aku ingin BERKATA bukan MERAPU

selamat datang.

tq pade sape yang sudi melawat. and tq jugak pade sape yang sudi same-same merapu.

xpe..rapukan je ape-ape yang anda rase nak rapu.

ape entah aku merapu nih...hemm..ok lah..pendek kate..anda bebas komen ape-ape disini.

=)

=)

komen la skali. Komen anda banyak membantu untuk daku meng-imprvkan skill yang tak seberapa nih.

Saya ada gaya baru,setiap entry baru EVK akan ada lagu tema tersendiri. So kalau nak lebih feeeeelll..boleh dengar sambil baca..okeh...semoga terhibur =)

SENYUMLAH UNTUKKU SAYANG ==) 15 DIS

EVK 24 ==) 19DIS

EVK 25 ==) 22 DIS

EVK 26 ==) 24 DIS

EVK 27 ==) 29 DIS





Tuesday, September 29, 2009

KEPAYAAN

“Bro..malam ni projek?amacam?”

zarl sudah tersengeh menunjukkan niat yang berketul dalam hati. Dah lama rasanya tak buat kerja rutin mingguan gengnya itu.
Bad dah buat kening the rock dia. Sam pulak dah berubah bearingnya menghala kearah dua manusia yang dah dekat-dekat nak bertukar wajah.

“plan best?”soalan yang ditunggu-tunggu.
“woa..ko yang tanye soalan tu?” Sam hanye menunjukkan barisan giginya yang putih bersih bila Zarl pulak menyoal. Termalu sendiri. Malu ke?entah..gasak jelah.

“amacam?kali ni nak buat level mane?” semua tengah berfikir..lower?medium?atau drastic?hmm..ketiga-tiga insan yang nampak penuh dengan idea gila-gila itu tengah berfikir.

Sedang asyik memikir idea yang belum nampak nak luruh dari langit,mereka tersentak dengan bunyi riuh rendah dari sekumpulan pelajar . Zarl,Bad dan Sam dah menjeling. Tajam.

Salah seorang dari kumpulan pelajar tersebut terperasan yang kumpulan mereka sedang diperhatikan oleh 3 pasang mata yang huh…night mare! Senyap. Terkaku seketika. Blurr. Rasa macam dah tak reti nak berjalan.

“hoi!!”

mati!. Conferm kena malam ni. Masing-masing dah mempredict nasib diri dikala bulan mengambang menunjukkan diri.

“woi!pekak ke?meh sini!”
yeah..suara garau Bad dah bergema. Zarl dan Sam dah senyum –senyum kambing.

“kenape senyap?dah bisu?!tadi bukan main rancak…dah tak nampak orang lain”

‘bengong la..bukan kacau korang pun’
‘babeng la manusia-manusia tak guna nih’
‘mangkok jamban ni lagi’

inilah ayat-ayat yang diutarakan dalam sesi soal jawab hati mangsa-mangsa geng ‘PAYA’ itu.
Bad senyum sinis khas untuk mangsanya. Nasib la babe..lain kali mandi bunga dulu sebelum keluar kalo tak nak terserempak dengan gua and the geng..haha.
Idea-idea gila dah beratur dalam otak kumpulan PAYA.
Nak suruh diorang nih buat ape yer malam ni..hurmm.

--------------------------------------------------------------------

Dari jauh kelihatan 3 orang pelajar lelaki sedang terkedek-kedek mencari sesuatu di tengah padang sekolah dengan hanya bercahayakan lampu suluh.

“Booodowh!!siooot!” Bad menyumpah-nyumpah.
Lampu suluh ditangan entah melayang kemana. Geram benar hatinya. Rasa macam nak terajang je kepala otak si khaer tu.

“Bad,cool beb...jangan hot-hot.” Zarl cuba menenangkan Bad.

Tahu benar dia jika Bad betul-betul marah macam-macam benda buruk akan dilakukannya. Sebab tu orang panggil dia ‘Bad’ walaupun nama sebenar dia Tengku Hafizan Iftihan, tapi hanya panggilan ‘Bad’ sahaja yang menjadi pengenalan kepada insan itu.

Kalo orang sebut nama betul dia kat sekolah nih,conferm sorang pun tak kenal. Tapi kalo orang sebut je ‘Bad’, pun orang tak kenal jugak.
Actually bukan tak kenal,tapi buat-buat tak kenal sebab takut nak cari pasal dengan manusia bernama Bad itu.

“memang benggoong la khaer tu! Saje je nak malukan aku depan junior. Cipan betullah.”

“biarlah dia,dia tu memang tak pernah nak puas hati dengan kita. Ade je yang dia nak kacau.”
Ceh..konon baik lah pulak,ala-ala orang yang teraniaya je ayat,sam tersengeh sendiri.

“malu ko tau tak? Hilang kekredibilitian aku depan budak-budak tu. Mane aku nak letak muka nih. Hilang macho aku,kalo Reen tahu,lagi lah aku malu”

“ceh..itu sebenarnya isi pentingnya...takut Reen tahu?pirrah...”

‘...alah..dia tau ke tak..aku rase sama je’ bisik hati kecil zarl.

“woi! Korang..” zarl dan Bad berpaling,cuba mencari wajah Sam.

“tu..” Sam menjuihkan bibirnya.

“katak!!!!!!”

Zarl dan Bad sama-sama menjerit. Sam pulak sudah melompat ketepi.

“Sam?ready?” Bad menjerit.
“aku ready!!”
“kau zarl?”
“set!!”.

Dengan langkah yang masih lagi cover macho, Bad bersama balang plastik ditangan bergerak penuh hati-hati kearah katak tersebut.

Sam pulak sudah bersiap sedia dengan tudung saji ditangan (tudung saji yang dikutip dari tong sampah rumah warden,koman-koman berguna jugak).

Zarl pulak cuba menjadikan dirinya sebagai umpan,konon.

“GO!”
ketiga-tiga mereka terus meluru kearah sang katak yang terlupa nak mandi bunga tadi.

“wooa...cantek punyer style!cunnn la beb”
“yuhuuu..masuk!”
“yeah!!berjayer!”.


Akhirnya berjaya jugak mereka melakukan task yang diberikan oleh khaer @ ‘abang khaer’ bila dihadapannya.

Mane tak hangin si Bad bila abang khaer merangkap senior diorang suruh kumpulan PAYA tolong tangkapkan katak untuk dia buat eksperimen bedah katak esok. Bagi arahan depan budak-budak junior yang dia baru nak buli,mane tak malu..sampai tatau mau letak mane muka yang hensem tu.

---------------------------

“Reen! Ade posto untuk kau.”
Siti,si minah kecoh kelas 4 Setia sudah memulakan ‘kerjanya’.

“ape?” malas nak layan.

“ni hah..” bungkusan yang elok berbalut dengan kertas surat khabar bertukar tangan.

“ee..ko nak pekena aku ke?”

“hahaha..bukan aku yang bagilah. Lagi pun..buat ape nak bagi kat ko?” huh..pedaaaass.

“sape bagi?”

“tu..” Reen menunjuk kearah bungkusan tersebut.

“QZAN?” manusia ni lagi ke? Huh..


“eh..ko tak nak bukak ke?”

Berlipat-lipat dahi cik siti ni bila Ereena hanya membiarkan sahaja bungkusan itu diatas meja dan kembali mencapai kalkulatornya.
“malas la..entah ape-ape kat dalam tu karang..buat nya dia bagi katak ke,lipas ke..tak ke nanya namanya”

“lorh..takkanlah..eh,ko jangan judge a book by its cover,walaupun dia punya cover tu memang aku pun akui..ee..low claasss,tak de taste langsung...heheeh”

“wah..wah..sedapnyo mulot engko ngate ye?kalo orangnye dengor,tak ke nanye mulot engko tu” reen membalas dengan lorat negorinye yang tak berape nak negori tu.



“waaah..banyaknye coklat!! Gila coklat camni.” tapi muka reen tetap selamber.

“reen..ko tak suka coklat kan?” dah mula dah cik siti kembang semangkuk ni.

“reen!ko dengar tak ni?”

“yer siti oi..aku dengar..”

“hah..boleh tak.....”ayat seterusnya hanya disampai kan menerusi senyuman yang penuh makna.

“heh..aku dah menjadi penggemar coklat sekarang. Takde-takde..ni sume aku punye,ko nak ko beli” waah..muka kedekut habis aku nih.

“eleh..tadi sakan tak nak bukak”

“dah lah siti,jom balik..aku ade latihan netball after prep ni,kalo aku layan kau je..sampai malam pun tak habis tau”
reen dah mula mengemas barang-barangnya.

“ok..ok..jom,aku gurau je tadi tu..jangan lah marah”

“tak lah..mane boleh marah..ko kan kawan baik aku merangkap radio burok kelas nih..”

“reeeen!” akhirnya mereka ketawa dengan statement yang memang betul tu.


==----------------------------------============-----------==========

“reen!”

“hoi..sejak bila ko rajin turun padang petang-petang camni hah?”

“alah reen..aku bosan lah..kalo duk sini boleh aku support ko..sambil cuci mata..hehehehe”

“aku memang dah tau niat hati ko tu siti,tak payah nak outar la”

reen menogok air dari botol yang tinggal tak sampai separuh.
Hari ni punya trainnig taklah letih sangat,maybe sebab cuaca hari ni kurang panas.
Bib hijau bertulis ‘C’ dibuka dan dihamparkan diatas rumput.

“reen..tu..pujaan hati kau. Hebat dia hari ni”

“hurmm..” malas nak layan.

“tengok la..dari tadi dia je yang bawak lari bola tu.”
Siti menyiku Ereena.

“ye siti..aku tau..aku dah ushar dia dari tadi” sepantas kilat siti memandang tepat kemuka reen

“waah..bukan main nowh..cepat. tangkas. Dan inovatif ko yer.”
Siti dah buat muka gatalnya.

“itu je ke?taknak tambah lagi?kreatif ke?dinamik ke?sensitif ke?” siti menyambut kata-kata reen dengan ketawa geli hatinya sahaja.

---------====================-------------

Reen sendirian dalam library tanpa siti. Kemudian zahirah dan hidayah menumpang sekaki untuk duduk di meja yang sama.

Sedang asyik mereka mentelaah, tiba-tiba ‘kawasan’ meja diorang jadi ‘gelap’. Reen mendongak. Lorh..diorang? nak cari ape kat sini. Dipandang muka zahirah dan hidayah kat depan. Muka diorang pun blurr plus cuak jugak kot.

“kenape?”

“hurm..meja kosong dah tak de lah..so,kitorang tatau nak duduk mane...jadi...”

“atas lantai sudah..” selamber je reen menjawab dan kembali menatap buku kimia diatas meja.

~‘Fuhhh..pedassss..berani gila minah nih..’~ Terkesima zarl bila kata-katanya dipotong berani oleh reen.

“hello cik kak...u ingat,library ni u punya ke? Hurm?” sam pulak dah main peranan. Bad hanya mendiamkan diri dari tadi.

“tak..sekolah punya” matanya masih lagi memandang bait-bait ayat dalam buku rujukan itu.

~‘huh..hilang sabar aku..malu nih,orang lain tengok’ ~

“dah la..jom blah..duk luar sudah”

Bad akhirnya bersuara,mendatar je.
zarl dan sam sama-sama berpandangan. Hampeh..tau lah depan reen.


Ketika kumpulan PAYA itu melangkah keluar,reen sempat melirikkan pandangannya kearah meraka. Ada rahsia yang tersimpan disitu.


######## bersambung####


p/s: hehehe..sori..actuli ni cerpen je..tp terpajang pulak..so smbgn nye dalam KEPAYAAN (2).

No comments: