

EVK 25 ==) 22 DIS

EVK 26 ==) 24 DIS

EVK 27 ==) 29 DIS





Thursday, August 6, 2009

EGOKU vs KASIHNYA 10

Pagi yang indah,hurm..disebabkan pagi itu sungguh indahlah aku terover sleep la pulak. Kuliah start pukul 9.boleh pulak pukul 8.15 aku baru bangun..itu pun lepas syida buat konsert zapin depan bilik aku..yelah,nak masuk tak boleh,cik mali dah kunci pintu sebelum dia pergi kelas tadi. Kalo pikir logik memang awal dah aku bangun tu, tapi kalo tolak masa aku bersiram,nak iron baju lagi..huh,memang lah tak sempat. Yelah,nak ligan bus lagi..kalo nak jalan pun,basah ketiak baru sampai. Mengikut kompas aku kalo nak sampai ke faculty aku tu..kalo jalan cepat dalam 20minit,jalan melenggang dalam 35minit,kalo mengensot 89minit,kalo tumpang siput babi conferm 2hari insyaallah baru selamat sampai kedestinasi yang dituju.

Akhirnya bila dah berpenat lelah bertarung dalam bilik tu,siap jugak aku dalam masa kurang 15minit. Tapi,tak payah tanyalah macam mana aku tinggalkan bilik aku tu,hanya cik mali jer yang tahu..maap yer mali..heee.

Bila aku sampai bawah a.k.a tempat pendaratan bus yang selalu dinanti-nantikan,dari jauh lagi dah nampak budak-budak kelas aku,fatin,miah,zila and dayah. Budak-budak kelas aku ini je budak perempuannya. perempuan melayu terakhir gitu.. plus aku dengan syida,total 6orang je. dalam keasyikan aku menanti ketibaan pakcik bus yang disayangi with his bus bersama gelak tawa kami,tiba-tiba aku terperasan something...kereta tu... “kenape berhenti kat sini?” dia bermonolog sendiri. Tiba-tiba dia jadi gementar.


Malas mahu serabutkan kepala,dia kembali cuba menceriakan diri. Malas mahu mempedulikan ape tuan empunya kereta tu buat yang tiba-tiba berhenti agak berhampiran dengan tempat mereka berdiri. Dia cuba menyedapkan hati sendiri. Tapi,betul ke tu dia?aku dah tak ingat macam mana muka dia..bengong betullah aku nih...muka laki sendiri pun boleh lupa..nasib lah kau... yer,dia memang terlupa seketika akan kewujudan lelaki itu. Mungkin untuk menutupi kesakitan dihatinya.


Dalam kereta...


Khairul memandang tepat kearah ira shazira menerusi cermin pandang belakang. “takkan dia tak perasan aku kat sini..aku rase dia dah tengok sini tadi”. Dia cuba memikir cara yang lebih bernas untuk menarik perhatian ira shazira. Dicapainya henset. Talian disambung,namun ira shazira masih tidak menunjukkan sebarang tindak balas.. “silent kot” takde cara lain dah ni,tapi,confemlah dia tak bagi tahu lagi kawan-kawan dia ape aktiviti dia cuti sem hari tu. Huh..bakal bertambahlah kemenyampahan dia pada aku...


“ira!” dengan bergaya dan macho lima bintang punya, khairul ilham syah memanggil nama insan yang sudah menjadi tanggung jawabnya. Berderau darah menyerbu ke muka ira shazira bila namanya dipangil, sah!!!! Tapi,dia tak berani untuk menoleh. Mengigil plus berpeluh.
“saper tu?macam pandang sini je” miah meneka dengan tepatnya. Tak boleh jadi nih..aku kena kuat!! Ira shazira menoleh dan lantas khairul ilham syah melemparkan senyuman yang paling manis buat insan yang dinanti serta memberi isyarat supaya ira shazira menghampirinya. Betul ke laki aku tu?ish..kau ni shaz..memang cari nahas betullah. “shaz,kau kenal ke mamat tu, dia macam panggil kau je” syida dah was-was..yelah,sejak masuk kesini..semua orang yang aku kenal dekat sini mesti dia kenal jugak..dah, 24jam asyik berkepit jer, kelas same..bilik pun berdepan..pergi makan sekali..ape aktiviti yang aku masuk..aktiviti tu jugaklah yang dia masuk..sehati sejiwalah katakan.

Ape aku nak jawab nih?huhuhuhu..mama...tolong..mp4...tolong aku..kirimkan aku mesin waktu supaya aku boleh skip situasi ni.. “shaz!!” “hah...yer..yer..tu..tu sepupu aku tu..aa..aku gi kat dia jap ek” dengan tergagap-gagapnya dia menjawab. Bila melihat ira shazira menuju kearahnya,dia tersenyum menutup resah dijiwa..macam mana aku nak mula ni..nak guna ape ek..beku la pulak kepale otak aku time-time genting macam ni.

“jom,masuk jap..erm..ade hal nak bincang”cepatlah mangkok pikir nak guna ape nih..khairul memarahi dirinya sendiri...aku?kurengnya bunyi...abang?satlagi kalo dia buat muka terkejut macam mane?aku jugak yang malu...saya?mak oii,formalnnya..dulu aku guna ape ek?lupa lah pulak..


Suasana sunyi seketika. Masing-masing tengah bermeditasi kot..ira shazira tersedar sesuatu, dikerling jam di dashboard..8.40!!!jenuh aku macam ni..eee..mangkok!!aku belum habis menuntut lagi lah bahasa sunyi nih.. “errr..s..sa..saya ade kelas pukul 9” “owh..ok..ok..kita pendekkan...erm..s..saya dapat transfer ke kL..” ceh..rase macam tengah bercinta pulak bersaya awak nih.. manakala ira shazira dah kecut perut mendengar watikah yang baru disampaikan oleh khairul tadi. “saya dah dapat rumah dekat-dekat area sini...jadi..saya nak awak pindah sana” huh..lega...akhirnya terluah jugak. Aku dah tak larat dengar ibu berleter. Memang nada bersahaja tapi sungguh tegas maksudnya itu...huhuhuhu..aku taknak mati lagi...tolong!!!!!!

“wajibke?”sengal sungguh aku nih..kenape aku tanya soalan ni..eee..potong line betullah mulut aku yang cantik ni. khairul menoleh..aku cium karang perempuan nih..boleh pulak tanya soalan entah spesis ape ni..of cozlah my darling oi... “takpe..saya faham..saya bagi masa..tapi..” ira shazira terus memandang kearah khairul ilham syah,tapi ape...? “tapi..ibu dah bising dengan situasi kita” ibu??ya...ibu..macam mana dengan ibu..sihat kah dia?maafkan ira ibu,kerana terlupakan ibu..tiba-tiba dia terasa sebak.. “ibu sihat?ayah?” khairul tersenyum menyerlahkan lesung pipitnya dan mengangguk “alhamdulillah..ibu dengan ayah sihat”. Suasana senyap kembali..ibu dengan ayah je?aku taknak tanya ke sihat ke tak?berangan sungguh aku ni..


Khairul tersedar daripada lamunannya bila ira membuka pintu kereta. “saya nak pergi kelas” khairul ilham syah terus memaut lengan ira shazira “nanti!” masing-masing terkejut dengan situasi tersebut. Kedua duanya merasai getaran yang sukar ditafsirkan. Waktu seakan berhenti berputar dan hanya mereka berdua sahaja yang berada disitu bersama getaran dijiwa yang bagaikan badai yang menghempas pantai namun terselit perasaan damai disitu. Ira shazira menarik tangannya,tidak mahu terseret jauh dalam perasaan pelik itu..khairul tersentak... “err..er..bus dah pergi..saya hantarkan?”

No comments: