aku ingin BERKATA bukan MERAPU

selamat datang.

tq pade sape yang sudi melawat. and tq jugak pade sape yang sudi same-same merapu.

xpe..rapukan je ape-ape yang anda rase nak rapu.

ape entah aku merapu nih...hemm..ok lah..pendek kate..anda bebas komen ape-ape disini.

=)

=)

komen la skali. Komen anda banyak membantu untuk daku meng-imprvkan skill yang tak seberapa nih.

Saya ada gaya baru,setiap entry baru EVK akan ada lagu tema tersendiri. So kalau nak lebih feeeeelll..boleh dengar sambil baca..okeh...semoga terhibur =)

SENYUMLAH UNTUKKU SAYANG ==) 15 DIS

EVK 24 ==) 19DIS

EVK 25 ==) 22 DIS

EVK 26 ==) 24 DIS

EVK 27 ==) 29 DIS





Tuesday, November 24, 2009

EGOKU vs KASIHNYA 16

================

“Makanlah. Kenape tengok je nasi tu?”

Gadis itu masih lagi tidak menjamah makanan dihadapannya walaupun Khairul sudah menghabiskan separuh daripada bahagiannya.

“Ira,kalau yer pun, makanlah dulu, nanti bertambah sakit,siape yang susah? Ira jugakkan yang kena tanggung sakit.”

Dia cuba memujuk. Ira Shazira masih lagi menarik muncung. Dah macam mulut itik dah gayanya.

“Ira..?”

“Tamau..tak lalu..”
~ ‘Aih..kenape suara aku manja semacam je nih’ Khairul tersenyum.

“Habis tu?Ira nak ape?abang buatkan.” Ira Shazira menggeleng.

“Janganlah macam ni. Ira kena jugak makan something. Perut tu dari tadi masuk ape-ape. Kat kolej tadi entah makan entah tidak. Makan ye?sikit pun jadi lah.”

“Takmau..”

Terasa hendak menangis. Selalu kalau tak sihat, mesti mama yang pujuk dia. Sekarang?entah siapa-siapa dihadapannya kini. Sungguh aku tak suka.

”Janganlah macam tu. Abang suapkan,nak?”

Cepat-cepat ira shazira mengelengkan kepalanya. Melampau kot.

”Errmm.. bubur nak?”.

Dengar je soalan itu,dia terus memandang kewajah Khairul. Belum sempat dia menjawab,Khairul sudah bangun menuju kedapur.

‘Ehh..dia ni nak masak bubur ke malam-malam buta macam ni?’

Elok je dia berdiri untuk menjenguk kedapur, Khairul sudah pun keluar sambil menatang semangkuk...bubur??

“Sekarang lalu?”

Khairul cuba menduga. Ira Shazira terkesima. Tidak mampu menjawab. Bagai tahu apa yang bermain difikiran ira Shazira, Khairul berkata

“Abang masak sebelum abang keluar tadi,makanlah. Tapi tak tau sedap ke tak.”

“Err..nasi tu?” nasi goreng pattaya diatas meja dipandang sepi.

“Tak ape..abang kan ade.”

Tanpa menunggu lama, Ira Shazira terus mencapai sudu didalam mangkuk tersebut. ‘Emm..sedap jugak..boleh la 2 bintang setengah..ehe’


“Eee..menyampah! menyampah! menyampah!!!!...aku nak buat ape kat sini?ingat aku takde kije lain ke nak buat?hish..dah la tak bawak ape-ape,suka suki lutut dia je tak bagi aku balik..huh,nasib baik aku taktau ni kat mana. Kalo tak,aku cari jalan balik sendiri je senang.”

‘ha..lupa,tu..almari tu,bahagian yang tepi sekali..ira punya’

matanya tepat memandang kearah almari 4 pintu itu..gulp!

‘cuba la tengok-tengok nanti.’ Dia berdiri menghampiri almari tersebut.



“Wallaweyyyy!!”

“Banyak nye bra...mane dia cilok ni?semua warna ade. Biru..ijau..purple..MERAH? pelangi pun ade? Huh..tenat aku macam ni” Siapa punya nih?

“Ehem ehem..”

Khusyuknye..tak sedar pun aku dah lama tengok dia duk garu-garu kepala tu.
‘Alamak..kantoi la pulak..’
Cepat- cepat dia meletakkan kembali bra tersebut sambil berdehem beberapa kali untuk menutup perasaan malunya.

“Ok?”

Khairul bergerak melepasinya menghampiri penyidai bersebelahan almari tersebut.

“Ade perempuan lain ke dalam rumah ni?” Uish...mulut ku..tidak!!! kenape aku tanye soalan ni?.

Ira Shazira sudah tertunduk,malu dengan soalannya sendiri. Tak sanggup untuk melihat riaksi Khairul Ilham Syah. Khairul sudah tidak dapat menahan tawanya. Akhirnya meletus juga ketawanya.

Dia mendekati Ira Shazira. Terlalu hampir. Ira Shazira hanya membeku. Khairul mendekatkan mulutnya ketelinga Ira Shazira.

“Awak punyalah tu. Ok tak saiznya sayanggg..? Pandai tak saya beli?”.

Khairul kemudian terus masuk ke dalam bilik air dengan sisa tawa yang masih kedengaran. Serta merta terasa panas seluruh badan

‘Arrrrhhhhggg!!! ‘

Rasa macam nak menyorok bawah katil je.


“Kenape tak tido lagi ni?”

Khairul baru keluar dari bilik air. Ira Shazira hanya membisu. Malu pun ada. Mana dia tau saiz aku?Gila malu. Pandai pulak tu dia belikan untuk aku. Aku pun tak pandai nak beli,inikan pulak dia,seorang lelaki. Ini mesti kerja mama, komplot!

“Saye belum solat lagi. Maghrib tadi pun dah burn.” Sejuk hati dengar.

“Hurm..pergilah tukar baju dulu. Semua ade dalam almari tu. Telekung pun abang dah sediakan.”


Khairul masih membaca ketika dia selesai menunaikan solat. Matanya sudah terasa berat. Kesan daripada ubat yang ditelannya tadi.
‘Aku nak tido mane nih. Dalam ni takde sofa panjang,ade pun yang 1 seat jer,tu pun dia dah duduk. Nak merempat mane nih. Nak tido kat tempat lain,takut’.

Matanya melilau mencari port yang sesuai untuk dia beradu.
‘Tepi almari tu pun ok jugak’.

“Hah..cari ape tu?” Tersentak dia dengan teguran Khairul itu.

“Pergi lah tido..” Ira Shazira mengangkat kening

“Kat mane?”

“Atas katillah..kat mane lagi?”

“Errr..aw..wak?” Lambat lambat dia menutur. Khairul ketawa lagi.

“Atas katillah jugak..mane lagi”

Ira Shazira dah telan air liur. Masak aku malam ni. Aku nak mintak tolong dengan siapa nih. Dah la takde orang dekat sini. Macam mana kalo dia buat apa-apa dekat aku? Huu..sesak nafas macam ni.

‘Ish..lawaknya muka..nampak sangat dah takut..kesian la pulak..’

“Hurmm..takdelah..Ira tidur lah atas katil. Abang tidur sini je. Gurau je tadi tu. Abang faham”

Huh..Ira Shazira melepaskan nafas kelegaan.
Khairul menghampiri katil dan menarik sebiji bantal. Kemudian bergerak pula ke almari. Dikeluarkan selimut. Setiap perbuatan Khairul itu diperhatikan oleh Ira Shazira.

Tidak mengerti perasaan apa yang dirasakannya. Terutamanya apabila melihat Khairul merebahkan tubuh ke lantai yang hanya beralaskan karpet. Namun, dia malas untuk melayan perasaan itu. Dia juga sudah bersedia untuk tidur.

Setelah berbaring,baru dia teringatkan sesuatu.

“Khairul..” senyap. Dah tidur ker?

“Khairul..”

‘Khairul..?’ Hatinya sedikit terasa.

“Khairul..dah tidur ke?”

“Hmm..belum.Kenape?” Hambar sekali bunyinya.

“Saya nak balik esok” Dia harus selesaikan jugak sebelum tidur.

“Kan abang dah cakap tadi. Abang nak Ira sihat dulu, baru abang hantar Ira balik.”
Terdengar keluhan yang keluar dari mulut Ira Shazira.

“Saya dah sihat. Sikit-sikit je lagi ni.”

“Dah sihat?”

“Yer.”

Dengan yakin dia menjawab. Memang diakui, keadaan gadis itu jauh berbeza berbanding siang tadi. Bertambah cergas. Lega rasa hati. Dia berfikir sejenak.

“Kalau betul dah sihat,esok kita balik Pineng.”

“Hah?”

Dia sudah tidak terkata. Teringat kembali ajakan lelaki itu ketika mereka ‘berbincang’ dihadapan tasik semalam. Apa yang harus dikatakan? Takkan nak cakap..’Eh..tak jadilah,saya tak sehat balik lah’. Ee..dia nih, selalu bagi aku sesak nafas lah!

“Kenape senyap?”

“Hah..?Errr..”

“Kenape? Taknak balik sane?”

“Bukan...saya banyak kerja la”


Mata yang tadinya terasa mengantuk,terus segar apabila Encik Khairul Ilham Syah ini menyuarakan hasratnya.

“Err..kalau nak balik esok,esok baru Jumaat. Awak tak kerja ke?” Dia cuba memberanikan diri.

“Abang cuti esok. Ira pun takde kelas kan esok?”
‘Semuanya dia tau..tension aku macam nih’

“Kita balik sane yer..?” Dia cuba memujuk.

Senyap.

Khairul berpaling menghadap kearah katil. Bagaikan dapat melihat wajah Ira Shazira,walaupun ianya hanyalah sekadar bayangan.

“Ira..”
“..Ibu selalu suruh abang ajak Ira balik sana. Ibu tak habis-habis cakap pasal Ira tau. Dia rindu nak tengok Ira. Ira tak ingat ibu ke?”

Dia perlu bijak bermain psikologi untuk memujuk hati wanita ini.

“Ira..?”

“Ye..” Lambat-lambat dia menyahut.

“Kita balik Pineng ye esok? Itupun kalo Ira betul-betul sihat” Lama dia berfikir.

“Hurm..ok.”

Lemah dia menjawab. Khairul sudah tersenyum dalam kesamaran cahaya lampu tidur.


“Hurm..tidurlah..abang sayang Ira.”


Bagaikan terkena kejutan elektrik Ira Shazira apabila mendengar akan ucapan itu. Keras seluruh badan. Kejang. Apakah yang sedang berlaku ini?

4 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

at last,,
ade gak smbungan..
ngeeeeee...

tackle lagi khairul..tackle..
hehe..
smbung2..

reha88 said...

ira 2 kjamnya...
mcm x hrmat kat suami dia jer...
ish...
hehhehe...

izalyazi said...

cik...sila smbong lagi..cpat la..
oh3~

cida said...

kelakor2...best2...