aku ingin BERKATA bukan MERAPU

selamat datang.

tq pade sape yang sudi melawat. and tq jugak pade sape yang sudi same-same merapu.

xpe..rapukan je ape-ape yang anda rase nak rapu.

ape entah aku merapu nih...hemm..ok lah..pendek kate..anda bebas komen ape-ape disini.

=)

=)

komen la skali. Komen anda banyak membantu untuk daku meng-imprvkan skill yang tak seberapa nih.

Saya ada gaya baru,setiap entry baru EVK akan ada lagu tema tersendiri. So kalau nak lebih feeeeelll..boleh dengar sambil baca..okeh...semoga terhibur =)

SENYUMLAH UNTUKKU SAYANG ==) 15 DIS

EVK 24 ==) 19DIS

EVK 25 ==) 22 DIS

EVK 26 ==) 24 DIS

EVK 27 ==) 29 DIS





Tuesday, November 24, 2009

ALIYA NATASYA 2

“Hai,mind if i seat here?”

Sapa seorang lelaki. Aliya memandang. Lama,sambil memikir. Akhirnya dia mengangguk

“Why not.”

Lelaki itu menghadiahkan senyuman lalu menarik kerusi dihadapan Aliya Natasya.

“Sorang je?”

Dia cuba memulakan bicara. Aliya meletakkan buku yang dibacanya diatas meja. ‘Hmm.. Van Nostrand Reinhold, Theory and Practice in Building Economics? not bad’

“Nope” Dia menjuihkan bibir menunjuk kearah buku diatas meja. Lelaki itu tersenyum,

“Owh..mengganggu ke?”

Dia cuba menduga. Giliran Aliya pula tersenyum sambil menjungkit bahu. Dia sebenarnya malas nak layan orang yang tidak dikenali ni.

“Aidid Adam, you can call me Aidid ”

seakan dapat membaca fikiran Aliya, Aidid menghulurkan salam perkenalan. Walaupun teragak –agak, tetapi dia menyambut juga huluran tangan Aidid.

“Liya, Aliya Natasya”

“What a nice name,macam tuannya”. Aliya tidak membalas.

“Selalu datang sini?”

“Boleh la. You?” Dia cuba untuk tidak membekukan keadaan.

“ Selalu jugak la.”


Diperhatikan lelaki yang segak berbaju kemeja hijau lumut itu. Legan baju yang dilipat separuh. Ber-tie hitam dan berseluar slack hitam. Rambut yang dirapi kemas. Boleh tahan la jugak.

Tiba-tiba hensetnya berbunyi.

“Excuse me” Aidid hanya mengangguk.

Aliya bergerak menjauhi meja tersebut. Aidid hanya memerhati wanita itu. Kini giliran dirinya pula ‘menganalisis’ Aliya Natasya.


Beberapa minit kemudian, Aliya kembali ke kerusi

“Emm..sorry..got to go now..”. Dia mencapai tas tangannya.

“Oh, its ok. Nice to meet you.”

“Yeah..me too” Aliya mula melangkah untuk meninggalkan restoran terapung itu.

“Aliya!! Wait!” Aidid berlari mendekati Aliya yang agak tercengang-cengang itu.

“ This is my card.” Aidid tersenyum segak.

“Owh..” Aliya menyambut business card yang dihulurkan kepadanya.

“ Ok lah. See you soon. Kawan i dah tunggu tu. Bye”


“Aissey..card dia tak bagi pun. Macam mana aku nak tau dia kerja kat mane.” Aidid melurut lembut dagunya seakan memikirkan sesuatu.

“Tak ape, kalau berjodoh, kita jumpe lagi ye cik Aliya Natasya.”


Aidid tersenyum sendirian sambil memerhati kelibat Aliya Natasya yang menghilang kedalam perut kereta Honda city hitam itu.



“Siape tadi tu?” Zailah Fahani yang manis berselendang biru tersenyum sambil melontarkan soalan untuk sahabatnya itu.

“Entah. Tak kenal aku” Malas nak layan. Mula lah tu nak kenakan orang.

“Eceycey..alah kau nih, dengan aku pun nak sorok-sorok.”

“Mane ade sorok ape-ape. Aku memang tak kenal pun mamat tu.”

Dia memandang keluar. Serabutnya kota metropolitan ni. Kenderaan sudah hampir penuh diatas jalan raya. Biasalah, petang, semua orang berkejar-kejar nak balik.

“ Nama ape?Dia kerja ape ek?”

Dia masih berminat untuk mengorek maklumat tentang jejaka itu dari Aliya.
Aliya mengeluarkan business card tadi.

“Hurm.. Aidid Adam. Arkitek dekat Hijjaz Kasturi”

“Woa..not bad. Ape lagi Liya, on... kalo aku, ‘i do’ terus.”

Hani sudah ketawa geli hati dengan statementnya. Aliya juga turut sama ketawa.

======================

“Did, amacam semalam?” Faizal sudah tercegat dihadapan mejanya.

“Kau nih,main terjah je. Lain kali bagilah salam dulu” Faizal dah berkerut muka.

“Wey, bukan selalu aku main terjah je ke? Tak pernah pulak kau suruh aku bagi salam.”

Aidid menutup fail projek terbarunya di Broga. Pening kepala memikirkan pelbagai masalah yang timbul.

“ Kenape kau datang ni?”

“ Saje je. Aku nak tanya pasal awek semalam tu. Amacam?” Faizal tersengeh.

Hatinya melonjak-lonjak ingin mengetahui apakah yang berlaku semalam. Ikutkan hati memang dia ingin terus berada di situ.
Tetapi,dia terpaksa bergegas pulang semalam ketika sedang asyik memerhati gelagat sahabatnya itu mengayat.

Dia kenal wanita yang ingin di ‘ayat’ oleh Aidid itu. Oleh kerana itulah dia begitu teruja untuk mengetahui perkembangan sesi menjual minyak Aidid itu.

“Amacam ape? Aku just tahu nama dia je. Then dia terus blah.”

“ Lorh, kau tak mintak nombor talipon dia ke?” Aidid mengeleng.

“Ape dah.. konon mat bunga.”

“Alah. Tak dapat pun tak ape. Bukan aku nak sangat pun dekat perempuan tu. Kau yang cabar aku kan semalam?” Aidid menepis kembali kata-kat Faizal.

“Aidid..Aidid” Faizal hanya mampu mengeleng mengenangkan sikap rakannya itu.

“Ok lah. Aku blah dulu. Jangan lupa, tengahari ni kita ada lunch dengan Dato’ Kamal.”

“hmm...”

===============

“ Eh.. pakcik! Pakcik buat apa kat sini?”

“Liya” Aliya lantas menyalami bapa saudaranya itu.

“pakcik ada meeting kat sini tadi. Ingat nak beli barang sikit untuk makcik kamu tu.” Aliya tersenyum manis.


Lama benar dia tidak melawat keluarga bapa saudaranya itu. bukan dia tidak mahu kesana tetapi kekangan masa yang dihadapi membuatkan dia tidak sempat untuk menjenguk mereka. Malah sudah lama dia tidak berjumpa dengan ummi dan abah. Hanya bertanya khabar melalui telepon sahaja.

“Jom kita minum dulu. Lama benar pakcik tak borak dengan Liya” Aliya mengangguk.

“Maafkan Liya pakcik. Liya sibuk sangat sejak dua menjak ni. Liya pun teringat jugak nak pergi sana. Rindu dekat makcik, lama tak jumpa dia. Apa khabar makcik sekarang?”

“Alhamdulillah. Makcik kamu tu macam biasalah.. tak habis habis dengan bunga dia tu”


Aliya ketawa mendengar kata-kata bapa saudaranya itu. faham benar dia dengan perangai ibu saudaranya. Minatnya yang mendalam terhadap bunga menyebabkan perkarangan kediaman mereka tampak indah bagaikan dalam taman. Tenang mata memandang.


“Irfan macam mana pakcik? Dia dah ok?”

Teringat akan sepupunya itu. Sudah sebulan lebih terlantar dirumah sejak dia terlibat dalam kemalangan tempoh hari. Terbit rasa kasihan pada insan yang sering kali membuatkan dirinya ketawa.


“Dah bertambah sihat. Jalan pun dah ok. Dalam 2 minggu lagi masuk kerja balik lah dia tu. Itu pun sibuk je nak pergi pejabat. Tak habis-habis fikir pasal kerja dia.”

“Alah.. biasa lah tu pakcik, kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?” Akhirnya mereka sama- sama ketawa.



“Assalamualaikum, dato’?” mereka berdua berpaling melihat si pemanggil.

“ Aidid?” Dia cuba meneka.
Aidid menghulurkan tangan sambil mengangguk.

“Saya nampak macam Dato’ tadi. Ingatkan dah salah orang . Dato’ apa khabar?”

“Sihat. Alhamdulillah. Eh.. Dato’ Mansur apa khabar? Lama tak jumpa kawan saya tu.”

Aidid tersenyum teringatkan papa nya itu yang merangkap sebagai majikannya.

“Dia sihat. Makin bertambah sibuk dengan projek-projek baru.”

“Tak ape, anak teruna dia nih boleh tolong sama” Aidid baru terperasan wanita yang duduk dihadapan Dato’ Kamal.

“ Eh.. maaf lah Dato’, saya mengganggu ke?”


Aliya memang tak ambik pusing apa yang dibualkan oleh mereka berdua. Maklumlah, orang korporat macam bapa saudaranya itu memang ramai kenalan. Dia lebih senang untuk berdiam diri sambil buat hal sendiri atau pun memerhati orang sekeliling. Dato’ Kamal memandang kearah Aliya.

“tak ade lah. Tak mengganggu pun. Mari saya perkenalkan. Liya..”

Aliya kembali menatap wajah bersih bapa saudaranya.

“ini Aidid.. Aidid. Ini Aliya,anak buah saya”

Aidid tersentak seketika. ‘Eh..ni bukan perempuan hari tu ke?’ Aliya menyambut huluran tangan Aidid.

“Aliya”.

“saya Aidid, Aidid Adam.. awak tak ingat saya?” Aliya dah buat muka pelik.

“Maaf,kita kenal ke?”

“Kita pernah berjumpa sekali. Dekat restoran terapung tu“ Lama dia memikirkan nya.

“Owh..sorry. Haah.. saya dah ingat”


Kini giliran Dato’ Kamal pula membisu. Aliya dan Aidid sama-sama ketawa.

“Kiranya pernah kenal lah ni? Aidid, minum sekali. Boleh borak panjang.” Dato’ Kamal mempelawa Aidid untuk bersama-sama mereka.


“Boleh jugak tu”

“Err..pakcik, tak apa lah. Liya nak balik dulu lah. Dah lewat ni. Nanti bila free-free sampailah Liya rumah pakcik.” Aliya sudah berdiri, berkira-kira untuk beredar.

“Emm..yelah. Elok-elok bawak kereta tu.” Aliya hanya mengangguk dan kemudian menyalami bapa saudaranya itu.

“Sampaikan salam Liya pada makcik dan Irfan ya.”

Aliya kemudian menghadiahkan senyuman buat Aidid. Aidid mengangguk Cuma. Dia memandang Aliya yang semakin menjauh. Kemudian tersenyum sendiri.
‘Akhirnya, kita berjumpa lagi cik Aliya Natasya.’

No comments: